Monday, 15 January 2018

Betong, Thailand : Betong Mongkollit Tunnel & Large Chicken Statue

Teman suka Betong. Hari kedua teman telah melawat Betong Mongkollit Tunnel. Terowong ini adalah terowong pertama dan terbesar di Thailand.  Terowong ini tidak lurus tetapi melengkong sejauh 268 meter yang menghubungkan pekan Betong dengan pekan baru di sebelah tenggara. Terowong dibuka pada 1 Januari 2001. 

Di penghujung terowong, terdapat di sebuah taman dua ekor patung ayam yang besar dan telor ayam. Seekor ayam jantan dan seekor ayam betina. Terdapat beberapa binaan bentuk dinosour di atas terowong. Kita perlu memanjat melalui tangga yang disediakan untuk ke bahagian atas terowong.

Bandar Betong sinonim dengan ayam jantan, ayam betina dan telor ayam. Ini kerana ayamnya ayam asli Betong dan tidak dikacukan dengan mana-mana ayam yang ada.


 Betong Mongkollit Tunnel

 Melengkong sejauh 268 meter

 Ayam Jantan, Telor Ayam dan Ayam Betina

 Keluar dari terowong ini, anda akan nampak Large Chicken Statue.

 Ayam Betina

 Ayam Jantan

 Tanglung warna-warni, selalu dijumpai di Betong.

 Kaki Travel Khairuddin

 Cinta

Mak Mertua dan Cinta

28 comments:

  1. ayam asli Betong tu mcm ayam kampung kot..

    ReplyDelete
  2. WAH ADA TEROWONG JUGA DI SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terowong agak pendek berbanding terowong kita.

      Delete
  3. da mcm ada kt china bkn kt betong😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini ramai juga penduduk berbangsa cina. Depa boleh berbahasa Mandarin.

      Delete
  4. Menarik juga pekan Betong ni rupanya...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Bukan sahaja besar. Nanti awak akan lihat di merata tempat di Bentong, terdapatnya lambang ayam.

      Delete
    2. Ooo macam tu yer. So special...

      Delete
  6. boleh makan tak ayam asli Betong tu

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ayam besar itu lambang bandar Betong. Harap ada masa boleh ke sana. Dekat dengan Malaysia. 4 km je dari sempadan Malaysia-Thailand.

      Delete
    2. jauh gak nak ke utara tu brother. heeee

      Delete
  8. Nama betong mmg sgt popular tapi GV baru tahu ayam sinonim dengan betong. Best jalan2x sini kan Mr Khairuddin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman suka pasal bandarnya tenang dan aman. Boleh memandu di sini. Makanan sedap. Buah-buahan pun segar. Teman minat barang siam. Senang shopping di sini.

      Delete
  9. nak gi Betong gak la lepas ni.... Bangkok + Pattaya sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Betong cari makan terutama tom yam dan nasi paparik. Sedap.

      Delete
  10. macam mana diorg boleh confirm ayam sana tak kacuk ea? kot2 la ada ayam kampung sebelah tersesat kat betong ni hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga terutamanya ayam dari kampong sebelah,Ayam Malaysia.

      Delete
  11. betong, sarawak pernah la sampai.
    betong, thailand belum lagi. sinonim dgn ayam rupanya...

    ReplyDelete
  12. cuma mampu sampai ke pekan Mundok, Narathiwat aje.

    ReplyDelete
  13. amboi besarnya patung ayam tu

    ReplyDelete
  14. Ada cerita di sebalik ikon ayam. Ilmu baru ni

    ReplyDelete
  15. besarnyaaa statue ayam.. menarik jugak ya tempatnya =)

    ReplyDelete
  16. nanti share makanan di sana, thailand pun best juga ye kalau nak repeat travel

    ReplyDelete