Bukit Changkat Asa Ulu Bernam, Tanjong Malim, Selangor.
Ketinggian dari aras laut 81 meter
Masa mendaki : 1 jam
Masa turun : 30 minit.
Sajak ini terhasil tatkala menjejak kaki di atas Bukit Asa memandang ke arah Pekan Tanjong Malim, tanah tumpah darahku.
Bumi Mualim Bumi Rahmat
Indahnya Bumi Mualim
Bumi Para Sarjana
Bumi Dagangan Para Ilmuan
Bumi Keindahan Flora Fauna
Bumi Sujud Menyanjungi Keagungan illahi.
Sujud itu menjadi indah
Tatkala menyembah bumi
Disertai airmata dan kehambaan
Bisikan didengari di Langit biru
Bahawa kita beribadah kepada Allah semata-mata.
Sungai Bernam
Sungai jernih dan bersih
Jambatan menuju ke Bukit Changkat Asa
Pekan Tanjong Malim di kejauhan
Awan Biru yang menawan sukma
Di pagi hari
Aku kaki Travel khairuddin
Pokok yang oren kemerahan
Para Sahabat Pendaki
Mercu tanda Bukit Asa
Hari yang semakin menjelang siang
Tanjong Malim, Bumi Mualim yang ku sayangi. Semoga menjadi bumi yang subur dan rahmat.
cantik pokok oren tu..
ReplyDeleters nk terjun je dlm sungai tu
ReplyDeletesajak yang indah, seindah Tanjung Malim yang masih kaya dengan keindahan alam semulajadi
ReplyDeletecantik sungai dia.. fuhhh
ReplyDeletetahniah...berjaya mendaki bukit & disudahi dgn puisi memuji alam & Penciptanya..
ReplyDeleteSubhanallah.. menarik. Pemandangan tenang dan nyaman.
ReplyDeletewaaah Uncle pandai berpuisi jugak *thumbs up*
ReplyDeleteCantik permandangan di Bukit Changkat Asa ini
ReplyDeleteCantik Pemandangan di atas Bukit Changkat Asa boleh singgah ni kalau ke Tanjung Malim
ReplyDeleteMemang cantik dan berbaloi.
Deletekaki bukit ni di mana ya? boleh ke naik tanpa guide?
DeleteKaki bukit di Pekan Tanjong Malim. Boleh nampak pekan Tanjong Malim. Boleh naik tanpa guide.
Delete