Monday 20 November 2017

Betong, Thailand

Wilayah Yala


Betong, sebuah pekan yang selatan di Thailand. Betong terletak di wilayah Yala. Kedudukannya bersempadan dengan Gerik, kira-kira 7 km dari pintu sempadan Pengkalan Hulu. Pekan ini diselaputi oleh kabus, maka digelar 'The City in the Fog'. Kita berasa sejuk, dan nyaman terutama di waktu pagi kerana dikelilingi oleh bukit bukau. 

Kami bertolak dari Tg Malim, Perak. Perjalanan ke Pengkalan Hulu Malaysia-Thai Border mengambil masa kira-kira 3 jam 45 min (296 km). 

Berikut adalah itinenary kami pada hari pertama :


18 Oktober, 2017 (Rabu)

1. Perjalanan dari Tanjong Malim ke Pengkalan Hulu dan Betong
2. Gerai Buah-buahan,Makanan dan baju , di Pengkalan Hulu Malaysia - Thai Border.
3. Check in Hotel Butterfly, Betong

Sebelum sampai ke sempadan Malaysia-Thai, kami isi minyak penuh tangki di Petronas Pengkalan Hulu. Harga minyak lebih mahal di Thailand berbanding Malaysia. Petronas Pengkalan Hulu terletak berdekatan dengan Masjid Pengkalan Hulu yang tersergam indah.

Selepas menempuh Imigresen Malaysia, kami singgah di gerai buah-buahan, gerai makanan dan baju yang terletak di sebelah kanan sebelum memasuki satu lagi tahanan, iaitu pasukan polis Malaysia. Anda boleh shopping di sini. Di sini saya suka membeli buah-buahan seperti buah bidara, mangga, anggur dan epal nano. Saya teringin pulut ayam. Malangnya dah habis, saya beli pula pulut mangga.

Selepas membeli buah-buahan, sekali lagi kami menempuh polis Malaysia. Kena tunjuk geran kereta, sebelum berlepas ke sempadan Thailand. Di imigresen kami mengisi borang masuk berwarna putih. Dua kad, masuk dan keluar. Kami di minta membayar RM2 seorang di kaunter imigresen. Depa minta baru, kami bagi. Selepas itu, baru kami pergi mendaftar kebenaran membawa masuk kenderaan di Betong Immigration Check Point. Di sini, kami bayar RM4 untuk kebenaran membawa masuk kereta. Kena tunjuk geran kereta. 

Perjalanan dari Betong Immigration Check Point adalah kira-kira 4 km sahaja. Dekat sangat dengan sempadan Malaysia. Jadi tidak perlu mengambil insurans. Sekiranya anda ingin masuk jauh ke dalam Thailand seperti Yala atau Pattani, anda perlu mengambil insurans. Orang Thailand sangat mementingkan keselamatan jalan raya. Mereka memandu dengan penuh berhemah dan sangat perlahan. Orang kita yang lebih ganas dan kurang ajar di jalan raya.

Hari kami diakhiri dengan daftar masuk ke Butterfly Princess Hotel di Betong, Address188 Prachathipat Road, Betong, Betong District, Yala 95110, Thailand
Tiga hari kami di caj Rm 318.48. Sehari RM106.16. Saya suka hotel ini. Bersih, tenang dan tempat letak kereta yang luas di belakang hotel. 

Bilik hotel kami, Princess Butterfly Hotel
Eris Goes To


 Betong Immigration Check Point

Kingdom of Thailand

Batu  Sempadan Malaysia Thailand

17 comments:

  1. Asalam cantik sekali gambar2 tu Tuan MKL..bertuah selalu dapat travel

    ReplyDelete
  2. Wah, sangat menarik... senang juga nak masuk ke sana yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saja. Yang penting ada geran kereta dan isi borang yang diperlukan pihak berkuasa. Cuma bayar RM4.

      Delete
  3. kita thailand baru sampai phuket ngn krabi.

    ReplyDelete
  4. Nampak licin betul sarung tilam hotel tu.

    ReplyDelete
  5. cantik bilik hotel tu. nampak selesa. sayang nak bangun, lagi2 kalau sejuk.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka dok kat hotel itu. Selesa,tenang dan damai.

      Delete
  6. Saya sertalan prosedur masuk Siam yang lebih jelas lagi dari Abang Joe (Karlisa Latisya).

    Prosedur Masuk Siam.
    Saya tulis lagi kerana dapat banyak pertanyaan.
    Proses
    1. Rujuk wakil insuran kenderaan anda untuk tambah polisi ke negara Thai. Ini perlu jika berlaku kemalangan di Thai , anda tidak perlu panik. Pastikan Insuran anda cover kereta anda dan kereta yang terlibat. WAJIB ambil tahu polisinya. PASTIKAN nombor contact person yang incharge insuran tersebut .
    2. Beli insuran wajib Thai berhampiran sempadan.
    3. Bawa geran kereta.
    4. Selesai urusan passport dan borang TM2 ,TM3 ,TM6 ( white card ).
    5. Ke Pejabat Kastam untuk proses Custom Declaration Form. Wajib
    6. Semasa balik , selesai urusan passport.
    7. Serah kembali custom declaration form. Tandatangan dibuku penyerahan , ini sebagai bukti penyerahan ( Wajib )
    8. Jika gagal , anda boleh didenda THB500,000 dan penjara 2 tahun. Anda boleh dituduh sebagai penyeludup kenderaan.

    ReplyDelete
  7. Bila la nak pergi Thailand lagi ye. Padahal kalau balik Perlis da sempadan sangat dengan Thailand tu. Inshaallah ada rezeki nanti nak jugak jalan-jalan kat Betong. Tapi makan kat tepi pantai Hatyai best. Murah dan sedap sangat masakan thai yg original.

    ReplyDelete
  8. kat Betong ni ada tempat shopping best dan murah tak? JM pernah pegi Wang Kelian..best jgk..lebih murah dari padang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping di Pekan Betong murah juga. Saya suka ke sini kerana masakan Siam dan murah juga. Buah-buahan segar dan murah juga.

      Delete