Monday 16 January 2017

Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto

Oleh Nur Rahman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terletak di Arashiyama, Kyoto, Hutan Buluh ini menjanjikan satu dimensi indah buat pencinta alam. Tiada bayaran masuk dikenakan. Tak mudah untuk mendapatkan gambar, kosong sebegini kerana laluan ini adalah salah satu daya tarikan pelancong di Kyoto. Saya sharekan sedikit tips/teknik untuk minimumkan crowds semasa bergambar.:)
Semoga membantu!



Gambar ini diambil pada Disember 20, 2016. (Kali keenam) — at Arashiyama Bamboo Forest.

Gambar ini diambil pada Mac 14, 2016. (Kali kelima) — at Arashiyama Bamboo Forest. 


Gambar ini diambil pada November 15, 2015. (Kali keempat). — at Arashiyama 


Tips :
1. Jika solo traveler, gunakan tripod/pole berkaki. Jika tidak, pacakkan monopod di celah beg.
2. Connect wifi gajet dengan apps di telefon.
3. Adjust/tetapkan posisi anda melalui skrin telefon.
4. Pastikan ada gap/jarak antara kumpulan pelancong di depan dan belakang anda (mata kena sentiasa alert).
5. Adjust badan anda, pastikan anda menutup kumpulan pelancong di belakang anda. Dan snap.
6. Timing snap itu paling penting. Kalau lambat snap, kumpulan pelancong di hadapan anda mungkin akan termasuk dalam gambar. Dan anda mungkin perlu mengulang step 1-5 lagi dan lagi.
7. Kalau tak yakin boleh snap tepat pada masa, gunakan mode 'burst'. Guna ketetapan/setting 30frames/1sec.
8. Okbai

Untuk pergi sini (guna JR Pass) dari Kyoto Station, pergi ke track nombor 32 atau 33, line JR Sagano atau JR San-in. Kalau nak sampai awal, pilih rapid train, bukan local train, menuju Saga Arashiyama Station.
.
Dari station tersebut, anda perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke lorong masuk utama hutan buluh ni.
.
Sekian.

P/S: tempat yang sama, angle yang sama, gajet yang sama, tahun dan pakaian adalah berbeza. Ini bukan trivago.

23 comments:

  1. cantiknya gambar..tak penah jejak ke jepun.

    ReplyDelete
  2. seronok nya dah banyak kali pergi. sye sekali [un belum lagi

    ReplyDelete
  3. betul..kalau nak gambar tanpa pelancong lain angle kena ke tepi sikit. susah nak dapt solo kalau dari depan

    ReplyDelete
  4. Wah dh bnyak kali ke situ..hutan buluh yg elok terjaga

    ReplyDelete
  5. Wow cantiknya tmpat tu... subhanallah...

    ReplyDelete
  6. bestnya..ke sana berkali2 dah ye brother.
    i pun mmg suka tpt ni.
    cooling area.
    tapi mak aiii. jenuh kaki. tp yg penting enjoy.

    ReplyDelete
  7. En MKL dah sampai sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai. Teman pergi sana pada waktu malam. Link blog adalah seperti berikut :

      http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2015/05/koniciwa-22-all-bamboo-forest-walkways.html

      Delete
  8. 1st time sy tgk pic mcm ni kt akk ipar... terus jatuh suka dgn tempat ni

    ReplyDelete
  9. banyak kali pi sane yer ;)
    al-hamduliilah murah rezekiii

    ReplyDelete
  10. mmg cantik..M'sia pun ada pokok buluh, kalau buat mcm tu pun cantik kan ..

    ReplyDelete
  11. nice tips MKL
    gambo pun nampak cantik aje

    ReplyDelete
  12. Kenapa pic pertama dan kedua baju nampak sama je

    ReplyDelete
  13. wuhhh keceh pak Kim, kapan nih ke Jogjahhh mantap dah...

    ReplyDelete
  14. rare gi jepun pakai baju kurung so sweet

    ReplyDelete
  15. wow..kali ke6, kita tak de kali lagi..nice view dan nice gambar

    ReplyDelete