Lucky Bay, Cape Le Grand National Park.
Kami telah berkunjung ke Esperance, sebuah bandar kira-kira 7 jam perjalanan dari Perth. Esperance adalah sebuah bandar yang cantik, kedudukan agak tinggi di atas bukit menghadap ke laut. Anda boleh berpusing-pusing di sekitar bandar Esperance.
Keindahan Langit Esperance . Ramina Yasis Ami
Tujuan utama kami ke bandar Esperance, adalah ingin mengunjungi Stonehenge, replika daripada stonehenge sebenar yang terdapat di England. Kawasan yang berdekatan juga mempunyai tarikan yang begitu menarik seperti Lucky Bay. Stonehenge replika itu terletak di dalam perjalanan antara bandar Esperance dan Pantai Lucky Bay yang mendapat pengiktirafan 'pasir terputih di Australia'.
Saya telah menulis tentang Stonehenge pada entri yang lepas. Bayaran masuk ke Stonehenge adalah 10 AUD. Ia dibuka dari hari Khamis hingga Isnin dari jam 8.30-5.00 (Okt hingga Mac) dan 9.30-4.00 (Apr hingga Sep)
Untuk Info lanjut, sila klik link seperti berikut :
Chinta di Stonehenge, Esperance
Anda perlu memandu kira-kira 40 minit ke timur dari Esperance untuk sampai ke Lucky Bay yang terletak di Cape Le Grand National Park. Pantai ini telah mendapat pengiktirafan 'pasir terputih' di Australia. Anda boleh berjalan di sepanjang pantai pasir yang memutih sejauh 5 kilometer. Sekiranya anda bernasib baik, seperti saya yang telah berjumpa dengan kanggaru jinak yang bermain-main di tepian pantai. Mereka suka memakan rumput-rumput liar di persisiran pantai.
Selain itu, anda boleh bermandi manda di tepian pantai yang tidak begitu ramai pengunjung. Pantai yang aman damai dan sunyi sepi tanpa ramai pengujungi. Anda memiliki syurga tersendiri bersantai dan boleh memancing ikan salmon. Ikan Salmon begitu menyelerakan saya. Anda boleh melakukan aktiviti berjalan-jalan di sepanjang trek yang disediakan menikmati pemandangan hutan belukar liar yang begitu meragut mata dan angin musim bunga yang sepoi-sepoi bahasa. Begitu banyak Australia Wild flower di kala itu. Kelihatan juga di laut yang tenang,ikan-ikan paus yang berhijrah dan senang kelihatan di antara bulan Julai dan Ogos se tiap tahun.
Sekiranya anda mempunyai masa, alangkah bahagia sekiranya anda dapat meluangkan masa berkhemah di Lucky Bay. Ada tapak perkemahan di Lucky Bay. Di sini, anda boleh berkhemah untuk sehari dua sambil menikmati keindahan bintang-bintang malam dan berjalan-jalan di pantai diiringi cahaya rembulan. Terdapat kemudahan dapur, bilik mandi dan tandas yang berhawa panas.
Lucky Bay, Arm Jay
Sungguh beruntung dapat ke Lucky Bay...sangat cantik.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteJauhnya dari Perth... kalau ada penerbangan domestik kan bagus...
ReplyDeleteSubahanallah.. cantik sungguh permandangan disitu..
ReplyDeleteBertuah KK dan Chinta hati tu dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi ni..
luasnya permandangan..
ReplyDeleteOk akhirnya tau nama tempat ni.
ReplyDeleteSelalu nampak dalam screen saver computer je.
Hihihi
Semoga dapat sampai satu hr nnt.
ReplyDeleteInsya Allah
cantiknya
ReplyDeleteMemang betul kata tuan iaitu stonehenge di situ sebuah replika. Stonehenge yg sebenar berada di uk, berhampiran dgn bandar Salisbury. Kat uk kalau tak silap saya ada lagi satu lagi serupa stonehenge di panggil avavery (mintak maaf, ejaannya saya lupa).
ReplyDeleteSetelah melihat gambar serta sesudah membaca tulisan saudara khairudin, teringin jugak nak ke situ. Memang tertarik. Harap2 berpeluanglah saya ke sana.
cantikkkkk sangt... indahnya ciptaan ilahi..
ReplyDeleteharapnya tahun ni saya dapat bawa anak2 ke australia
ReplyDeletekalau musim panas mesti cantik kn tempat ni
ReplyDeleteStonehenge tu lawa sangat!
ReplyDeleteBestnya kalau dpt memancing salmon, favourite tuu
tak sempat nak ke sana tempoh hari. bestnya :)
ReplyDeletememang rezeki kalau dapat jumpa kanggaru atau wallaby liar di Australia. Tapi hati-hati jugak, kat sana banyak binatang berbisa. Australia memang cantik..flora dan faunanya unik.
ReplyDeleteCantik tempat ni... menarik. Nk ke sana juga satu hari nanti.. thanks sharing :)
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDelete