Pengarang : Noor Hayati Yasmin & Norsa'adah Ahmad
http://msdsh.blogspot.my/
Bersama penulis buku India, Siti Noridah Abd Rahman (Kanan) dan penulis buku Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari, Norsa'adah Ahmad (kiri)
Saya ingin review buku Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari secara ringkas.
Buku ini adalah perjalanan tujuh orang sahabat ke Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Great Ocean Road,Belgrave untuk menaiki Puffing Billy,Phillip Island untuk melihat koloni Little Penguin,Blue Mountains National Park,Sydney Fish Market,Sydney Harbour dan banyak lagi tempat yang meninggalkan kenangan manis buat mereka bertujuh. MSDSH mengandungi 100 mukasurat bergambar dengan warna penuh dan dicetak menggunakan kertas yang berkualiti.
Melbourne dan Sydney menjadi kota pilihan mereka. Kedua-dua kota mempunyai ciri yang berbeza. Cuaca, struktur bangunan, budaya dan masyarakat membuktikan kelainan antara dua kota. Namun, satu persamaan yang ketara ialah sifat hormat-menghormat di antara satu sama lain yang sangat mereka kagumi.
Apa yang teman suka tentang buku ini adalah kerana mengandungi bahagian titipan penulis. Anekdot sepanjang perjalanan telah menjadikan buku ini menarik. Topik-topik yang lain adalah pelajaran daripada insan yang mereka temui, makan-makan, tips membeli belah dengan senang hati, kemasukan dan keluar dari Australia, tips menulis trvelog dan Iitinerari perjalanan mereka.
Di sini, teman ingin mencontohi Dr Yati yang telah tinggalkan senaskhah buku di Port Campbell Hostel. Dr Yati telah melihat bagaimana buku-buku dalam pelbagai bahasa tersusun rapi meraikan penginap asrama yang datang dari pelbagai negara. Begitu juga di State Library New South Wales. Perpustakaan itu mengalu-alukan derma buku penulisan anda. Dr Yati telah juga mendermakan bukunya kepada Mr Tom, pengusaha Megalong Books Store. Pengusaha itu juga telah memberi senaskhah buku puisi yang diterbitkan sendiri.
Saya membeli buku ini semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di Serdang pada 9 Mei 2016. Anda boleh melayari blog kedua-dua penulis di www.msdsh.blogspot.com. Selamat membaca.
Mesti menarik gila dia punya buku sebab ada gambar bagai. Melbourne dengan sydney pulak tu. Duhh
ReplyDeletebelum pernah ke Australia..Melbourne & Sydney, dua2 best..
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Muhammad Khairuddin Lim sebab menghantar post card dari Perth. Sangat gembira saya menerimanya :)
ReplyDeleteBagus juga mereka dapat menerbitkan buku. Sepatutnya saya pun menulis macam mereka sebab saya bukan 10 hari di Melbourne tapi 3.5 tahun di Melbourne. Tentu perspektif saya berbeza dengan mereka.
pasti banyak perkongsian, pengalaman, suka duka dan tips melancong
ReplyDeleteBUKU YG MENARIK UTK DIBACA NI.
ReplyDeletemacam menarik tajuk buku ini..banyak gak aktiviti boleh dibuat tu dalam masa 10 hari...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
wah, 10 hari je cukup yer untuk travel di Sydney & Melbourne. :)
ReplyDeletebestnya kalau dapat pi ke Melbourne dan Sydney
ReplyDeletewalaupun banyak rujukan internet, baca atas kertas macam ni seronok jugakan..
ReplyDeleteWow... cayalah... kita yang dah g beberapa kali ni apa buku pun tak terkeluar...
ReplyDeleteDok keluarkan buku bank je...
Kih kih kih
Menarik... perkongsian pengalaman mcm ni yg kita mahukan... lebih baik!
ReplyDeletebuku yang berkongsikan pengalaman macam ni memang best untuk dibaca...mana tahu satu hari nanti akan sampai ke tempat itu...
ReplyDeletebila abe MKL nak terbitkan buku jgk..byk tempat dah pergi ni..boleh share dgn reader
ReplyDeletesy ada kt sn tp xdan nk nk meneroka semua booth.
ReplyDeletep/s ada 1 buku yg best jg yg penah sy baca. penulis: nisah haron. judul: kembara buku
dia menjelajah england, wales, scotland dan ireland. mmg best bukunya terbitan ITBM