Selepas Pont Neuf (Jambatan baru) kami terus ke destinasi yang berikut, iaitu Pont Des Arts. Jambatan di sini adalah jambatan kayu. View sekeliling sangat cantik. Di kejauhan dapat melihat E- Tower dan Seine. Banyak pengembaraan filem dijalankan di sini.
Di sepanjang perjalanan itu, saya telah menemui dua scam utama. Saya telah disapa oleh beberapa gadis yang ayu. Cantik, ayu dan ramping badan gadis-gadis itu. Gadis-gadis itu menghampiri saya dan bertanya sama ada saya berbicara dalam bahasa Inggeris. Saya membisu seribu bahasa dengan muka yang bengis sekali. Apa pun situasi, gadis-gadis itu tetap menawarkan kita untuk menandatangani seperti petisi. Saya langsung tidak melayan mereka. Setahu saya,apabila anda menandatangani petisi itu, anda harus membayar sejumlah wang. Jika tidak, anda akan diganggu ke mana pun anda pergi sampai anda memberikan mereka sejumlah wang.
Scam yang kedua sepanjang perjalanan ke Pont Des Arts adalah adalah bergambar dengan patung perak seperti tertera di bawah. Sekiranya anda bergambar dengan patung emas itu, beliau akan meminta Euro 5 (RM25.00). Sekiranya beliau tidak berpuas hati,beliau akan minta tambah lagi Euro 5. Saya langsung tidak bergambar. Saya zoom dari jauh sahaja.
Scam Patung Perak. Berhati-hati.
Cinta di sepanjang Sungai Seine dan E Tower. Anda harus bergambar di sini
Banyak deretan kedai Cendera hati di sepanjang jalan ke Pont Des Arts.
Jambatan kayu yang cantik
Banyak pengambaran filem di jalankan di sini
Big Bus Paris. Boleh bersiar-siar melihat kota Paris yang cantik.
Cinta dan Jambatan kayu
Kaki Travel Khairuddin dan Jambatan Kayu.
hahahah big bus yg sy naik tempohari...
ReplyDeletebahayanya scam tu ye..kena pura-pura tak boleh cakap Inggeris lah macam tu.Apa pun, tempat yang sangat cantik
ReplyDeleteWAH DI KOTA CINTA BERSAMA CHINTA
ReplyDeletebanyak scam..tapi view tetap cantik..
ReplyDeletepernah hadapi scam pertama yang petisyen tu... pengalaman scam yg paling mencabar, geram sangat dibuatnya.
ReplyDeletehanisamanina.com
woww bestnyer g europe
ReplyDeletehttp://mynameistraveller.blogspot.kr/2017/08/refresh-your-soul-in-damyang-bamboo.html
macam pernah dengar je nama pon des art tu..
ReplyDeletesyok tgk suasana kt sana
ReplyDeletebestnya, teringin nak pi
ReplyDeletefollow my new blog : https://bercakapdenganbintang.blogspot.my/
ReplyDeleteblog lama tu dah x aktif..tq! hehe..
Uhhh banyak scam ehh kat sana? Scam style paksa lak tu. Aduh.
ReplyDeleteNice sharing.. mmg kena berhati2. Bnyk perangkap terutamanya utk pelancong.
ReplyDeletehah? patung tu pun sejenis scammer.
ReplyDeleteish ish ish