Friday, 18 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 2

Pont Neuf (Maksud Jambatan baru dalam bahasa Perancis)

Tempat yang banyak pad lock. Sebenarnya, selepas Cathedrale Notre Dame De Paris,kami terus ke tempat yang banyak pad lock. Goggle Maps je, anda pasti sampai ke destinasinya. Jalannya adalah sepanjang Seine River.     


entri sebelum ini adalah seperti berikut :


Paris penuh dengan jambatan. Semua jambatan itu lebih kurang sama sahaja. Saya sendiri pun terkeliru dan menjadi bingung. Ada jambatan yang baru. Ada jambatan yang lama. Saya terpegun dengan keindahan Paris architecture. Saya terasa begitu romantik bila berjalan berdua-duaan dengan Cinta. Terasa badai romantik antara kita berdua. Cinta, sebenarnya seorang gadis yang romantik dan ingin terasa dicintai selalu.


Sebenarnya Pont Neuf (Jambatan baru), adalah jambatan yang lama. Telah difilemkan dalam "The Borune Identity" sebagai meeting place, di penghujung cerita. Di sini penuh dengan love locks. Memahatkan cinta yang agung dalam bentuk pad lock. Tapi sayang seribu kali sayang,di sepanjang perjalanan Seine River ini penuh dengan bau hancing. Saya tak boleh tahan, terasa hendak muntah. Macam orang mengandung pula.



 Pemandangan yang menusuk sukma daku.

Begitu indah tersusun kereta polis.

Anda boleh juga menaiki Hop On Hop Off De Paris untuk melihat sekitar kota Paris.


 Kami berjalan di sepanjang Seine River untuk sampai ke Pont Des Arts.


 Pemandangan cantik tapi bau persekitarannya hancing.

 Paris is a great city and all of its attractions are fabulous. 

"Multiple houseboats moored up along the River Seine, leading towards the oldest bridge in Paris"

Pengunci Cinta disepanjang Pont Neuf. Di sini terletaknya Vedettes Du Pont Neuf.

Cinta dan Love Locks

Penceritaan "Henry IV"

 Bridge with love locks

Beautiful bridge. I was stunned by the view of the Seine and the E-Tower in the distance. Be ready for romance!

12 comments:

  1. CANTIKNYA SG SEINE PARIS...CINTA YG DIKUNCI TAK BERMKNA KAN

    ReplyDelete
  2. takpe, orang tengah bercinta, busuk pun bau wangi..hehe

    ReplyDelete
  3. raikan cinta di kota cinta....

    ReplyDelete
  4. suka konsep negara Eropah balut kawasan construction dgn banner2 yg menarik macam dalam gambar kat atas. Taklah nampak buruk sangat kawasan constructions nya :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. Bersih dan cantik... tapi kalau hancing tak boleh nak lepak lama2...

    ReplyDelete
  6. Rindu Paris.. pertama kali ke sana waktu belajar, masa cuti musim panas dan pernah posting di sana selama 3 bulan pada tahun 2000. Itulak kali terakhir di sana, tak tahu bila berpeluang pergi lagi. Pasti bnyk yg dah berubah maju sekarang. Thanks sharing tuan :)

    ReplyDelete
  7. view cantik.

    Tapi bertabahlah dengan bau..hehe

    ReplyDelete
  8. salam..cantiknya pemandangan... seronok & tumpang hepi tgk org jenjalan..hrp ada rezeki satu hari nnt jejak kaki ke tanam omputeh..heheh

    ReplyDelete
  9. Dari notre dome ke pont neuf nie jauh x berjalan?keep sharing

    ReplyDelete
  10. sy rs laa mn2 negara mesti ada love lock tu... cuma jumpa dgn x je...

    ReplyDelete
  11. Boleh juai balik padlock tu ...hehehe

    ReplyDelete