Thursday, 3 May 2018

Keindahan alam di Kampung Sungai Jurong, Ulu Slim

Lokasi : kampung Sungai Jurong, Slim River, 35800 Perak.

Sungai Jurong adalah salah satu batang sungai yang mengalir di Slim Village. Saya telah menjelajah sungai yang terletak di Kampung Sungai Jurong. Slim adalah sebuah mukim di daerah Muallim, Perak, Malaysia. Nama-nama lain adalah seperti Selim, Slim Village, Kampong Slim dan Slin. Papan tanda ke arah tempat ini adalah Ulu Slim.

Teman begitu suka bau hutan. Bau hutan adalah serasi dengan teman. Teman dibesarkan di alam. Alam yang tenang, aman dan damai. Alam banyak bicara. Bicara tentang flora dan fauna. Sang kancil, Kura-kura, melor dan mawar. Itu cerita penglipur lara. Penghibur semasa kami kecil.   Tidak rugi berbakti kepada alam. Alam yang semakin sakit tenat. Alam pun semakin hari semakin panas. Apa yang akan tinggal untuk generasi akan datang. Hanya Allah SWT yang boleh melindungi alam. Manusia semakin rakus dan tamak.

Moga cucu cicit terus mencinta alam,

Kita bukan kawan, kita keluarga alam. Kita orang Islam, agama menganjurkan adab dan sopan terhadap alam. Agama kita indah.

Teman pencinta alam.  

 Teman berbicara dengan mahasiswa UPSI

 Bau-bau dedaun begitu mengasyikkan teman

 Gaya-gaya nakal mahasiswa teman

 Melintasi anak sungai Jurong

Begitu riang ria dalam hutan hujan

18 comments:

  1. Bakal cikgu ke diaorang semua tu en Din..

    ReplyDelete
  2. MENCINTAI ALAM SEMULAJADI MENGHARGAI N MENJAGA LESTARI UJUDNYA

    ReplyDelete
  3. sy nk tgk pic keindahan alam tp kenapa sy nmpk 'keindahan' yg lain ni hahahaha

    ReplyDelete
  4. menjaga alam utk generasi akan datang...rindu bau hutan & bunyi2an di hutan..

    ReplyDelete
  5. Teringin nk buat aktiviti masuk hutan macam ni. Melihat keindahan alam =)

    ReplyDelete
  6. Bergaul dgn org muda..abg mkl pun jiwa muda jugak

    ReplyDelete
  7. Memang tuan layak jadi pengerusi kelab pencinta alam.

    ReplyDelete
  8. cantik tempat ni.. tenang je.. boleh "rasa" keindahan alam semulajadi tu.. :)

    ReplyDelete
  9. Best masuk hutan mcm ni ramai2.. meriah.

    ReplyDelete
  10. Uncle Din dan aktiviti2 sebegini berpisah tiada.. CT datang jenguk ni lama tak singgah =D

    ReplyDelete
  11. Ops baru tau kat perak rupanya..haha

    ReplyDelete
  12. lama x join aktiviti camni.

    ReplyDelete
  13. Alam anugerah yang tak terhingga nilainya, sama-sama kita jaga anugerah Allah demi manfaat semua. Cantik tempatnya macam belum diterokai ramai manusia...

    ReplyDelete