Thursday, 2 February 2017

Mencari hotel di Kuantan.

Booking Hotel di Kuantan.


Skytree Hotel

Tahun 2017 adalah tahun jalan-jalan ke Kuantan. Ada tugas rasmi di sana. 4 kali akan ke sana nanti. Itinenary Pre trip adalah mencari hotel terlebih dahulu. Saya tengah mencari hotel. Buat masa ini, saya terpikat dengan Sky Tree Hotel, B-50, Jalan Dato' Lim Hoe Tek, 25200 Kuantan, Pahang. Rasa hotel ini murah dan munasabah.  Tel : 09-5139898/553 8888. Email : skytree_Hotel@yahoo.com. Informasi hotel saya perolehi dari blog http://www.juliajohari.com/2017/02/hotel-taraf-ekslusif-tapi-murah-mana.html?showComment=1486036743261#c4599824284810897424 . Review telah di buat oleh Pn Julia Johari. 

Lokasi hotel : Teletak di belakang hotel Zenith. Di situ apabila anda terjumpa Petronas, akan terus nampak  Sky Tree Hotel. Terletak di tengah-tengah bandar kuantan. 10 minit jalan kaki ke Capital Mall dan Berjaya Mega Mall. Memandu lebih kurang 10 minit ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Parade dan kompleks Teruntum. Memandu lebih kurang 5 minit ke UTC Kuantan, Pahang.

Ada tak kekosongan bilik pada tarikh yang anda dikehendaki? Anda boleh check di web site seperti link berikut : http://skytreehotel.com/. Lebih baik anda submit reservation sekurang-kurangnya 7 hari sebelum anda menginap di hotel tersebut. Saya akan buat review selepas menginap di hotel tersebut.

Deluxe Family : RM162 nett. Bilik terbesar maut 4 orang. Skytree Hotel.

 Promotional Room Rates
Type of RoomBedding ArrangementWith BreakfastWithout Breakfast
Standard Double1 QueenRM 108 NettRM 98 Nett
Deluxe Double2 SingleRM 118 NettRM 108 Nett
Deluxe Twin2 SingleRM 118 NettRM 108 Nett
Deluxe Triple1 Queen + 1 SingleRM 138 NettRM 123 Nett
Deluxe Family2 QueenRM 162 NettRM 142 Nett
* Queen refers to queen size double bed       * Single refers to single size bed
* All rates quoted are in Ringgit Malaysia and inclusive of service charge and government tax

Tarikan-tarikan di Pahang :

1.  Pantai Teluk Cempedak :  10 minit jika memandu dari tengah bandar Kuantan.
2.  East Coast Mall Kuantan : tempat membeli belah yang terbaru bagi tahun 2016
3.  Pantai Cherating
4.  Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah
5.  Tasik Chini. : Bunga-bunga teratai berkembang indah di antara bulan Jun hingga September setiap tahun.
6.  Sungai Lembing : Kira-kira 40 km dari bandar kuantan.
7.  Air terjun Pandan : kira-kira 25 km dari bandar kuantan.
8.  Pulau Tioman.


16 comments:

  1. Nampak selesa hotel ni...kalau ke kuantan boleh inap di sini

    ReplyDelete
  2. Menarik..bilik tu maut 4 orang ke tuan? ke muat? huhu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai pemenang Back To School Giveaway by Abam Kie. Untuk maklumat lanjut tentang cara2 menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih diatas sokongan dan kerjasama anda.

    http://www.zukidin.com/2017/02/senarai-pemenang-back-to-school.html

    ReplyDelete
  4. wow..cantiknya bilik
    berbaloi ni

    ReplyDelete
  5. "Bilik terbesar maut 4 orang." wahh, leh mampos kalo dok dlm bilik., hahar2

    ReplyDelete
  6. Bsrnya bilik tu..mmg maut... hrga pon ok...

    ReplyDelete
  7. kalau untuk yang menaiki pengangkutan awam, apakah jenis pengangkutan yang available untuk mereka untuk jenjalan ke kuantan?

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  8. hotel baru mesti tidur lena...harga pun ok

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  10. hotel baru ya? mesti semuanya berbau kedai hehehehe

    ReplyDelete
  11. Hotel baru ni... menarik. Nampak sgt kemas... menarik.

    ReplyDelete
  12. lama sungguh tak gi Kuantan..

    ReplyDelete
  13. best nya kuantan ni ada offer harga without breakfast.

    ReplyDelete
  14. X de luck tul ngan kuantan ni..ade jd prob bila plan nk jjcm sana...

    ReplyDelete