Sunday, 19 April 2015

Mai Ceq Mai Penang

Georgetown : Eat, Drink, Play and Fun. Don't forget Allah swt.


Jom tengok itinerary saya ke Pulau Pinang. Kita mulakan dengan tempat tinggal. Back pack hostel. Share toilet. Ada dua tempat yang best. Sesuai untuk Backpackers Buddies. Satu, Roommates Penang.

Disyorkan oleh Taufiq Helios. Penghulu Krabi yang cadangkan, Saya Reez.

RM 30 per night dan berhawa dingin. Alamat di no 17B Chulia Lane, Penang. No phone : 04-2611567. Http ://www.roommatespenang.com/

Taufiq Helios. Bilik untuk dua orang. Ohsemm ada langsir siap.

Boleh booking melalui email : roommates penang@gmail.com. Face book : Roommates Penang.

Kedua, Face book : Dreamcatcher Travelers Refuge (Beg & Breakfast) di No 3, Lebuh Klang Georgetown. No talian : 0176909622 dan 0122252946. Time : 800am sampai 8pm. Tempat ini disyorkan oleh Izzat Farhaan Rashid. Katanya bilik single pun murah. Lobi pun best.  


Dreamcatcher Travelers Refuge


Di Georgetown, ni ada banyak kedai jeruk. Penang terkenal dengan jeruk-jeruk yang sedap belaka. Terutama Jeruk Pak Ali.

Boleh makan pasembuqq. Prasambor Padang kota best. Tapi kalau tak kena timing boleh kena cekik darah. Hati-hati. Kalau tak pi Karim Pasembor budget RM5 sepinggan kat union Street best. Roti Canai kat transfer road.  Cendoi pun best. Cari Mugshots, makan youghurt with jekfruit dan gula melaka. Cari Nasi Kandar di Masjid Kapitan Keling. Nasi Kandar kat Dean Maju kat kampung Jawa paling hot. Jangan pi Line Clear. Mahal dan cekik darah. Tak sebut harga. Bila bayar terkena RM40 sepinggan. Cari Swatow lane, ais kacang buah. Ais kacang Pak Sharip Petronas Kampung Jawa (Bayan Baru) best. Cheese leleh kat Kapitan. Macam-macam ada.

Banyak tempat menarik untuk dilawati. Lawat Straits Quay. Lepak dan view malam cantik. Bukit Bendera pun best. Naik Bus Rapid 101 dari Jetty. Bus rapid senang dan best. Pi Hiking kat National Park. Lepak Padang Kota pun best. Yup Chew Jetty pun best. Pulau Aman pun menarik. Boleh sewa bot ke sana. Penang Art Street pun kena pi. Semua best-best belaka.

Tempat terbaru yang best adalah Escape Park seperti dalam blog Nota Kembara Naramas Aman. Lawat blog :http://nota-kembara.blogspot.com/. Trend Kegilaan baru. Lokasi : 828 Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Tak ada 'Roller Coaster' atau 'Ferris Wheel' seperti yang menjadi kesukaan saya. Taman ini telah diinspirasikan dari permainan tradisional seperti galah panjang, tarik upih dan konda kandi. Bayaran : Dewasa RM68 dan kanak-kanak RM48. Dibuka dari Selasa sampai Ahad. (9 pagi sampai 6 petang) Tutup pada hari Isnin kecuali cuti umum. Pakaian wajib : berkasut sukan, berpakaian sukan dan bertopi. Makanan mahal seperti tema permainan yang lain. Loker satu RM10. Ada tandas, bilik mandi, bilik tukar pakaian dan surau.

wongcheetang123.blogspot.com. Kurang sesuai bagi yang takut ketinggian dan gayat. 

Happy food hunting. Cinta tertinggal kat Penang. Nanti bila dah balik Penang, saya story mory. Entah bila nak story pun tak tau. Pasal banyak lagi yang tak story mory. Maklum sibuk dengan kerjaya dan tugasan seharian. Itinerary ini pun dah cukup. Kalau Story karang berjela-jela. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 

20 comments:

  1. Food hunting kt Penang memang best..macam2 ada..and Georgetown heritage trails..interesting place...

    ReplyDelete
  2. Xjauh dr tmpt yg sy inap 3thn lps ...;)

    ReplyDelete
  3. selamat berhujung minggu ...bestnya pi penang pulak...

    ReplyDelete
  4. MKL ada di penang ka?

    pergi Escape tak menarik tu...saya pun belum sampai lagi hehe

    ReplyDelete
  5. amboi uncle mai penang x habaq kat kitaaa pun.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. penang mmg syurga makanan ...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sebab promote blog saya :)

    Mai mai Penang...makan memang best kat sini... Cinta tertinggal kat Penang? Don't worry, saya ada.

    ReplyDelete
  8. Menarik ni... adventurous yet exciting.. mmg ada plan nk round penang nnti. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  9. mengancam betul tengok escape park.. selalu balik penang... kita ada nenek & sedara di penang pun x sampai lagi escape park... katil ade langsir teringat zaman duk hostel , katil bawah tutup dgn selimut.. privacy

    ReplyDelete
  10. Kathy baru sekali ke penang..

    ReplyDelete
  11. menarik entry ni..great sharing..tapi gambar last saya terus pening, sebab saya gayat..haha

    ReplyDelete
  12. kat Penang ada Escape Park? menarik nih!

    ReplyDelete
  13. Assalam,
    he3
    sok pun iols dah mola cotik2 familia kat Penang :)

    p/s: iols dok penang pun dok coti tang penang jugaks he3

    ReplyDelete
  14. penang memang best! teringat2 makanan dia sampai sekarang!

    ReplyDelete
  15. Mana lagi okay Dreamcatcher Travelers Refuge or roomates penang

    ReplyDelete