Bersyukur ke hadrat illahi
Saya berasa begitu teruja apabila dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu apabila menyusuri jalan pantai. Perjalanan ini begitu dinanti-nanti oleh kami. Ini kerana di sepanjang jalan pantai ini banyak lokasi menarik yang boleh kami singgah. Lagipun, saya telah dibesarkan dan dilahirkan di tepi pantai selama 26 tahun. Sebahagian besar hidup saya berkampung di pinggiran pantai.
Sememangnya saya berminat dengan bukit batu di Pantai Kemasik. Sungguh menakjubkan dan terpesona dengan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Tanah Lot di Bali begitu unik dan besar. Namun begitu, Tanah Lot Kemaman punya begitu kerdil sekali. Apa sekalipun, saya tetap bersyukur dan berasa bangga dengan kurniaan dan pemberian Allah kepada kita. Hatiku terus bermonolog seperti berikut :
'Apa yang ada jarang disyukuri. Apa yang tiada sering dirisaukan. Kenikmatan yang dikecapi baru akan terasa bila hilang apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam gengaman dunia. Ibarat air laut diminum hanya menambah haus nafsu. Bagaikan fatamorgana di padang pasir panas yang membahang disangka air dunia dan nafsu bagai bayang-bayang dilihat ada ditangkap, hilang tuhan leraikanlah dunia yg mendiam di dalam hatiku kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta. Hanya cintamu kuharap tumbuh dibajai bangkai dunia yg kubunuh.'
Anda boleh memanjat batu besar bagi melihat panorama dari sudut yang berbeza tetapi dinasihatkan berhati-hati. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Pantai Kemasik adalah pantai yang amat indah dengan kejernihan air yang disinari pasir keemasannya. Ini disebabkan Pantai Kemasik menghadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah Pantai Kemasik ini.
Pantai ini juga menjadi tumpuan photographer untuk merakam suasana matahari terbit di samping merakam panorama serta aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya menjanjikan satu kepuasan bagi anda.
Sekiranya anda berkunjung ke kemasik, jangan lupa singgah ke pusat membeli belah yang moden, Mesra Mall Pusat ini mempunyai satu-satu kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat bowling 24- lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari di reka khas dalam kompleks membeli belah ini. MESRA MALL telah dibuka pada 10 Oktober 2009, MESRA MALL telah dibina di atas tapak seluas 30 ekar, dengan keluasan binaan 315,000 kaki persegi lebih daripada satu tingkat. Ia berfungsi sama seperti mall di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.
cantik la view pantai kemasik tu
ReplyDeletesweetnye gambar akak n abg kat pantai tu..romantis..hehe
belum pernah sampai ke terengganu, btw tengganu mmg pusat pelancongan
Pantai Kemasik memang cantik.selalunya nak menghala balik ke sel kami akan singgah dan berhenti berehat di sana.
ReplyDeletePantai ni scene dia kalau waktu langit cerah, memang awesome habis. Tapi, sekarang ni musim tengkujuh, langit selalu mendung, rasanya kalau nak shoot gambar matahari terbit tu memang payah sikit kot.
ReplyDeletewow besttttnya kalau dapat ke sana
ReplyDeletewah..tempat nie nampak menarik..saya dah boleh bayangkan angin kat tepi pantai...tapi dua-dua gambar lompat tu paling win..stylo giler bang..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Pasti ada cerita tentang batu besar tu kan. Sama ada mitos ataupun cerita rekaan yang diwujudkan oleh penduduk tempatan. Seronok kalau tahu. :)
ReplyDeleteCantik sungguh lokasinya...untuk berehat dan menenangkan fikiran. Mungkin skrg ini kurang sesuai utk mandi manda. Pihak berkaitan perlulah lebih promosi lokasi ini jika ingin di kenali ramai.
ReplyDeletedah lama x singgah sini :)
ReplyDeleteTerima kasih Kawan-kawan blogger. Tempat itu memang awesome. Saya benar-benar teruja. Ada masa dipersilakan tandang ke Kemasik yang bagi saya Tanah Lot Bali yang kerdil.
ReplyDeleteTerengganu mmg cantik.. nanti bila free boleh la pergi melancong dengan family.. hihi
ReplyDeleteselalu jugak lepak2 kat sini..
ReplyDeleteWah.. cantik, ceria & romantis.. tahniah.. terbaik.. :)
ReplyDeleteBukit kluang besut pun antara pantai yang cantik.
ReplyDeleteTerbaik! Sy pun sgt suka Pantai Kemasik & akan singgah setiap kali lalu dkt situ.
ReplyDelete