Tuesday, 5 July 2016

Moh Kita balik Kampung Teluk Intan

Dari Tanjong Malim ke Teluk Intan

Kami Sekeluarga. Doa agar hubungan baik kami kekal sampai ke Jannah

Kawan-kawan,
Saje teman gatal tangan nak tulis juga. Keperluan balik kampung. Maklum le anak beranak atok opah 8 orang, belum kira anak cucu yang berpuluh ribu.
I) Bawa balik keperluan alat-alat mandi. Kan kau suka mandi macam kerbau berkubang. Belum kira kau toceng lagi.
2) Bawa balik towel masing-masing. Nanti kalau semua opah cucu jenis bangang tak bawal towel balik. Kesat badan kau pakai langsir jelah nanti.
3) Bawa extension wire 5 suis. Taklah kau bangang bila tak dapat call mak we. Kan title kau suamiku playboy. Bini & anak-anak boleh caj. Tak kira orang yang menumpang lagi. Kau dapat pahala lagi. Lagi bagus, standby power bank.
4) Bawa balik seterika sendiri. Kan kau tu playboy. Bini kau jenis yang memasang badan. Bini hendak kelihatan cantik dan anggun 24 jam. Kalau boleh angkut iron board sekali.
5) Kalau bawa boleh bawa tilam @ toto. Kan cucu opah berpuluh ribu. Kalau ada khemah atau sleeping bag itu lagi cun.
6) Kalau sembang adik beradik jangan lupa dunia, sampai terlepas solat di pagi raya. Tido awal sikit, Allah SWT tetap diutamakan daripada hal-hal lain sekalipun anak bini mak bapa.
7) Ajak isteri & anak-anak perempuan tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki boleh tolong atok sapu laman, ligan ayam sebagai contohnya. Jangan jadi seperti setengah isteri atau anak-anak yang duduk terkangkang dengan mulut boleh tahan juga.
8) Jaga aurat masing-masing. Ingat kita tak boleh bersalam dengan semua orang. Belajar dengan ustaz dan ustazah hal yang simple ni. Malu je kalau bab simple ini buat tak tau je.
9) Kalau hendak bersembang, sembang yang baik-baik sahaja. Buang perasaan hasad dengki. Kalau bertujuan menyakitkan hati orang baik diam sahaja. Selamilah perasaan adik beradik yang kurang berada daripada kita. Kalau ditanya, boleh dijawab dengan ringkas sahaja terutama bab melancong, kereta dan kepandaian anak-anak. Fokus pada silaturrahim.
10)Jangan selalu terperap dalam bilik terutama menantu perempuan. Ringankan tangan terutama di dapur. Jangan hendak maintain cantik, meluat orang nanti.
11) Kalau beraya di rumah mak mertua cuba terima semua keadaan seadanya. Siapa suruh kahwin anaknya. Kalau kahwin anaknya, keluarganya kena angkut sekali.
12) Kita balik kampung bukan kerana budaya. Balik kampung kerana mak ayah. Mak ayah kita yang berwajah syurga. Nanti kang menyesal apabila mereka telah tiada. Kau pasti tidak menyesal apabila terpahat memori terindah dalam sanubari. Hargai dan syukuri sebelum hilang sekelip mata di mata kau. Bukan lama sangat pun, begitu cepat berlalu seperti berlalunya ramadhan 2016. Mana kita sedari, besok dah satu syawal. Bengang kita dibuatnya. Last-last terpampang batu nisan mak ayah di depan kita.
Taqaballahuminna wa minku
Salam Syawal
Maaf Zahir Batin
Dari saya serta keluarga.
Berfikiran positif dan insyallah, moga kita ketemu Ramadhan yang ditangisi

16 comments:

  1. Penyampaian yang agak rock en Din... Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batn dari saya...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  3. Ha ha... comel pesanan ni

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya tuan mkl...

    Wahhh org teluk intan juga...

    Sep sikit ... geng ...

    Area mn tuan?

    Moh le datang beraya...

    ReplyDelete
  5. aamiin semoga keluarga Yang Allah pertemukan hingga Jannah pak kim... selamat Hari Raya....Taqoballahu Minnaa Waminkum, Shiyamanaa Washiyamakum, Kullu ‘Amin Wa Antum Bikhoirin, Waja’alanallahu Waiyyakum Minal Aidzin al Faizin… Amin….

    ReplyDelete
  6. Suka raya umah mil sebab satu kg tu anak beranak depa...hahaha....maybe hanya tinggak kenangan=/

    ReplyDelete
  7. one happy family insyallah =)
    selamat hari raya Uncle.. salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya...

    p/s teluk intan umah adik ipar sy (felda sg manila)

    ReplyDelete
  9. Ceria sekeluarga di hari raya... alhamdulillah... :) :)

    ReplyDelete
  10. cucu berpuluh ribu? mmg penuh staium lah ni

    ReplyDelete
  11. "jangan jadi seperti setengah isteri atau anak-anak yang duduk terkangkang dengan mulut boleh tahan juga." mcm mana tu hahahaha

    ReplyDelete
  12. stmt no 3 tu abe MKL ke yg tulis..ke copy dari mana2 sumber...hurmmm

    ReplyDelete
  13. opss..bila baca semua no 1 - 12 tu...pesana terus dari abe MKL or dari sumber tertentu..hurrmm confius ni

    ReplyDelete