Tuesday, 30 August 2016

Pantai Bagan Pinang, Port Dickson

Batu 3, Jalan Pantai. Kampung Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Teman bersama dengan kembar, Naim dan Naimah telah berkesempatan melawat Pantai Bagan Pinang. Pantai ini adalah antara pantai yang cantik di Port Dickson. Banyak kegiatan yang boleh dilakukan di sini seperti berlari anak-anak, mandi manda, memancing ikan, bermain dengan pasir pantai, berkelah, bermain jet ski, sewa bot untuk bersiar-siar di lautan lepas dan bermain layang-layang. Terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak yang berdekatan. Selain itu, terdapat gerai-gerai jualan makanan, restaurant, Masjid Kariah Bagan Pinang, tandas awam, kemudahan tempat letak kereta, dan kedai-kedai jualan pun banyak bersepah di kiri kanan jalan utama. Apabila air surut, anda boleh menjelajah Pulau Bagan Pinang yang kaya dengan flora dan fauna. 

Sekiranya anda berkesempatan ke Port Dickson, jangan lupa singgah di Pantai Bagan Pinang termasuk melawat Pulau Bagan Pinang.  


Naim, Ular Mainan dan Pantai Bagan Pinang 

Anda boleh bermain di gigi pantai sambil menikmati tiupan bayu pantai. 

 Memancing adalah antara kegiatan utama di sini. 

 Terdapat paya bakau dengan bot yang boleh di sewa untuk melawat sekitar pantai dan pulau-pulau di Port Dickson

 Pantai yang sesuai untuk mandi manda dengan Marina Resort sebagai latar.

 Begitu indahnya pemandangan Pantai Bagan Pinang.

 Terdapat kemudahan untuk pejalan kaki di sini. Tempat yang sesuai untuk berlari-lari anak.

 Anda boleh bermain jet ski di sepanjang pantai.

 Bot-bot nelayan ditambatkan di sini.

 Anda boleh berkelah di sini.

 Kelihatan Pulau Bagan Pinang nun jauh di sana. Anda boleh berjalan-jalan di pulau itu semasa air tengah surut. Banyak flora dan fauna yang menarik boleh anda ketemu di sana.

Ada taman permainan kanak-kanak di sini. 

Read more ...

Sunday, 28 August 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu




Read more ...

Friday, 26 August 2016

Lika Liku Lekak Lekuk Air Terjun Strata,Ulu Behrang

Naik Turun Jalanan Strata Fall.

Terbitan kali ini, teman ingin paparkan lika liku lekak lekuk sepanjang jalanan kami turun dari Air terjun Strata sehinggalah ke Hutan Simpan Behrang. Teman adalah salah satu pemburu dan pencinta air terjun tidak kira di mana letak air terjun itu. 

 Wajah Air Terjun Strata, Ulu Behrang.

 Kali ini kami turun mengikut aliran Sungai Sekiah. 

 Batu batan sepanjang naik turun Sungai Sekiah.

 Balak terdampar di Sungai Sekiah.

 Salah satu jeram di lika liku Sungai Sekiah.

 Antara jeram yang cantik. 

Wajah Jeram terporok dalam keayuan hutan.





 Demi pembangunan, di sini jalan masuk ke lika liku lekak lekuk Air Terjun Strata.

 Aliran air di celah-celah batu batan Sungai Sekiah. 

 Jeram dan Hutan Simpan Kekal Behrang di Kaki Gunung Behrang.

Berakhirnya lika liku lekak lekuk Air Terjun Strata, Ulu Behrang.
Read more ...

Tuesday, 23 August 2016

Wajah Strata Fall

Wajah Strata Fall dari Lensa Teman.

Untuk cara-cara hendak ke Strata Fall telah diterbitkan di entry sebelum ini. Cuba anda cari entri 1 dan entri 2. Laman ini hanya untuk menatap wajah Air Terjun Strata yang masih asli dan belum diterokai sepenuhnya. Masih belum didedahkan kepada umum. 

 Kaki Travel Khairuddin dan hikers


Kami memang suka berposing dan bergaya

 Anda boleh berenang dan berkelah di sini

 Di sebalik batu-batan Strata

 Wajah asli Strata yang belum terusik lagi

 Wajah Strata di musim kering. Sudah tentu air akan memancut-mancut di musim hujan.

 Anda boleh memanjat tebing yang agak curam tapi tidak digalakkan.

Wajah Air Terjun Strata
Read more ...

Sunday, 21 August 2016

GIVEAWAY TUNAI RM200 BY ELIHJAPAHAR.COM

GIVEAWAY TUNAI RM200 BY ELIHJAPAHAR.COM




Bagi anda yang teringin hendak join segmen ini, klik link berikut : 

:http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html

Semoga anda semua murah rezeki dan selamat mencuba.

Membaca doa murahkan rezeki,
Bukan membaca jampi serapah;
Mahu digerak tangan dan kaki,
Insyaallah ada rezeki melimpah.
Read more ...

Friday, 19 August 2016

Air Terjun Strata Part 2, Behrang Ulu

Cara-cara untuk ke Air Terjun Strata ,Behrang Ulu.


Bahagian ini merupakan sambungan dari bahagian 1 seperti link berikut :




Dalam bahagian 1, teman telah bercerita akan cara-cara ke Air Terjun Strata, Behrang Ulu. Cerita teman  berhenti di sini. Kita sambung dari sini. Sekarang kita telah berada di kawasan Hutan Simpan Kekal Behrang.

Dari hutan simpan Behrang, terus jalan ikut anak Sungai Sekiah menentang arus sungai. Atau pun ada denai-denai hutan sampai ke atas, sampai jumpa kawasan hutan yang telah diterangkan. 
  
