Kami sekeluarga dari keturunan Opah Siah Lejen dan kuncu-kuncu telah ke Hat Yai dan Krabi. Rombongan kami adalah seramai 24 orang. Kami telah bertolak dari bus terminal TBS,Kuala Lumpur. Bas bertolak kira-kira 11.00 malam dan sampai ke Hat Yai tepat pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang 8 jam perjalanan. Kami berhenti di Sempadan Thailand-Malaysia, Danok untuk pemeriksaan imigresen.
Rombongan Opah Siah Lejen dan Kuncu-kuncu adalah terdiri daripada 3 buah keluarga seperti berikut :
1. Mak (Opah Siah)
2. Mak Saudara ( Kak Sabariah)
3. Keluarga Kaki Travel Khairuddin
3. Khairuddin
4. Noor Hidayah (Chinta)
5. Naim
6. Keluarga Ngah Nassir
6. Ngah Nassir
7. Mak Ngah
8. Alang
9. Farahin
10.Hana
11. Uda Amin
12. Qawim
13. Acik
14. Ahnaf
15.Kosdinar
16.Mamat
17 Saminha
18. Keluarga Kak Seha
18. Seha
19. Ustaz
20. Muhammad
21. Abdullah Azam
22. Mariam
23. Hannah
24. Elba
Kos Perbelanjaan bas adalah RM58.50 sehala. Kami beli di stesen bas TBS, Kuala Lumpur. Kami mandi manda di Konsortium Bas Ekspress. Konsortium Bas Ekpress mempunyai cawangan di Hat Yai. Di sini juga kami tukar duit ringgit ke Baht. Kami juga booking hotel Hat Yai di sini. Di sini juga kami booking van ke krabi. Van dari Hatyai ke Krabi (Pergi Balik) adalah kira-kira RM66.60. Sehala adalah RM 33.30. Kami boleh solat di sini, ada bilik untuk bersolat. Kami makan di sini. Ada ruang makan, iaitu tempat letak beg. Kami bawa bekal dari Semenanjung. Nak mandi pun boleh. Di sini adalah pusat rujukan kami. Ada di antara pegawai di sini yang fasih berbahasa Melayu. Ada staf yang beragama Islam.
Carilah Konsortium Bus Express berdekatan dengan Lee Gardens. Pusat Rujukan kami di Hat Yai.
Itinenary kami adalah seperti berikut :
HARI PERTAMA
Sabtu 18/3/2017
11.00 pm : Bertolak dari Stesen Bas TBS, Kuala Lumpur
8 am : Sampai Hat yai
8-12 am : Makan/Mandi/ Beli jajan di Konsortium Bas Ekspress, Hat Yai
12 am : Bertolak ke Krabi
4 pm : Sampai Krabi/rehat/makan
Cari pakej untuk island hoping esoknya
6 pm : Ke Pasar Malam Krabi
9 pm : Rehat/Tidor
Pakaian yang bersepah di jual di Hat Yai
Regency Hotel, berdekatan Konsortium Bus Express
Bendera Thailand
Centara,di depan Konsortium Bus Ekpress
McDonald's betul-betul di hadapan Konsortium Bus Ekpress
Tuk tuk, Kenderaan awam di Thailand.
Asalam KHai..hai hebatynya travel..camana dapat rezeki sebegini..subahanallah luarbiasa tuan.
ReplyDeleteklik iklan nufnang kat blog saya ya..sya dah klik kat sini..alamak meminta pula ni pepagi..hahaha tak apa manatau ada rezeki kan..
ReplyDeletebyk urusan boleh dibuat di Konsortium Bus Express...mudah sungguh..
ReplyDeletesaya ke krabi lebih kurang 4 tahun lepas... honeymoon masa tu..hehehe
ReplyDeletebila tengok gambar2 di atas rasa rindu plak nak ke sana lagi..
syoknya diorg jalan2 tu
ReplyDeleteWAH SERONOKNYA RAMAI2 SEKELUARGA MELANCONG KE KRABI
ReplyDeleteMmg seronok.. tengok pun dah terasa best jalan2 sekeluarga mcm ni.. menarik :)
ReplyDeleteberhenti kt imigresen lama x?
ReplyDeleteLama juga berhenti kat imigresen. Sistem yang bercelaru.
Deletebagusnya konsortium bas ekspress sediakan khidmat tu ya..baru tahu ni.ingat di Malaysia aje.
ReplyDeleterejekinya banyak pak kim...
ReplyDelete