Friday 12 May 2017

Day 1 (Sabtu 18/3/2017) Siri 1 : Rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu Ke Hat Yai dan Krabi


Kami sekeluarga dari keturunan Opah Siah Lejen dan kuncu-kuncu telah ke Hat Yai dan Krabi. Rombongan kami adalah seramai 24 orang. Kami telah bertolak dari  bus terminal TBS,Kuala Lumpur. Bas bertolak kira-kira 11.00 malam dan sampai ke Hat Yai tepat pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang 8 jam perjalanan. Kami berhenti di Sempadan Thailand-Malaysia, Danok untuk pemeriksaan imigresen. 

Rombongan Opah Siah Lejen dan Kuncu-kuncu adalah terdiri daripada 3 buah keluarga seperti berikut :

1. Mak (Opah Siah)
2. Mak Saudara ( Kak Sabariah)
3. Keluarga Kaki Travel Khairuddin
    3. Khairuddin
    4. Noor Hidayah (Chinta)
    5. Naim
6.  Keluarga Ngah Nassir
    6. Ngah Nassir
    7. Mak Ngah 
    8. Alang
    9. Farahin
   10.Hana
   11. Uda Amin
   12. Qawim
   13. Acik
   14. Ahnaf
   15.Kosdinar
   16.Mamat
   17 Saminha
18. Keluarga Kak Seha
    18. Seha
    19. Ustaz
    20. Muhammad
    21. Abdullah Azam
    22. Mariam
    23. Hannah
    24. Elba
   

Kos Perbelanjaan bas adalah RM58.50 sehala. Kami beli di stesen bas TBS, Kuala Lumpur. Kami mandi manda di Konsortium Bas Ekspress. Konsortium Bas Ekpress mempunyai cawangan di Hat Yai. Di sini juga kami tukar duit ringgit ke Baht. Kami juga booking hotel Hat Yai di sini. Di sini juga kami booking van ke krabi. Van dari Hatyai ke Krabi (Pergi Balik) adalah kira-kira RM66.60. Sehala adalah RM 33.30. Kami boleh solat di sini, ada bilik untuk bersolat. Kami makan di sini. Ada ruang makan, iaitu tempat letak beg. Kami bawa bekal dari Semenanjung.  Nak mandi pun boleh. Di sini adalah pusat rujukan kami. Ada di antara pegawai di sini yang fasih berbahasa Melayu. Ada staf yang beragama Islam.                               

Carilah Konsortium Bus Express berdekatan dengan Lee Gardens. Pusat Rujukan kami di Hat Yai.

     

Itinenary kami adalah seperti berikut :

HARI PERTAMA

Sabtu 18/3/2017


11.00 pm :  Bertolak dari Stesen Bas TBS, Kuala Lumpur

8 am :  Sampai Hat yai

8-12 am : Makan/Mandi/ Beli jajan di Konsortium Bas Ekspress, Hat Yai

12 am : Bertolak ke Krabi

4 pm  : Sampai Krabi/rehat/makan

Cari pakej untuk island hoping esoknya

6 pm  :  Ke Pasar Malam Krabi

9 pm  : Rehat/Tidor


 Pakaian yang bersepah di jual di Hat Yai

 Regency Hotel, berdekatan Konsortium Bus Express

 Bendera Thailand

 Centara,di depan Konsortium Bus Ekpress 

 McDonald's betul-betul di hadapan Konsortium Bus Ekpress

Tuk tuk, Kenderaan awam di Thailand. 

11 comments:

  1. Asalam KHai..hai hebatynya travel..camana dapat rezeki sebegini..subahanallah luarbiasa tuan.

    ReplyDelete
  2. klik iklan nufnang kat blog saya ya..sya dah klik kat sini..alamak meminta pula ni pepagi..hahaha tak apa manatau ada rezeki kan..

    ReplyDelete
  3. byk urusan boleh dibuat di Konsortium Bus Express...mudah sungguh..

    ReplyDelete
  4. saya ke krabi lebih kurang 4 tahun lepas... honeymoon masa tu..hehehe

    bila tengok gambar2 di atas rasa rindu plak nak ke sana lagi..

    ReplyDelete
  5. WAH SERONOKNYA RAMAI2 SEKELUARGA MELANCONG KE KRABI

    ReplyDelete
  6. Mmg seronok.. tengok pun dah terasa best jalan2 sekeluarga mcm ni.. menarik :)

    ReplyDelete
  7. berhenti kt imigresen lama x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga berhenti kat imigresen. Sistem yang bercelaru.

      Delete
  8. bagusnya konsortium bas ekspress sediakan khidmat tu ya..baru tahu ni.ingat di Malaysia aje.

    ReplyDelete