Batu Hampar Bukit Malawati, Otea Kuala Selangor dan Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram.
Entri ini entri yang ketiga di Bukit Malawati Kuala Selangor. Entri pertama adalah tentang kenaikan trim ke atas Bukit Malawati. Entri kedua adalah semasa berada di Puncak Bukit Malawati. Entri terakhir adalah berjalan kaki turun ke bawah kaki Bukit Malawati. Pasal ingin menengok batu hampar yang unik. Berdiri teguh di atas busut anai-anai. Busut itu kosong dan dapat menampung batu yang begitu berat sekali.
Selepas turun ke kaki bukit Malawati. Kami singgah bersolat di Masjid Pekan Kuala Selangor. Kami singgah di kedai Otea Kuala Selangor. Facebook : Otea Kuala Selangor. Satu gelas RM5.00. Malam kami diakhiri dengan makan ikan bakar di Aroma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Alamak lebih kurang sejam kami menunggu menu siap dihidang. Seekor ikan Jenahak lebih kurang RM59.00. Kerang bakar harga RM6.00. Tom yam tiga orang makan RM15.00. Jus Tembikai RM15,00 Nasi putih tiga pinggan RM4.50. Harga RM 99.50 belum termasuk GST.
Segerombolan Lotong
Lotong dan anak-anaknya
Batu Hampar. Terletak berupa seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Ada pendapat mengatakan bahawa batu ini digunakan sebagai tempat memancung penderhaka. Pendapat lain pula mengatakan bahawa batu ini adalah tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala Selangor.
Sungai Kuala Selangor
Busat Malawati
Busat dan Wakaf Malawati
Pandangan ke bawah dari Busat Malawati
Makam Diraja Kota Malawati
Muzium Permainan Tradisional Rakyat
Keterangan akan Perigi Beracun
Perigi Beracun
Minum-minum petang di Otea Kuala Selangor
Buble Tea
Aorma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
suspen tajuk batu hampar... ingatkan batu hampar kat terengganu ni.. hehehe
ReplyDeletepernah makan ikan bakar di jeram ni boleh tahan mahalnya...
ReplyDeleteSaya pernah makan di medan ikan bakar Pantai Jeram... memang berjanggut menunggu pesanan sampai...
ReplyDeleteKan saya kata lotong tu bulat matanya..suka tengok :)
ReplyDeleteHarga makanan <RM100 kira ok tu en Din...
ReplyDeleterajin berjalan betul nih cari ikan bakar.
ReplyDeletemahalnya ikan jenahak. berapa kilo seekor ikan jenahak itu pak Lim.
ReplyDeletesaya baru lihat ada lutung turun dari pohon. tapi lutung itu menginjak tanah kah pak Lim?
ada lagi ke air dlm perigi tu?
ReplyDeleteLepas seronok berjalan pasti bertambah ceria kalau pekena ikan bakar ni.. pasti menyelerakan.. :) :)
ReplyDeleteAromanya pasti memikat selera jiwa.. :)
ReplyDeletemcm mahal je harga mknn tu ..
ReplyDeleteWah.. Lama beno nak tunggu baru dapat makan. Tapi mesti berbaloi penantian tu.
ReplyDeletebanyak betul lotong di sini..comel lak..
ReplyDeletelamanya menunggu makanan siap di Aroma Ikan Bakar...ramai orang ke..
so ok tak aroma ikan bakar tu bro...?ada mmber rekemen katanya terbaik di sana...
ReplyDeletesedap kan makanan di aroma ikan bakar tu :) ...
ReplyDeleteSalam MKL.... selain Lotong apa lg yg menarik kat atas bukit tu....
ReplyDeleteComel.je tgk monyet tu..
ReplyDeletehehe untung monyetnya gak dibakar ya pak hehe just kidd... keren seru pak wah pengen sampe sana dah....
ReplyDeletetakutnya baca description perigi beracun tu..huhu
ReplyDeleteJus Tembikai RM15,00? utk berapa org minum?
ReplyDeletehehehe CT dulu naik n turun guna tram.. pemalas nak jalan =P ooowh jeram.. rindunyaa.. dlu selalu jadi port makan2 dgn kawan2.. at least sbulan skali..
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletelaaaaaaaaaaaaa
lotong kaaaaa???
kalo tak kabor tadi memang dok sebut monyet jer la he3
ker monyet ngan lotong tu sama???? he3 konpius dah