Berjalan kaki je sampai ke atas kawasan balak-balak besar merentang sungai. Sebahagian besar kawasan hutan itu telah pun dibersihkan.

Dari sini, anda boleh naik ke atas bukit yang telah diterangkan, ada jalan untuk ke Air Terjun Strata.

Anda terus naik ke atas bukit, sehingga jumpa satu simpang di sebelah kanan anda.

Anda terus berjalan sehingga jumpa simpang di sebelah kanan. Nampak jelas, kan simpang di sebelah kanan yang telah diterangkan.


Anda terus masuk ke dalam hutan untuk ke Air Terjun Strata. 

Anda perlu melintas Sungai Sekiah dengan batu-batu besar sebelum masuk ke dalam denai-denai hutan untuk ke Air Terjun Strata.
  
Semasa melintas sungai itu, di kejauhan kelihatan sebuah jeram lagi. 

Banyak benar meredah denai-denai hutan dan meredah anak sungai. Ini kerana tidak ada trek yang bertanda.

Petanda yang penting di sini, anda mesti melalui batu gajah seperti dalam gambar. Itu tandanya anda telah menghampiri Air Terjun Strata.

Ini adalah wajah Air Terjun Strata. Tahniah anda, telah menjumpai air terjun yang tersembunyi selama ini, teman baru jumpa walaupun telah bermastautin di sini selama 16 tahun. The Hidden Treasure of Tanjong Malim. Air Terjun Strata di Kaki Gunung Behrang. 
Read more ...

Wednesday, 17 August 2016

Air Terjun Strata Part 1, Behrang Ulu.

Cara-cara untuk ke Air Terjun Strata ,Behrang Ulu.


Teman telah berkesempatan ke sana pada 14 hb Ogos,2016. Sesuatu tempat yang asli,belum tercemar lagi dan trek yang bersimpang siur. Lokasi trek adalah di Behrang Ulu, Perak di kaki Gunung Behrang. Tempat ini sangat sesuai untuk Jungle Trekking dan banyak punca air. Aliran Sungai adalah Sungai Sekiah. 

Sekiranya anda dari Utara Semenanjung Malaysia, anda perlu exist ke Tol Behrang, menuju ke laluan Bandar Proton City dan terus mencari INSTUN dan Diamond Creek adalah pintu masuk ke Air Terjun Strata. Anda perlu minta izin dari Pak Guard yang menjaga pintu masuk ke Daimond Creeks. Selepas dua roundabout dari rumah Pak Guard, hiking anda akan bermula dari situ.

Sekiranya anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu perlu exist Tol Tanjung Malim, menuju ke laluan Bandar Proton City dan terus mencari INSTUN dan Diamond Creek adalah pintu masuk ke Air Terjun Strata. Anda perlu minta izin dari Pak Guard yang menjaga pintu masuk ke Daimond Creek. Selepas dua roundabout dari rumah Pak Guard, hiking anda akan bermula dari situ. Sekiranya anda ada masa, jangan lupa singgah sebentar di Pekan Tanjong Malim. 

Ikutilah jejak-jejak kami mencari Air Terjun Strata, Behrang Ulu. Tidak ada sebarang tanda laluan jalan, cuma anda perlu redah dan cari jalan seperti yang ditunjukkan teman. Teman pun pertama kali ke sini, dan yang biasa dengan jalan ini adalah Faiz Aziz dan Nabil Fahmi Toha. Insyallah, teman akan ke sana lagi, main redah dan ingat beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan kelak. Kami pergi ke sana berlapan. 

Fawwaz Mahmud, Nabil Fahmi Toha, Murshid Zaidi, Wesmorland banding, Faiz Aziz, Kaki Travel Khairuddin dan Cikgu Syaa. Farizul Athir tidak ada dalam gambar.

Diamond Creeks,nama tempat diberi. Anda perlu meminta izin daripada pengawal keselamatan terlebih dahulu.

Diamond Creeks, tanda di bulatan yang pertama. Anda perlu jalan terus, jalan jam 12 sebelum sampai ke bulatan yang kedua. Letak kereta anda di bulatan yang kedua, kerana situ adalah jalan mati.

Selepas bulatan yang kedua, cari jalan masuk seperti dalam gambar, Bulatan kedua  adalah jalan mati. Jalan masuk ada di tepi bulatan itu sahaja. Anda akan melalui kebun kelapa Sawit.   

Jalan terus sehingga jumpa dua simpang bersiur, ambil yang kanan sahaja.

Selepas itu anda akan berjumpa dengan dua simpang yang bercabang, anda perlu ambil yang kanan dan teruskan perjalanan.

Teruskan perjalanan sehingga anda jumpa jambatan kayu. Jambatan kayu adalah tanda anda berada di trek yang betul. 

Tanda yang kedua anda mesti jumpa pondok rumah seperti dalam gambar di atas.

Tanda yang ketiga anda mesti melalui kawasan pokok buluh seperti dalam gambar.

Tanda yang keempat adalah anda mesti jumpa papan tanda Hutan Simpan Kekal Behrang. 

Kami telah sampai ke Jeram yang pertama, Sungai Sekiah. Ada orang camping di sini. Boleh berkhemah di sini. Di sini adalah punca air pertama yang kami jumpa.

Jeram Sungai Sekiah, boleh mandi manda dan berkhemah di sini.

Begitu indahnya jeram Sungai Sekiah, berdekatan dengan Tanjung Malim. Teman akan sambung lagi dalam usaha menjejak Air Terjun Strata dalam bahagian kedua. Teman adalah pemburu air terjun. Perjalanan memburu Air Terjun Strata mengambil masa lebih kurang satu setengah jam dari bulatan kedua Diamond Creeks. 


Read more ...