Azlee Khairi dan Zara Zya
Tamat sudah drama Love You Mr Arrogant, cerita yang menjadi kegilaan ramai.. Drama yang mempunyai 26 episod. Drama lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya ini benar-benar menghiburkan ramai. Apa sekali pun, lelaki yang playboy walaupun ada ramai teman wanita, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi tercari-cari perempuan yang mampu mengubah hidupnya.
Bukankah lelaki yang angkuh ini kelihatan diselubungi oleh misteri yang mendorong kepada terdetiknya hati wanita untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Adakah angkuh itu gagah ? Ah, perempuan gemar sungguh berimaginasi tanpa hujung pangkal.
Kamus Oxford mendefinisikan orang yang angkuh sebagai, "berperilaku dalam cara kebanggaan dan unggul, menunjukkan terlalu banyak kebanggaan diri dan terlalu sedikit pertimbangan untuk orang lain". ("behaving in a pride and superior manner, showing too much pride in oneself and too little consideration for others").
Kamus Oxford mendefinisikan orang yang angkuh sebagai, "berperilaku dalam cara kebanggaan dan unggul, menunjukkan terlalu banyak kebanggaan diri dan terlalu sedikit pertimbangan untuk orang lain". ("behaving in a pride and superior manner, showing too much pride in oneself and too little consideration for others").
Tiga (3) contoh manusia yang angkuh dan sombong tercatat dalam Al-Quran :
i. Firaun dan bala tenteranya telah tenggelam di lautan kerana kesombongan itulah dia lupa diri sehingga keangkuhannya dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang harus disembah.
ii. Kehancuran Kaum Nabi Luth kerana kesombongan menolak kebenaran disampaikan Nabi Luth agar meninggalkan kegiatan homoseksual yang diamalkan mereka selama ini.
iii. Qarun tenggelam dengan segala hartanya ke dalam perut bumi kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah dan kaumnya.
Jusetru itu, orang yang sombong akan menjadi penghuni neraka. QS az-Zumar :72, pintu hatinya terkunci dan tertutup, telah mengabaikan perintah Allah, dan kesombongan akan membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.
semoga kita semua dihindarkan daripada sifat sombong ...
ReplyDeletep/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]
Dah baca...ada masa akan saya kunjung dari masa ke semasa untuk mendapatkan tip-tips yang hebat.
Deletekeangkuhan tidak bertempat tetap patut dielakkan.. :)
ReplyDeleteSememangnya begitu.
DeleteJM tak tengok drama melayu ni..so tak tahu langsung storyline citer ni..RUGI tak ye
ReplyDeleteTak rugi pun....cerita sekadar hiburan dan bagus sekiranya terselit pengajaran dalam diri kita.
DeleteSombong & angkuh adalah salah satu senjata iblis utk menjahanamkan umat manusia agar bersama mereka.. menabung sunsilk di sini.. :) :)
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletebagus sekali entri ini. siapa kita hendak bersombongan...Allah Maha Besar
ReplyDeleteManusia lupa dan alpa dalam perjalanan ke destinasi kekal.
DeleteBagi yang menonton dengan mencari pedoman, beginilah hasilnya. Dapat pengajaran untuk diri.
ReplyDeleteBagi yang tonton untuk keseronokan, hanya seronok yang dapat.
Pengajaran membawa ke syurga, keseronokkan di dunia sahaja.
Deletex perlu la nk angkuh sangat.. hidup kat dunia bukannya lama.. nnti nk kena bergantung kepada org jugak.. heheh
ReplyDeleteDunia yang fana..
DeleteAda juga jenis wanita yang suka pada lelaki yang arrogant atau sombong nie.. tapi mungkin sebilangan kecil... apa agaknya yang menarik tu ye?? :D
ReplyDeleteDaya tarikan (Kacak) atau diri seseorang diselubungi misteri...semakin ingin mengenali semakin lari..semakin dikejar akhirnya jatuh hati.
Deletemuhasabah diri... semoga kita dijauhkan sifat sombong
ReplyDeleteMudah-mudahan.
Deletesombong itu sementara, amalan baik itu dunia akhirat.. sama2 la kita muhasabah diri :)
ReplyDeletesemoga kita muhasabah diri..
Deleteelok lah dah habis... terima kasih untuk tazkirah itu, sungguh bermakna :D
ReplyDeletesyukur alhamdulillah...
Deletetdk ikuti sangat dgn citer ni..tp nice info dr kamu
ReplyDeleteYang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
DeleteMenarik perkongsian ni. IM sibuk post tentang download tak terselit pengajaran pun. Kita tak perlu nak bersifat sombong sebab kita tak punya apa-apa pun, semuanya datang dari Allah :)
ReplyDeleteDari Allah kita datang kepada Allah kita kembali jua.
Deleteingat salah masuk blog tadi,
ReplyDeletetiba-tiba dok cerita pasal i love you mr arrogant...hehe
kajian perempuan yang suka lelaki angkuh tu sudah semestinya bukan saya
saya tak masuk dalam statistik
benci dengan manusia hidung tinggi
sombong hanya akan jadikan kita hidup sendirian ...
ReplyDeleteJadi kera sumbang karang.
Deleteske tengok drama mr arrogant tu
ReplyDeletelokanan mantap..terselit byk pengajaran
aah kengkdg diri ini tertarik pd perwatakan macho ala2 control ensem gitu..haha
tp jika bersifat angkuh, x ske
Adat dunia suka kepada yang macho ala-ala control ensem.
Deletesemoga kita semua mengambil ikhtibar dan teladan dari cerita itu..
ReplyDeleteAmin, Insyallah.
DeleteSecara jujurnya ida tidak mengikuti sgt cerita ni cuma tahu bila rakan2 sekelas bercerita jer...
ReplyDeleteBoleh lagi tonton secara online..
Delete