Monday, 14 December 2015

Tips melancong ke Bejing

Bejing, China


Tembok Besar China, 60 Km dari Bejing


Beijing kurang popular dalam kalangan orang Malaysia berbanding Seoul dan Tokyo. Namun, jika ada peluang, pergilah.Good experience. Ini tips-tips nak melancong ke sana:


1) kalau naik Air Asia, flight akan turun kat terminal 2. Kalau naik MAS kat terminal 3. Kalau nak overnight (macam aku-flight tiba tengah malam) better kat terminal 3. Ramai je tidur bergelimpangan. Lepak kat restoran lama-lama pun ok. Wifi free tapi kena guna passport. Ada free shuttle menghubungkan kedua-duanya. First train ke downtown Beijing 6.30 pagi/CNY25.



2) Nak senang gerak terutamanya subway/train/bus, guna Beijing smart transportation card. Beli kat kaunter. Ala-ala touch n go. Kena letak deposit CNY20, tapi dpt balik time refund.**time nak beli guna tulisan Cina n tunjukkan. Cakap BI tak faham.



3) Tiannamen Square, Forbidden city, Park yang cantik dan Hutong yg cantik (rumah tradisional) terletak berdekatan. Boleh walk. Stop kt subway Tiannamen. 



4) Hostel boleh dapat semurah RM20 camtu. Malah boleh dapat area Tiannamen Square (dlm 15-20 minit walk. Ada juga hotel yg nampak macam bajet. Good base untuk bergerak. Saya stay kt Feel inn Beijing.



5) Nak bergerak, better pergi sendiri. Tapi pastikan tempat korang nak pergi, dalam tulisan Cina (bukan rumi). Orang Cina boleh bantu kita dengan lebih baik sebab majoriti memang tidak faham.  Bahasa Inggeris depa sangat limited macam Jepun. Tapi rasanya service Jepun lagi baik. Harus diketahui, mahal kalau ikut tour. Kalau korang tahu cara nak pergi sesuatu tempat, memang murah gila.



6) Kedai halal banyak kat area Niujie. Turun kat stesen Changchunjie. Jalan lebih kurang 20 minit baru jumpa kawasan halal termasuk Niujie Mosque yang unik. Tapi harus tahu, banyak restoran halal tapi ada arak. Akubelij bli kat gerai biasa.



7) Tandas mereka berbau hancing terutamanya di stesen utama keretapi. Semua tandas tidak ada air. Air hanya ada di sinki.Malah ada tandas yg tidak ada pintu. Namun, kalau kawasan tumpuan tandas macam kat Malaysia (tapi still tidak ada air).



8) Stesen keretapi (bukan subway),boardnya dlm tulisan Cina. Contoh stesen keretapi nak pergi ke Great Wall, fully Chinese Language. Better kaji before pergi. Andaikata korang nak keluar dari Beijing guna Beijing Xi West Station, kat north square ada satu kaunter BI.



9) Kalau kat Beijing, tidak ada rasa macam orang kata yg mereka ni kasar n macam2. Ada ramai yang macam ikhlas membantu. Cuma kadangkala, muka tak mesra esp bile jumpa orang tak tahu langsung cakap BI. So far, mreka xdelah ganggu pelancong. InshaAllah semua ok.



10) Keep Calm dan selamat datang ke Beijing. Rasai betapa indahnya Tembok Besar Cina! Aku pergi time snow sepanjang hari kat kota Beijing. Jadi sempat menikmati keindahan Beijing dalam litupan salju. if winter, sejuk dia memangg lain macam walau -5.memang sejuk.


Kredit : FB (Zul Messi)

21 comments:

  1. salam dari http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Setuju... kalau pergi ke sesuatu tempat tanpa guna pakej contohnya ke Great Wall memang murah giler kosnya...

    ReplyDelete
  3. Beijing tempat menarik utk dikunjungi.

    ReplyDelete
  4. intersting..hebat sekali di sana ...

    ReplyDelete
  5. ehh..Abe MKL x bertolak lagi..esok eh berangkat ke Melbourne...semoga semua berjalan lancar eh..aminnn

    ReplyDelete
  6. JM dah pernah ke Beijing tetapi dengap pakej agak tak puas...rasa nak pergi lagi pastu terus terjah Haerbin

    ReplyDelete
  7. kenapa tak overnight di Terminal 2..x di benarkan or mcm mana?

    ReplyDelete
  8. kalau guna Beijing Smart Card tu lebih jimat or mcm mana...ke lebih cepat sbb x perlu Q beli kat kaunter. "time nak beli guna tulisan Cina n tunjukkan" <--- tak faham

    ReplyDelete
  9. kalau hancing tu...kat mana part of China hancing dan tandas x berpintu...nampak bontot org waktu pegi tandas kat Guilin ...aduss

    ReplyDelete
  10. Kredit : FB (Zul Messi)? ni tpis dari abe MKL sendiri or dari FB Zul Messi

    ReplyDelete
  11. Tq atas perkongsian. Sangat mnrik. Truja nk ke sana. :)

    ReplyDelete
  12. seronok jadi lelaki yer, tidur bergelimpangan pun tak apa :)

    ReplyDelete
  13. toilet hancing? eiii sabo jer lah kan kalau tempat pelancongan pun toilet macam tu

    ReplyDelete
  14. nice tips, sangat berguna untuk yang nak travel kesana yer :)

    ReplyDelete
  15. bestnya dapat pergi tembok besar cina musim salji :)

    ReplyDelete
  16. Sya dulu p time autumn... mmg autumn die pon sejuk klu nk banding autumn2 lain. Berkabus lg. Last day, kena blik naik tren ke airport sbb highway tutup.. 0 visibility kabus tebal... msa tu AAX hnya ke tianjin.. tp skrg dh tros ke beijing.. lg mudah...

    ReplyDelete
  17. Beijing dalam waiting list ehehe.. bila nak sampai tatau ehehe.. tapi rezeki who knows kan..

    ReplyDelete
  18. Tempat-tempat menarik di Kota Beijing dihubungkan dengan sistem subway, lebih mudah menaiki subway jika travel secara backpack. Terdapat papantanda dalam bahasa inggeris yang mudah dibaca. Pengalaman menaiki keretapi di Beijing juga mudah dan menyeronokan. Saya pernah berkunjung ke Greatwall Badaling dengan menaiki keretapi dari stesen keretapi Beijing North Railway Station. Dari Hotel penginapan saya menaiki Subway Line 2 dan turun di Xizhimen Subway Station 西直门, keluar guna Exit A dan berjalan ikut arahan papantanda dan sampai ke stesen keretapi Beijing North Railway Station. Ticket bagi S2 Trains dijual di ticket counter terletak di ground level of main building of Beijing North Railway Station.

    Semasa perjalanan kami enjoy pemandangan Guan Valley Scenic Area dan juga Juyongguan Great Wall, laluan railway Beijing-Zhangjiakou tersebut sudah berusia hundred-years-old. Akhirnya tiba di Stesen Keretapi Badaling. Keluar dari stesen keretapi jalan kaki ke stesen kereta kabel yang terletak berhampiran. Untuk sampai ke menara tinjau (watch tower) kami menaiki kereta kabel. Kenangan melancung ke Beijing sangat menarik dan sukar untuk dilupakan.

    http://beijing4days.blogspot.my/2014/12/four-days-in-beijing_28.html?m=1

    .

    ReplyDelete
  19. Musim winter di sana anggaran sampai bulan berapa ye..

    ReplyDelete