Thursday, 26 February 2015

With love from Taiping : Changkat Jering

Cuti-Cuti Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015

Trip kali ini adalah sempena Tahun Baru Cina. Juga kerana anak sulong kami, Pegawai Farmasi yang tidak banyak dapat bercuti maklum baru sahaja bekerja . Kami juga ingin berkumpul sekali anak beranak menghabiskan cuti bersama sementara anak-anak masih bujang belaka. Destinasi yang kami pilih adalah ke Taiping dan Kuala Sepetang (Port Weld). Percutian adalah dari 19 Feb 2015 hingga 21 Feb 2015. 

Hari Pertama (19 Feb 2015)

Kami bergerak dari rumah jam 2.00 petang. Masa itu memang jam di jalan raya. Saya ikut jalan persekutuan lama untuk sampai ke Ipoh selatan sebelum sampai ke Kamunting melalui Changkat Jering. Sebelum itu, saya telah guna lebuhraya bermula dari Ipoh Selatan menghala ke Menora Tunnel dan exist di Persimpangan Changkat Jering. Penginapan kami adalah di Intan Homestay Kamunting. Alamat : Akalily Homestay 66, Lorong Jana Setia 1, Taman Jana Setia 3460 Kamunting. Homestay teres 1 tingkat. 3 bilik dengan 2 bilik air. Satu ruang tamu dan ada dapur. Dapur ada tempat memasak, peti sejuk serta peralatan dapur. Kami memilih untuk tinggal di rumah teres pasal kami ada 6 orang dan ingin memasak. Harga satu malam RM170 dan dua malam RM340. Sebenarnya boleh sumbat lebih daripada itu. Pasal bilik utama dan ruang tamu ada air-con. No tel : 013-2088119 atau 0195901086.

Sebelum sampai ke homestay kami telah jalan-jalan di Pasar Minggu Changkat Jering. Pasar Minggu Changkat Jering meriah pada hari sabtu. Hari lain, pasar ini mati. Di sini , saya suka minum kopi cecah dengan lempeng inti kelapa. Pecal Perak pun sedap di sini. Apa sekali pun, saya telah menjadi orang Perak walaupun asal dari Negeri Sembilan. Kami tak masak malam tu kerana masing-masing kepenatan. Kami makan di Saiful Seafood, sebelah Pasar Minggu Changkat Jering. Sedap juga masakan Thailand di sini. Rata-rata tempat sekarang disajikan dengan masakan Siam. Nak makan makanan Perak, kena le bini kome masak. 

Hari Kedua (20 Feb 2015)

1.  Jogging di Taman Tasik Taiping
2.  Muzium Taiping
3.  Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim
4.  Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.  Stesen Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
6. Jambatan Kuala Sepetang untuk menikmati suasana matahari terbenam di Perkampungan nelayan
7.  Makan mee udang Kuala Sepetang
8.  Kelip-kelip di Kampung Dew

Hari Ketiga (21 Feb 2015)

1. Kaki Bukit Larut dan kolam renang Kemahkotaan
2. Kilang Kopi Antong
3. Kilang Arang Kg Dew
4. Zoo Taiping

Kesimpulannya, percutian dalam negeri yang menarik untuk bersama-sama orang-orang tersayang. Kita boleh mendapat 5 dalam 1 iaitu Pendidikan (Education Tour), Rasa (taste), Ilmu (Knowledge), Sejarah (Heritage) dan Pendedahan (Experience).
.
 Pasar Minggu Changkat Jering

Pasar yang menjual makanan tradisional Perak 

33 comments:

  1. Kita tak sedar di negara sendiri pun banyak tempat menarik sebenarnya...

    Saya suka ke Taiping...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya..kathy tak sampai ke perak lagi..

    ReplyDelete
  3. Taiping byk tempat menarik compare to other place di perak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila taiping bergabung dengan kawasan disekitarnya misalnya Kuala Sepetang..

