1. Nama Bukit : Bukit Batu Pahat
2. Ketinggian : 410m/1345 ft
3. Mendaki : 1 jam 30 minit
4. Rehat : 1 jam
5. Turun : 1 jam
6.Jarak : 6 km
7.Rating : Moderate
8.Cara hendak ke sana : Waze Institut Kemahiran Belia Negara Pertak.( IKBN), Kuala Kubu Bharu.
Jalan Ampang Pecah, Kampung Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Baru.
9.Starting Point mendaki : Terletak di antara IKBN dan MRSM Kuala Kubu Bharu. Ada satu lorong mendaki untuk ke puncak Bukit Batu Pahat. Kita boleh bertanya kepada pengawal pondok sama ada IKBN, Pertak atau MRSM Kuala Kubu Bharu.
10. Senarai peralatan yang perlu dibawa adalah seperti berikut :
i.Air mineral 1.51 & 500ml energy drink
ii.Makanan untuk lunch
iii.Baju hujan
iv.Power bank
v. Ubat-ubatan peribadi (Krim sakit urat, panadol )
vi.Glove
vii.Tongkat
viii.Tshirt atau seluar tambahan.
11. Liku-liku Perjalanan ke Puncak : Single Trek. Ada bahagian yang mencanak. Bertar merah dan trek untuk 4WD. Puncak merupakan tempat pertemuan untuk para gliding. Kalau hujan, trek agak licin dan lecak.
12. Overview dari atas puncak : Kawasan berumput yang sesuai untuk duduk-duduk bersantai, pemandangan ke bawah adalah Darul Quran dan bandar Kuala Kubu Bharu. Juga deretan Banjaran Titiwangsa. Ada batu bongol yang besar. Anda boleh ke batu belah, hiking ke bawah kira-kira 500 meter dari puncak bukit. Itu satu bahagian yang lain.
12. Lain-lain maklumat : Ada dua laluan untuk ke puncak bukit: Pertama: laluan hutan
Kedua: laluan jalan tanah merah yang boleh dilalui oleh 4x4. Untuk pendakian kali ni, kami memilih laluan kedua.13. Aktiviti selepas hiking : Boleh singgah ke Warung Cendol Pak Samad depan Masjid Jamek Al-Rahimah untuk menikmati cendol yang beraneka pilihan dan Nasi Goreng Daging Salai.
https://www.youtube.com/results?search_query=it%27s+hyeda+napi
Aktiviti yg mwnyihatkan
ReplyDeleteBest tak terkata.
DeleteSaya ni nak hiking pun pikir 2/3 kali 😅 bestnya tengok orang yang suka buat aktiviti gini. Bukan saja seronok tapi bagus untuk kesihatan sebab aktif 💪🏼
ReplyDeleteSaya memang minat hiking sejak kecil lagi. Yang penting kita enjoy dan berasa puas hati dengan setiap perkara yang kita lakukan.
DeleteNAIK MENDAKI LAMBAT JUGA TAPI TURUN LAJU JE...CANTIK SEKALI VIEW TITIWANGSA
ReplyDeletePemandangannya memang cantik
Deletewahhh best nya kalau dpt join sm ;-)
ReplyDeleteWahhhhh. Best
ReplyDeleteJemput join GA --> Giveaway by ejulz & wafacw
last mendaki Gunung Kinabalu pada 1998. Lepas tu daki bukit yg rendah2 je...
ReplyDeleteUntung nya dapat hirup udara segar bau hutan gitu huhuhuuu.. :D
ReplyDeleteEh..baru saya tau ada bukit nama batu pahat di KKB.
ReplyDeletecuma tau batu pahat di johor je.