Thursday, 3 April 2014

Tasik Singkarak (Kota Bukit Tinggi, Siri 15)

Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 15 

Hari kedua (Sebelah senja) 

Selepas saya selesai melawat Istana Pagaruyung, saya terus di bawa ke Danau Singkarak. Waktu sudah pun hampir masuk waktu senja. Setibanya di danau ini, hati berasa hampa kerana tasik itu berjerebu. Jadi tidak dapat melihat keseluruhan danau itu dengan jelas. Sudah bukan rezeki kami nampaknya. Jerebu itu berlaku akibat kebakaran di musim kemarau di Kepulauan Riau, Indonesia.


Untuk makluman, terdapat tiga buah tasik yang terkenal di Bukittinggi iaitu Danau Singkarak, Danau Maninjau dan Danau Atas Danau Bawah. Danau Singkarak adalah tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. 

Di Danau Singkarak, anda boleh melihat keindahan tasik dengan menaiki bot kayu selama lebih kurang 30 minit. Tidak lengkap sekiranya anda tidak membeli ikan bilis di pasar Omilin yang terletak di pekan Singkarak. 


Danau Singkarak


Kanak-kanak riang gembira di Danau Singkarak

Mentari di Danau Singkarak



Lukisan bulan tergantung  di kedai di tepi Danau Singkarak

Oh Bulan Oren



Hari kedua (Sebelah Malam)

Hari semakin senja. Akhirnya, Aben menghantar kami ke Padang. Ini kerana flight kami adalah kira-kira 730 pagi keesokkan harinya. Hari ini Sabtu. Besok hari Ahad. Kami minta penginapan berdekatan dengan airport. Kami telah menginap di Diva Ikhlas di Padang yang baru dibuka. Harga semalam adalah kira-kira RM60 semalam. Kami telah dihantar ke airport dengan motorsikal dengan bayaran RM5 pada jam 6.00 pagi. Beg dan motorsikal adalah kenangan indah kami semasa di Padang. Budak-budak hotel yang mengajar kami menjadi lebih berani kerana membawa 2 buah beg besar di atas sebuah motor. Sungguh indah pengalaman itu. Ini adalah entri terakhir jalan-jalan mencari kain sulam di Bukit Tinggi Siri 15. Ada satu lagi siri iaitu rumusan dan jumlah perbelanjaan keseluruhan trip ke Padang Bukit Tinggi, Sumatera Barat.


Kamar Penginapan Kami di Padang

Penginapan Diva Ikhlas di Padang 

40 comments:

  1. best En.Khairuddin.......berendam lama especially musim panas ni..

    ReplyDelete
  2. sungguh matahri tu kena jerebu ... bebudak ni biasa jer mandi kat tasik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berjerebu kawasan tu..tempias dari kepulauan Riau.

      Delete
  3. mmg best kalau dapat berendam dlm air ketika musim panas cam gini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan feb kami pegi tu mmg cuaca sgt panas..rasanya budak2 tu berendam berejam2 dlm tu hehe

      Delete
  4. cantiknya danau singkarak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak berjerebu lagi cantik paridah..air dia hijau je..masa jerebu ni air pun tak nampak huhu

      Delete
  5. perh..memang cantik..terujanya klau dpat psana..bro..
    owh yg bulan oren tu memang rare :P

    ReplyDelete
  6. nsib baik bulan dia oren, kalau kaler putih dah jadi bendera parti katanya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itu la pasal engku..kalau kat bangkok saya tengok ada bendera dacing warna hijau haha

      Delete
  7. cantik tasik tu.. sayangnya cuaca berjerebu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la aiza..sayang dan terkilan juga tak dpt tgk tasik yg superb..xpe la, setakat itu rezeki yg allah bg kami utk tgk tasik ni

      Delete
  8. Cantik & menarik... klu tak baca entri di blog ni, mungkin saya tak tahu ttg tempat ni.. t kasih atas perkongsian sahabat..
    3x digi.. :)

    ReplyDelete
  9. Nampaknya jerebu kiriman dari Riau.... sayang pemandangan jadi kurang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kata pak supir berlaku pembakaran besar2 an di riau yg menyebabkan jerebu berlaku di BT ni..

      Delete
  10. Subhanallah...cantik sangat gambar pemandangan atas tu.. damai je perasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar laut, bukit bukau, pohon2 mmg sering mendamaikan hati kita kan hidayah,.

      Delete
  11. cantik betoi gambo pemandangan tu... kena pulak yang nangkap gambo nya pun handal......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan nya mmg cantik tp org yg menangkap gambarnya haram tak handal hihi

      Delete
  12. Satu pengembaraan yang amat bermakna.

    ReplyDelete
  13. macam jerebu je matahari tu..
    menabung sini..

    ReplyDelete
  14. Danau singkarak nie airnya berombak kan en. khai... tidak seperti maninjau yang lebih tenang... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahhua'lam idah..saya tak pasti pulak sbb saya tak ke danau maninjau dan di singkarak ni pun saya tak nampak airnya huhuhu

      Delete
  15. Cantikkan nao mie..tp air dia xdapat tgk sgt, jerebu

    ReplyDelete
  16. Serpnok dapat berjalan jauh..jauh perjalanan, luas pemandangan

    ReplyDelete
  17. Siri yang ke 15? mesti banyak yang ida tertinggal ni... tapi pemandangannya tu memang menarik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa boleh baca..mana tahu ada rezeki ke sana nanti.

      Delete
  18. bestnya bebudak tu dapat main air
    dulu zaman kanak-kanak pun suka main...hehe
    pemandangan dia pun cantik kan...terasa tenang

    ReplyDelete
  19. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...
    Salam dari MINANGKABAU..yang selalu disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN..bergerak di bidang pelancongan sebagai tour guide dan driver.juga melayani penyewaan transpor pelancongan.

    Saya nak tumpang iklan kat sini..
    Bila ada tuan dan puan yang nak merancang untuk melawat ke bukittinggi padang..
    Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan..
    Jangan risau..saya boleh bantu uruskan lawatan nya..
    Untuk info detail nya..sila contact saya ditalian ....

    Call/sms/whatsapp...+6285374176166

    Email.armanpribadi123@gmail.com..

    Terimakasih....

    Wassalam....

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...
    Salam dari MINANGKABAU..yang selalu disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN..bergerak di bidang pelancongan sebagai tour guide dan driver.juga melayani penyewaan transpor pelancongan.

    Saya nak tumpang iklan kat sini..
    Bila ada tuan dan puan yang nak merancang untuk melawat ke bukittinggi padang..
    Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan..
    Jangan risau..saya boleh bantu uruskan lawatan nya..
    Untuk info detail nya..sila contact saya ditalian ....

    Call/sms/whatsapp...+6285374176166

    Email.armanpribadi123@gmail.com..

    Terimakasih....

    Wassalam....

    ReplyDelete