Monday 22 May 2017

Itinenary Ke Eropah dan Ireland

Kaki travel : Backpack ke Eropah dan Ireland.

Kami akan berada di benua Eropah selama 18 hari. (23hb Mei, 2017 sehingga 8hb Jun, 2017). Kadar pertukaran untuk Euro adalah 4.777. Kadar pertukaran untuk  pound adalah 5.645.

Berikut adalah Itinenary kami ke Eropah dan Ireland :  

23hb Mei : Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport jam 8.50 malam

24hb Mei : Sampai ke Paris 7.15 am

25hb Mei : Jalan-Jalan di Paris (France)

Eiffel Tower : Planetware

26hb Mei : Heidelberg (Jerman)

Heidelberg Castle : Wikipedia

27hb Mei : Frankfurt (Jerman)

How to Germany : Frankfurt skyline at night

28hb & 29hb Mei : Amsterdam

Huffington Post

30hb Mei : Brussels, Belgium

Easy Jet

31hb Mei : Bruges, Belgium

Pixabay

1hb & 2hb Jun : London

Pixaby : London Tower Bridge

3hb - 7hb Jun : Dublin & menghadiri Konvo Dr Nasree di RCSI

Ireland : Dublin City

8hb Jun : Dublin -Paris 650-940 am. Paris- Kuala Lumpur : 3.15 pm 

Perjalanan kami adalah dari Paris, Jerman, Amsterdam, Belgium,London, Dublin dan terbang semula ke Kuala Lumpur. Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi balik.

Allah SWT telah menggalakkan umatnya supaya berjalan atau mengembara untuk melihat keindahan alam ciptaanNYA, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, dan berkenalan dengan pelbagai bangsa. Pengembaran ini bertujuan agar kita dapat beribadah Kepada Allah SWT. Kita dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan alam semesta dan Allah SWT.

Terdapat 9 ayat-ayat ALQuran yang menggalakkan umat manusia untuk mengembara dan berkelana ke seluruh dunia.   

1. Surah Muhammad Ayat 10

2. Surah Luqman Ayat 31
3. Surah Yusuf Ayat 109
4. Surah Ar-Rum Ayat 42
5. Surah Ali'Imran Ayat 137
6. Surah Ar-Rum Ayat 9
7. Surah An-Naml Ayat 69
8. Surah Al-An'aam Ayat 11
9. Surah Al-Mulk Ayat 15 

Harus diingat bahawa doa orang yang mengembara adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

  • “Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibu bapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi ).

23 comments:

  1. wah..berpuasa di Eropah nampaknya tahun ni..semoga selamat semuanya abang MKL n family. Have fun dan selamat melihat keindahan ciptaan Allah

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa di rantauan... dan tahniah buat anaknya...

    ReplyDelete
  3. Bestnya...mengembara semasa bulan puasa...terbaikkk!!!...Nak pi paris haha...nanti kongsikan bajet ye berapa pergi balik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Saya akan menulis entri tentang kembara saya ke Eropah.

      Delete
  4. masya Allah another Doctor in de house dah graduate.
    alhamdulillah.

    tahniah Dr. Nasree.

    bertugas di ireland kah? atau pulang ke tanah air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Nasree akan pulang bertugas di Malaysia. Abangnya, Dr Nassier yang bertugas di luar negara.

      Delete
  5. tuan MKL - tolong titipkan doa juga buat saya...

    doa orang yang musafir ni mustajab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah...moga anda dirahmati dan di berkati. Moga anda berjaya dunia akhirat. Moga anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

      Delete
  6. salam ramadhan kareem tuan.

    moga dimudahkan perjalanan.
    selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

    Insya Allah

    ReplyDelete
  7. SELAMAT TRAVEL KE EROPAH JGN LUPA PULANG

    ReplyDelete
  8. wah 18 hari tu. bestnya kalau dapat join

    ReplyDelete
  9. harus punya duit berapa pak bsia jalan ke situ??

    ReplyDelete
  10. Sekiranya berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Dublin, jangan lupa take a bus ride to Kilkenny and Glendalough - kalau nak tengok tempat rakaman cerita Braveheart (wedding scene). Cantik tempatnya.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa di rantauan sambil melihat keindahan negara luar *lambai-lambai* :D

    ReplyDelete
  12. Sampaikan salam pada bumi shamrock yang dirindui.

    ReplyDelete
  13. Mmg seronok berpuasa di perantauan.. pernah beberapa kali masa bujang dulu, bila dah kawin tak berkesempatan lagi. tunggulah anak2 habis sekolah hihii..

    ReplyDelete
  14. Bermusafir di bulan ramadhan ye KK..
    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  15. Slmt berpuasa dan mengembara melihat kehebataan ciptaan Illahi... subhanallah.. :)

    ReplyDelete
  16. aduuuh rindu ni bila tengok gambar2.. bila nak ada rezeki kembali ke sana.. rinduuuu..

    ReplyDelete