Saturday, 24 December 2016

Pulau Itsukushima (Miyajima)

Saya & Cik Rusa
Oleh Noor Hidayah Hanapi


 Cinta dan Rusa

Rusa yang begitu jinak berkeliaran 

Semasa kunjungan saya ke Hiroshima, saya telah berkunjung ke Pulau Itsukushima atau lebih dikenali sebagai Miyajima. Pulau ini dianggap suci dalam agama Shinto.
Pulau Itsukushima bermaksud 'Shrine Island' kerana disini letaknya sebuah shrine yang terkenal iaitu Itsukushima Shrine yang telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Saya tak nak bercerita tentang landmark yang terkenal di Miyajima ni iaitu Torii Gate yang terapung dan Itsukushima Shrine kali ni tapi saya nak bercerita tentang rusa liar yang jinak berkeliaran di pulau ini.
Setibanya di pulau ni saya disambut oleh beberapa ekor rusa yang mengekori untuk mendapatkan makanan..tapi dek kerana amaran yang diberikan di papan kenyataan bahawa memberi makanan adalah dilarang kepada mereka, niat nak memberi makan biskut kepada mereka terpaksa dihentikan.
Saya nak berkongsi tentang hubungan di antara menjaga kebersihan dan kehidupan si rusa di pulau ini..tabiat pemakanan semulajadi rusa adalah rumput atau dedaunan, sekiranya kita memberi makanan selain daripada itu macam biskut ke, ia akan menyebabkan kesakitan pada perut rusa.
Rusa tak boleh hadam benda seperti plastik atau kertas, sekiranya kita buang sampah merata-rata dipulau ni, rusa yang berkeliaran ni akan makan segala sampah sarap dan menyebabkannya sakit.
Fakta rusa di Miyajima: rusa-rusa ni asalnya datang daripada hutan yang berdekatan..apabila ramai pelancong memberi makanan kepada mereka, mereka cenderung datang ke tempat tumpuan pelancong ni untuk mendapatkan makanan.Lama kelamaan, mereka akan makan plastik dan kotak makanan yang dibuang oleh pelancong kerana terhidu sisa makanan di situ..Oleh kerana makanan yang tak boleh dihadam ni berada dalam perut si rusa, jangka hayat mereka tidak panjang seperti sebelumnya
Dengan itu adalah disarankan pelancong tidak memberi makanan kepada rusa dan tidak membuang sampah merata-rata untuk menggalakkan mereka pulang semula ke habitat asal mereka

P/s: saya ternampak rusa makan peta yang dipegang oleh seorang pelancong..terjerit-jerit pelancong tu.



11 comments: