Friday, 4 September 2015

Pulau Anso Duo, Padang

Pantai Angso Duo Pariaman

Bagi anda yang berkesempatan ke Padang, sila lawat Pulau Anso Duo. Pulau Anso Duo terletak di Kota Pariaman yang kira-kira 56 km dari Kota Padang atau 25 km dari Bandara Internasional Minangkabau memiliki pantai yang indah  dan menawan. Untuk ke sini, anda boleh ke Pulau ini melalui Pantai Gandoriah.

Untuk mendapat pemandangan yang indah seperti menikmati keindahan bukit bukau, sungai dan sawah padi anda boleh cuba menaiki keretapi untuk menuju ke Pantai Gandoriah. Tiket Keretapi adalah berharga  Rp 3.000 dari Stasiun Simpang Haru atau Stasiun Tabing, Kota Padang ke Stasiun Kereta Pariaman. Dari Stasiun kereta Pariaman, anda berjalan kaki seminit dua, anda akan sampai ke Pantai Gandoriah. Untuk ke Pulau Angso Duo dari Pantai Gandoriah, anda perlu menggunakan perahu motor selama 10 -15 minit dengan biaya Rp 35,000 pergi balik sahaja. Perahu Motor terakhir menuju ke sana adalah pukul 15.00 dan untuk pulangnya adalah pukul 18.00



 No perhubungan ke sana tertera di dalam banner

 Naimah dengan kaca-kaca botol yang kreatif

 Pulau Angso Dua yang begitu cantik menawan

 Riang gembira bersama sahabat handai

 Suasana aman damai menghibur hati jauh di perantauan

 Di pantai nan indah

 Di Surau katik Sangko

 Wajah buah kelapa yang kreatif

 Bot untuk ke Pulau Anso Duo dari Jeti di Pantai Gandoriah

Best juga ke Pulau Anso Duo

26 comments:

  1. Bestnyer....Cantik sangat..

    ReplyDelete
  2. cantik tempatnya selesa utk bercuti sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. ehehehe Padang pun dok sampai lagi =)

    ReplyDelete
  4. menariknya.. dulu masa ke padang xsempat pun ke pulau ini,

    ReplyDelete
  5. best juga ... tengok pun dah rasa best

    p/s: it's me Puteri Wanita :)

    ReplyDelete
  6. kreatif la ... muka buah kelapa tu :)

    ReplyDelete
  7. unik surau tu ... rumah kayu comel :)

    ReplyDelete
  8. rasanya kecik je pulau tu kan ...

    ReplyDelete
  9. cantik pantainya..nice sharing...

    ReplyDelete
  10. comelnya anak dara MKL =)
    cantiklah pemandangan sekitar dia

    ReplyDelete
  11. bestnya bercuti tepi pantai!!! :)

    ReplyDelete
  12. angso dua tu maksudnya ... angsa dua ke? :)

    ReplyDelete
  13. Indahnya pemandangan di Pulau Angso Duo nie ^-^

    ReplyDelete
  14. Tak sangka di Padang ada tempat yang cantik utk dilawati kan...terbaik review

    ReplyDelete
  15. Selesa nampak tempatnya... destinasi yg baik utk berehat cari idea ni. Thanks sharing sahabat... :)

    ReplyDelete
  16. waaaa.. best bersantai di sini..

    ReplyDelete
  17. hmmm.. tempat tu kelihatan cantik...

    ReplyDelete