Tuesday, 22 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 3 (Pont Des Arts)

Pont Des Arts

Selepas Pont Neuf (Jambatan baru) kami terus ke destinasi yang berikut, iaitu Pont Des Arts. Jambatan di sini adalah jambatan kayu. View sekeliling sangat cantik. Di kejauhan dapat melihat E- Tower dan Seine. Banyak pengembaraan filem dijalankan di sini.

Di sepanjang perjalanan itu, saya telah menemui  dua scam utama. Saya telah disapa oleh beberapa gadis yang ayu. Cantik, ayu dan ramping badan gadis-gadis itu. Gadis-gadis itu menghampiri saya dan bertanya sama ada saya berbicara dalam bahasa Inggeris. Saya membisu seribu bahasa dengan muka yang bengis sekali. Apa pun situasi, gadis-gadis itu tetap menawarkan kita untuk menandatangani seperti petisi. Saya langsung tidak melayan mereka. Setahu saya,apabila anda menandatangani petisi itu, anda harus membayar sejumlah wang. Jika tidak, anda akan diganggu ke mana pun anda pergi sampai anda memberikan mereka sejumlah wang. 

Scam yang kedua sepanjang perjalanan ke Pont Des Arts adalah adalah bergambar dengan patung perak seperti tertera di bawah. Sekiranya anda bergambar dengan patung emas itu, beliau akan meminta Euro 5 (RM25.00). Sekiranya beliau tidak berpuas hati,beliau akan minta tambah lagi Euro 5. Saya langsung tidak bergambar. Saya zoom dari jauh sahaja. 

Scam Patung Perak. Berhati-hati.

 Cinta di sepanjang Sungai Seine dan E Tower. Anda harus bergambar di sini

 Banyak deretan kedai Cendera hati di sepanjang jalan ke Pont Des Arts.

 Jambatan  kayu yang cantik

 Banyak pengambaran filem di jalankan di sini

 Big Bus Paris. Boleh bersiar-siar melihat kota Paris yang cantik.

 Cinta dan Jambatan kayu

                                              Cinta, Jambatan Kayu, E Tower dan Seine  

Kaki Travel Khairuddin dan Jambatan Kayu.

12 comments:

  1. hahahah big bus yg sy naik tempohari...

    ReplyDelete
  2. bahayanya scam tu ye..kena pura-pura tak boleh cakap Inggeris lah macam tu.Apa pun, tempat yang sangat cantik

    ReplyDelete
  3. WAH DI KOTA CINTA BERSAMA CHINTA

    ReplyDelete
  4. banyak scam..tapi view tetap cantik..

    ReplyDelete
  5. pernah hadapi scam pertama yang petisyen tu... pengalaman scam yg paling mencabar, geram sangat dibuatnya.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. woww bestnyer g europe

    http://mynameistraveller.blogspot.kr/2017/08/refresh-your-soul-in-damyang-bamboo.html

    ReplyDelete
  7. macam pernah dengar je nama pon des art tu..

    ReplyDelete
  8. follow my new blog : https://bercakapdenganbintang.blogspot.my/

    blog lama tu dah x aktif..tq! hehe..

    ReplyDelete
  9. Uhhh banyak scam ehh kat sana? Scam style paksa lak tu. Aduh.

    ReplyDelete
  10. Nice sharing.. mmg kena berhati2. Bnyk perangkap terutamanya utk pelancong.

    ReplyDelete