Monday, 5 November 2018

Kawah Putih, Bandung.

Oleh Noor Hidayah Hanapiah

Kawah Putih terletak di daerah Ciwidey, Bandung. Kawah putih merupakan sebuah tasik yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Lebih kurang macam Danau Toba.

Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Kawah ini berada pada ketinggian +2090 m dpl di bawah puncak atau titik tertinggi Gunung Patuha.


Untuk naik ke sini, kita perlu menaiki jeep yg agak menyeramkan sama ada dari segi rupa bentuk jeep dan juga cara pemanduan pemandu.Gua dah la duduk tepi sekali betul-betul dekat pintu jeep yang tak bertutup, tangan rasa kebas pegang seeratnya besi kat depan tu, kalimah syahadah dah ucap siap-siap banyak kali

Sampai je ke tempat parking jeep, kena turun tangga pulak nak ke Kawah Putih ni, agak jerih haha..tapi bila sampai je SUBHANALLAH cantik sungguh pemandangannya.Dengan air putih kehijauan, suasana aman..cuma bau belerang agak menyengat..masa angin kuat lagi kuat baunya sampai terbatuk-batuk dan pedih mata.

Sesiapa yang nak datang ke Bandung sangat-sangat direkemen datang ke sini..Tangkuban Perahu best juga, cuma bayaran masuknya agak mahal berbanding dengan Kawah Putih, Bandung.


 Bersama Chinta

Begitu indahnya Kawah Putih dari kejauhan.

12 comments: