Port Dickson.
Kami sekeluarga telah melawat Bukit Batu Putih, Port Dickson. Lokasi adalah satu kawasan dengan rumah api Tanjung Tuan@Cape Rachado . Viewnya ohsem, rumah api Tanjung Tuan pun cantik. Panjat bukit pun mudah. Akhirnya, anda akan dihadiahkan dengan laut biru yang cantik.
Pandu Arahan :
Gunakan Waze atau Google Maps. Cari papan tanda ke Rumah Persekutuan Port Dickson. Lepas dari Rumah Persekutuan, cari signboard ke PNB Ilham Resort. Bukit Batu Putih terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Pintu masuk adalah sebelah Ilham Resort. Bayaran masuk adalah RM1 seorang sahaja.
Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sebelum anda nampak rumah api Tanjung Tuan. Pendakian adalah mudah. Jangan lupa bawa bekalan air yang secukupnya. Pakai kasut hiking yang sesuai. Baca doa sebelum masuk hutan. Moga selamat dan dipermudahkan urusan mendaki bukit.
Kami bertanyakan pegawai di kaunter bayaran letaknya Bukit Batu Putih. Arahannya jalan sampai nampak rumah api dari kejauhan. Sebelum rumah api, ambil lorong masuk ke dalam hutan di sebelah kanan anda. Di sebelah kiri anda adalah tong sampah hitam. Malangnya, tidak ada sebarang papan tanda langsung. Kami berharap pihak yang berkuasa akan meletakkan papan tanda lorong masuk ke Bukit Batu Putih di masa depan. Jenguh juga mencari atau bertanyakan orang, takut sesat.
Pintu Masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan@Cape Rachardo
Jalan masuk bertar sebelum masuk ke lorong hutan Bukit Batu Putih
Jalan sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih
Lorong masuk adalah sebelah kanan anda. Belum ada sebarang papan tanda lagi semasa saya berkunjung ke sini
Bertentangan dengan lorong masuk yang di sebelah kanan adalah tong sampah hitam di sebelah kirinya.
Dr Nassier dan Naim menikmati keindahan jungle trekking.
Jalan ikut trek yang tersedia sehingga anda jumpa sebongkah batu putih.
Anda boleh nampak papan tanda Bukit Batu Putih dari kejauhan sebelum sampai ke destinasi anda
Bersama Cinta
Bersama anak, Dr Nassier
View dari Bukit Batu Putih
Pemandangan indah dengan laut yang cantik
Dah lama tak pergi Port Dickson, Teluk Kemang ...last tahun 2006...
ReplyDeleteAda masa kena pi Pee Dee. Banyak perubahan yang telah berlaku.
DeleteMELIHAT VIEW DARI BUKIT BATU PUTIH YG TINGGI MENGUJAKAN SEKALI KEINDAHANNYA KAN...
ReplyDeleteMemang pemandangannya cantik. Sama seperti Bukit Keluang, Besut. Ohsem sangat.
DeletePernah pergi sini tapi half way je, tak sampai rumah api. Jauh tak nak sampai atas?
ReplyDeleteTak jauh nak ke rumah api. Boleh le tahan kalau nak ke Bukit Batu Putih. OKU boleh sampai. Anak saya, Naim itu OKU.
DeleteTq kerana lawat blog. Dah masuk anda dalam bloglist saya.
Deletetang tong hitam tu mmg ampehlah..gara2 tong hitam ne ler kami tersesat masuk lorong aritu dan dikejar entiti yang tidak dapat dikenalpasti apakah ianya huhuhu
ReplyDeleteTeman baca entri Cik Zilla tentang Bukit Batu Putih untuk mendapatkan info. Thanks.
DeleteAssalamualaikum....Subhanallah....cantik pemandangan...
ReplyDeletePemandangan memang menakjubkan. Ohsem.
DeleteMenarik ! Kena pi jugak ni nanti !
ReplyDeletePendakian yang sangat mudah bagi anda. Silakan.
DeleteNak kena skodeng juga tempat ni satu hari nanti...
ReplyDeleteView sangat cantik. Jelas kelihatan pemandangan secara bird view.
DeleteCantik pemandangan dari atas - laut yang biru. Berapa lama masa digunakan untuk sampai ke kemuncak?
ReplyDeleteDr Nassier tu yang grad dari Monash University tu ke?
Sejam dikira dari pintu masuk/Gerbang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan sampai ke Puncak Batu Putih. Ya, itu adalah Dr. Nassier yang graduan lulusan Monash University, Australia.
Deletewah indah banget pemandangan dari bukit itu Pak Lim.
ReplyDeleteSubhanallah. Memang sungguh indah pemandangan ciptaan Allah s.w.t.
DeleteMenarik ni tuan... beriadah menyihatkan badan dan mengeratkan kekeluargaan juga... nk juga ke sini nanti...
ReplyDeleteMoga hajat tuan tercapai untuk ke Bukit Batu Putih.
DeleteTak tahu pulak dekat Port Dickson ada tempat menarik ni.
ReplyDeleteDiharap anda dapat berkunjung ke sini bila ada masa nanti. Insyallah,Amin.
DeleteSubahanallah memang cantiklah permandangan..
ReplyDeleteLaut biru terbentang..
Nice sharing :D
ReplyDeleteTeringat kali terakhir saya buat aktiviti macam ni di gua Wang Kelian, boleh pulak kaki terseliuh, aduih huhuhuh...
teddia.. bersama cinta.. hahaha
ReplyDeletecantiknya view dari atas
ReplyDeletebanyak kali lalu tanjung tuan ni, tapi tak pernah masuk sebab anak-anak kecil lagi :)
ReplyDeletePemandangan yang sangat cantik
ReplyDeletebaguslaaa family Uncle ni.. semua suka buat aktiviti cenggini..
ReplyDeleteshati sejiwa..
Kena pergi juga ni boleh tahu asal usul sejarah dan tempat rekreasi di PD
ReplyDeletejarang gi PD..cantik view lautnya..
ReplyDeleteSlalu g pd... tp x jumpa part yg cantik... hihihi...
ReplyDeleteKna explore ni
hehe tahniah tuan, sampai juga batu putih :)
ReplyDeleteNak pegi la..mcm cantik jer view nih.:)
ReplyDeleteBoleh bawa anak umur 6 tahun tak samapi ke atas?
ReplyDeleteBoleh sampai ke atas bersama anak umur 6 tahun. Itu kalau diri teman. Lain orang lain caranya. Bergantung kepada individu. Kalau bawa anak kecil baik pergi awal, jangan lewat sangat.
DeleteBoleh tumpang tanya apakah masa paling awal masuk enterance Tanjung Tuan ini ???
ReplyDeletePukul 9 pagi di sebelah pagi atau pukul 4 petang untuk menikmati sunset.
Delete