Nassier bergambar di hadapan beirut puncak Gunung Liang Timur pada waktu subuh |
"Beirut" adalah besi yang berbentuk segi tiga yang berada di puncak. Beirut adalah struktur yang dibina sebagai penanda puncak atau poin tertinggi.
Beirut berasal daripada perkataan "Biroute" dalam bahasa Perancis. "Biroute" bermaksud "windsock" atau stokin angin. "Windsock" ini telah menjadi amalan penjelajah dahulu. Mereka akan memasang "windsock" di puncak tertinggi yang telah dicapai.
Harus diingat bahawa tidak semua gunung mempunyai beirut sebagai penanda puncak. Ada yang hanya mempunyai batu penanda kawasan dan sempadan. Pada masa kini, ada yang telah meletak papan tanda sebagai poin tertinggi.
Gambar di atas adalah beirut Puncak Gunung Liang Barat yang berada pada ketinggian 1933 meter atau 6342 kaki dari paras laut.
wah subuh hari sudah berada puncak gunung liang..pasti nyaman segar suasananya.
ReplyDeleteDemi ingin melihat matahari terbit. Bergerak ke puncak seawal 4.30 pagi.
Delete4.30 pagi? memang gigih nak tengok matahari terbit ni :)
DeletePasal matahari terbit le yang gigih tu.
DeleteBestnya..
ReplyDeleteDah sampai ke puncak lah ye KK bila ada tanda tu :)
Tanda Beirut di Gunung Liang tandanya puncak.
DeleteSeronok bila dah sampai ke puncak.
ReplyDeleteTeriak Allahuakbar sesampai ke puncak liang barat.
DeleteSaya ada simpn angan nk pnjat2 gunung tp x brp confident dngn keupayaan sendiri...huhu
ReplyDeleteBoleh mencuba yang simple punya. Misalnya Bukit Batu Putih di Port Dickson.
DeleteBestnya mendaki gunung ^-^
ReplyDeleteorang kata, liang keras sikit kan? betul ker?
ReplyDeleteSememangnya Gunung Liang jenis hardcore punya.
Deleteindahnya klu dapat lihat matahri terbit ...
ReplyDeleteGunung liang kt mn?
ReplyDeleteGunung Liang kat Ulu Behrang, Perak.
Deletebaru nak tanya :)
Deletebaru tahu apa tu beirut :)
ReplyDeletebestnye.... lama dah tinggal aktiviti panjat gunung ni...
ReplyDeletedimana tempat ini MKL
ReplyDeleteGunung Liang, daerah Mualim.
DeletePasti segar udaranya di atas sana tu... best.
ReplyDeletememang sejuk gila, lebih kurang 10 C.
DeleteSeronoknya :D
ReplyDeleteBest hingga tak terkata
DeleteSistem mapping yang digunakan oleh orang dahulu. Beirut dilaksanakan semasa zaman British. Sekarang digantikan dengan yang lebih mudah. Contohnya sistem gps sekarang. Cheaper dan tepat.
ReplyDeleteCara pasang- dahulu upah orang asli pikul dari bawah sampai atas. Beirut atau beirup ni dah lama ada.. Yg pertama di pasang oleh Inggeris di Gunung Gerah tahun 1904 kemudian disambung oleh Jabatan Ukur selepas merdeka.
ReplyDeleteAntara kegunaan beirut/berup:-
- Utk menunjukkan puncak bukit. Zaman dahulu, puncak bukit hanya ada pokok renek je.. Tidak ada pokok-pokok tinggi ni..so boleh la nampak berup tu dari jauh.
Saya ingat lagi masa merintis Gunung Anak Noreng, memang boleh nampak berup Anak Noreng tu dari area permatang bonsai lagi.
- utk geographical mapping, geological mapping & utk JUPEM mapping.. dulu2 mapping hanya guna teknik bearing, so mudahlah jurukur cari point bearing kalau nampak berup nih.
- utk navigasi kapal terbang zaman dulu, radar dapat kesan besi berup tu maka dapat kesan kawasan berbukit.
- berup diperbuat daripada besi sebagai point untuk kajian theodolite (boleh google untuk penjelasan lanjut)