Thursday, 24 October 2013

Bali Island-Bayung Bagus-Part VIII

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)


Bayung Bagus, Bali Plantation Visit



Kali ini kami melawat ke Bayung Bagus. Saya boleh menggambarkan ladang kopi ini sebagai eco friendly farm, ada dijual kopi luwak, dan juga organic products. Banyak juga ditanam buah-buahan. Mereka menyambut kedatangan kami dengan penuh kemesraan dan penuh dengan senyuman. Waktu pun hampir petang, dan merupakan destinasi yang kedua terakhir pada hari kedua.  


Buah Markisa

Bayung Bagus


 Pokok Bunga

Bunga Markisa

Buah Markisa

Buah Koko

Bunga Kembang Seribu

Biji Kopi

Buah Sayur

Biji Kopi


Buah Limau


Tahi Musang

Musang


Apa kata saya goggle dan tunjukkan gambar musang yang lebih cantik. Tahi musang akan   menghasilkan kopi luwak yang dikatakan sebagai kopi yang berkualiti tinggi dan sedap. Kopi mentah dimakan oleh musang dan kemudian diberakkan semula sebelum diproseskan menjadi kopi. Kopi luwak dikatakan kopi yang termahal  dan paling sedap di dunia. 

Sumber : catpoopcoffeeinc.com



Tahi Musang

Menggoreng Kopi

Menumbuk Kopi




Kopi yang semakin hancur

Jenis-jenis koko yang dihidangkan

Di antara jenis-jenis kopi yang di jual adalah kopi bali, kopi koko, kopi coklat, kopi ginseng, Teh halia, dan Teh lemon grass. Semua kopi diberi kita rasa dengan percuma. Saya beli kopi coklat dan kopi teh lemon grass. Kopi teh lemon adalah untuk menjadikan badan kita ramping dan slim. Tengok betapa slimnya anak taukeh yang menyambut kehadiran kami dengan penuh keriangan padahal kami dah berasa sangat penat. Hilang penat terus, pasal hati tertawan dengan layanan yang mesra. Kopi luwak juga ada dijual dan boleh dinikmati dengan rph 50,000 (RM15.00 secawan). 

Kedai kopi Bayung Bagus

Bali Spices

Tembikar membakar bau haruman

Subur dan hijaunya buah Betik di Bayung Bagus

21 comments:

  1. Bayumg Bagus ni mmg tak pernah sampai lagi... dulu kami pegi minum kopi luwak bukan kat bayung ni, apa tah nama tempat tu.

    Markisa tu manis tak? Yang mak saya tanam di kampung masam giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. manis....saya suka. markisa yang best ada dijual di Medan. Markisa buah kegemaran saya.

      Delete
  2. Macam nyaman je suasana kat sana. Lepas hujan ke time tu?

    ReplyDelete
  3. waaa...kopi luwak, teringin nak rasa..
    tapi kenangkan dia daripada najis musang...*pitam*
    musang tu cuteeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kita tak boleh minum pasal najis musang....dari segi tahap kebersihannya.

      Delete
  4. mak aih..rm15k..biar xminum pn xpe..bkn ke kopi luwak ni haram minum?? sbb dari najis kn..buah koko tu lama dah xmkan =) 1 pngalaman yg menarik

    ReplyDelete
  5. wah..macam best jer tempat nie..saya pun tak pernah sampai ke bali lagi setakat nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. banyak buah nadir di situ ya.. comel pula tengok musang tu.. singgah isi tabung2.. :D

    ReplyDelete
  7. pergh mahalnya Kopi Luwak ...tak mampu sy.

    ReplyDelete
  8. Ooo..baru tahu tentang taik musang.. perkongsian yg mengujakan. :D

    ReplyDelete
  9. lecturer pha is pernah cerita pasal kopi tahi musang ni...

    ReplyDelete
  10. Suka tengok gambar-gambar ni. Cantik dan berinfomasi.

    ReplyDelete
  11. First time tengok bunga markisa tu & first time juga tengok cara pembuatan kopi tu.. Pengalaman yg sgt berharga tu.. syabas... menabung sekali sini :)

    ReplyDelete
  12. Kalau tak salah saya ada sebuah novel bertajuk Imam Markisa.

    ReplyDelete