      Delete
  4. seronoknya.. CNY saya balik kg.. haha

    ReplyDelete
  5. ala...nak tengok gambar lagi..hehehe.saja nak suruh elaborate entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi entri akan datang...bersiri....tapi tak sebanyak Jepun..Siri Jepun belum tamat lagi.

      Delete
  6. sy x penah lg smpi taiping. sekadar lalu je sbb naik bas cm ne laa nk sggh ;-)

    ReplyDelete
  7. Macam familiar jer tempat2 ni...eh eh..tempat Bunda kampong bunda lah tu...

    Bunda kalau balik suka juga g pasar minggu cangkat jering tu...suka makan satay kampong ngn kuih mueh tradisional kat situ ..murah2 n sedap..owh..gerai yang baru tu dah beroperasi yer?.. bln disember haritu tak buka lagi...masih kat tempat lama...tepi jalan tu..

    Tak pergi ke makan2 kat pekan Taiping...kat belakang bomba tu...kat situ femes nyer yong tau foo...

    Macam2 pasar raya baru pun dah ada... aeon n taiping mall pun baru buka...

    Bunda asal sana...from Taiping with love...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiping tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk percutian sekeluarga.

      Delete
  8. macam best je ... nanti balik kedah singgah taiping nak gi pasar changkat jering tu la :)

    ReplyDelete
  9. PERNAH MELAWAT TAIPING IKUT ROMBONGAN SEKOLAH LAMA DULU...CANGKAT JERING LALU SAJA XPERNAH SINGGAH..

    ReplyDelete
  10. Kermer orang kg Gajah tapi idok pornah sampei ke Changkat Jering lagi. Dengor nama nyer ajer.

    ReplyDelete
  11. Saya pun belum habis ronda2 Taiping, walaupun dkt je dgn kpg..kelip2 Kpg Dew...menarik tu..

    ReplyDelete
  12. Menarik tempat ni.. ada kesempatan mmg kena pergi ni.. seronok jalan sambil shopping kuih2 tradisional Perak ni..

    ReplyDelete
  13. Thanks sharing info sahabat.. :)

    ReplyDelete
  14. pernah beberapa kali naik moto kesana sebab ada kawan sekuliah disana...

    ReplyDelete
  15. Taiping tempat kelahiran saya.
    Tapi, menetap di NS.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kerana list down interesting places kat sane.
    Tentang soalan trip saya di Cameron Highland tempohari - kami x well planned pun. Just tido dalam mpv (dah biasa camtu). Dulu ada 2x ke CH, kami menginap di Apartment di Brinchang opposite to Petronas. Turun je terus sampai pasar malam. Cuma namenye saya dah lupe.
    Apartment tu memang convenient.

    ReplyDelete
  17. masuk ni dah dua blog cerita dia pegi ke area Taiping Kamunting ni.... macam best pulak... tapi di negeri Perak orang jarang bercerita pasal pantai kan... banyaknya hutan dan tasik... laut perak tak best ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga pantainya terutama Pulau Pangkor. Nanti ada kesempatan dan ruang saya review.

      Delete
  18. saya blm sampai taiping lagi . byk tpt menarik kat malaysia ni tapi selalunya org lbh suka travel ke oversea ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa sekalipun hujan emas di negeri orang baik lagi hujan batu di negeri sendiri...

      Delete
  19. CT suka rule 5 in 1 itu.. boleh apply bila nak buat review kat sesuatu tempat..
    mak ayah suka ke taiping n changkat jering juga.. lama x ke kuala sepetang..

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah satu masa nnt akan ke sana ..thanks sharing..

    ReplyDelete
  21. Bila baca sendiri ..rasa cambest jer nak terjah ke sana

    ReplyDelete
  22. saya dah penah sampai taiping tapi sekejab aje
    tak tahu dia ada banyak tempat menarik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat menarik di Taiping dan kawasan-kawasan berdekatan.

      Delete
  23. Assalam,
    la ni changkat jering pun semakin membangun :)

    ReplyDelete