Tuesday, 14 November 2017

Aku Rindu Melbourne

Melbourne, kota yang selalu di hatiku. Sesungguhnya, Bumi Aussie sangat cantik di mata hatiku. Nassier / panggilan manja Bang Ngah. Abang Ngah kini bekerja sebagai doktor di Bendigo, kira-kira 2 jam perjalanan dari Melbourne. Nassier telah bergraduat dari Monash University pada bulan Dis 2015. Nassier kemudian menghabiskan housemanship pada bulan Mei, 2016. Selepas itu, Nassier telah bekerja sebagai doktor bertauliah di Hospital Bedingo, wilayah Victoria. Bulan lepas,Oktober, 2017 Nassier telah memperolehi PR (Permanent Resident) Aussie. Cuma saya menasihatkan nassier agar tidak melepaskan kerakyatan Malaysia. Ini kerana  sejauh anda terbang, akhirnya anda akan menjadi seperti bangau. Bangau akan hinggap di belakang kerbau. Malaysia adalah darah tanah tumpah kita. Nenek moyang terutamanya mak ayah dan adik beradik berada di sini. Kerinduan terhadap tanah air akan menjadi ketara terutama di usia senja.

Australia adalah sebuah tempat bekerja yang jauh menarik berbanding dengan Malaysia. Setahun dapat 2 bulan cuti, awal dan akhir tahun. Gaji tinggi, kurang stress, jarang on call, sabtu dan ahad cuti. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga 4 petang. Kebajikan Doktor lebih terjaga di sini berbanding dengan Malaysia. 

Berikut adalah gambar kenangan, Disember 2015 sewaktu menghadiri Konvo Nassier. Anak papa telah besar. Semoga berjaya dunia akhirat. 

 Nassier, Chinta dan Kaki Travel di Padang Ragut.

Nadiah (Kakak Nassier), Nassier, Kaki Travel Khairuddin dan Chinta di hari Konvo Nassier


Semasa di sana saya telah melawat Sightseeing Melbourne City, Great Ocean Road dan Phillip Island. Itu adalah pakej wajib. Sama seperti kata kawan face book saya, Zul Kefli, seorang pengembara dan ahli photografi. Banyak lagi tempat yang menarik di Aussie yang boleh anda kunjungi.  


Berikut adalah tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Australia :

1. Lokasi di Bandaraya Melbourne (Sightseeing Melbourne City)

Naik Tram keliling bandaraya
Mengunjungi segala taman yang ada di sepanjang laluan tram (Queen Victoria Garden, Fitzroy Garden, Flagstaff Garden dan banyak lagi)
Brighton beach (Rumah berwarna-warni )
Melbourne Zoo
Victoria Market
Mount Buller (Salji waktu winter)
Melbourne Cruise Yarra River
Healesville Sanctuary
Flinder St.
Docklands
Southbank
State Library Victoria
Shrine of Remembrance
Federation Square
DFO
Webb Bridge
Ballarat Souvereign Hill

Hampir kesemua tempat telah saya kunjungi di Bandaraya Melbourne.

Lokasi di Great Ocean Road. (GOR)

Torquay
Cape Otway
Gibson Steps
Twelve Apostles
Loch Ard Gorge
Thunder Cave
The Razorback
Island Arch
Muttonbird Island
The Blowhole
The Bakers Oven
Sparkes Gully
Port Campbell
The Arch
London Bridge
The Grotto
Shipwreck
Bay of Martyrs
Bay of Island
Warrnarmbool
Thunder Point
Walaupun hampir kesemua tempat telah saya kunjungi. saya ingin kembali melawat tempat GOR. Tempat yang indah dan sedap mata memandang.

Lokasi di Phillip Island 

Penguin Parade
Maru Koala and Animal Park
The Nobbies

Pulau yang kecil. Lengkap sudah kembara saya ke sini.

Lokasi lain yang menarik dan jarang dikunjungi

Bacchus Marsh (Avenue of Honour)
Steam Train Puffing Billy
The Otway National Park
Tesselaar Tulip Festival (Spring)
Beech Forest
The Grampians National Park
Daylesford
Yarra Ranges
Mornington Peninsula
Sorrento
Portarlington
Queenscliff
Geelong
Aireys Inlet
Red Rocks
Wilsons Promontory
Lakes Entrance
Bright
Ararat
Halls Gap
Mount Hotham
Mount Baw Baw
Mount Macedon

Tempat-tempat yang  telah saya lawati di sini adalah The Grampians National Park,Geelong,Wilsons Promontory dan Halls Gap

Terima kawan maya, Zul Kefli tidak lokek berkongsi idea, bercerita tentang tempat-tempat yang menarik dan jarang dikunjungi kita. Semoga kita dapat ke tempat-tempat yang dihajati. Rezeki semua kerja Allah SWT. 

Anda boleh pm zulkefli.com sekiranya berminat. 

24 comments:

  1. Menarik.. ada rezeki teringin juga ke tempat2 tu. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. Hrp ada rezeki sybke melbourne kelak aminnn

    ReplyDelete
  3. Melbourne memang best. Puffing billy train, great ocean road, tulip festival...kalau boleh memang nak ke sana lagi. Kepada nassier, selamat mencari rezeki yang halal. Jaga diri di tempat orang. Tahniah abang mkl kerana anak dah berjaya

    ReplyDelete
  4. tahniah Dr Nassier..blm pernah ke Australia, byk tmpt2 menarik..

    ReplyDelete
  5. MENARIK TEMPATYA TU..DR NASIR TENTU BOLEH BALIK KMPUNG SELALU JMPA KLUARGA DI SINI

    ReplyDelete
  6. Cuti semester nanti bolehlah duduk lama sikit kat sana en Din...

    ReplyDelete
  7. melbourne sangat best...

    untungnya Dr. Nassier dah dapat PR ausie.

    bilalah saya nak dapat PR ausie juga. hihihi #beranganjeyangfree

    rindu melbourne juga.

    sekurang-kurangnya tuan MKL boleh ke sana lagi. saya ntah bila lah

    ReplyDelete
  8. sangat merindui melbourne juga

    ReplyDelete
  9. Asalam saudaraku KLM..rasa2 nak ikut ja nampak kalian, apakan daya rezeki dapat lihat blog ja ni..teruskan flight ya

    ReplyDelete
  10. Bestnya pergi Melbourne. Kita tak berkesempatan lagi pergi jejak bumi Australia.. Insyallah coming soon and entry ni leh masuk senarai untuk rujukan untuk pergi Melbourne nanti.

    ReplyDelete
  11. mengenai kerja disini teringat tuan MKL kongsi pada saya ketika di SBB tempohhari

    ReplyDelete
  12. subhanallah sungguh cantik pemandangan di sana. rasa tak sabar nak tepek dalam VB saya.

    ReplyDelete
  13. cantiknya padang ragut tu. kalau kt malaysia ada di kuala sekinchan

    ReplyDelete
  14. best arr...JM lom sampai sana lagi

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete




  17. Excellent Blog! I would like to thank for the efforts you have made in writing this post. I am hoping the same best work from you in the future as well.
    I wanted to thank you for this websites! Thanks for sharing. Great websites!


    pubg apk pubg mobile apk
    pubg lite
    pubg mobile lite
    pubg

    ReplyDelete