Monday, 6 June 2016

Pelbagai Kegiataan di Pantai Remis

Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Pantai Remis tidaklah secantik seperti Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Tetapi anda masih boleh berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Di sini, antara kegitaan utama saya adalah menanti matahari terbenam di ufuk barat. Sementara itu banyak kegiatan lain yang menarik akan berlangsung di Pantai Remis. Antara yang utama adalah bermain layang-layang, mencari kerang atau mentarang, memancing ikan, mandi-manda dan berkelah.

Selain itu, banyak juga kemudahan asas di sediakan di sini seperti tandas awam, bilik mandi, surau, medan selera dan tempat letak kereta.



 Layang-layang terbang tinggi di udara

 Anda boleh santai atau berehat di tepi pantai sambil menanti matahari terbenam di ufuk barat

 Anda boleh juga mengutip kulit siput dan kerang yang banyak terdampar di tepi pantai

 Begitu menariknya layang-layang yang dijual di gerai-gerai tepi jalan.

 Anda boleh bermandi manda di tepi laut.

 Anda boleh juga bermain-main dengan ikan belacak yang banyak terdapat di gigi pantai.

 Aktiviti memancing adalah antara kegiatan utama di sini.

 Saya dan cinta begitu terhibur dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini.

 Abam menjala ikan 

Saya begitu tertarik dengan aktiviti menjala ikan di sini.

Para Pembaca yang budiman,

Bagi yang tidak sempat saya balas mesej atau email, saya minta maaf. Bagi saya sedikit masa. 

Anak ikan di panggang panas,
Makan nasi berlaukkan nanas,
Maafkan saya kerana tidak membalas,
Tunggu sebentar nanti saya balas.


18 comments:

  1. Banyak aktiviti menarik yang boleh dijalankan di sini :)

    ReplyDelete
  2. macam menarik juga pantai remis ni.

    ReplyDelete
  3. Wahh... lama saya tak ke pantai Remis ni... kali terakhir klu tak silap sekitar 2005... menarik aktiviti2 mcm ni... :)

    ReplyDelete
  4. dh lama xpergi pntai...plg2 pown depan qbay d penang sj...mmg banyak jugak org maen wau moden tu...cantik, mcm mcm corak mcm mcm bentuk...

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Kareem KK..

    Yang budak2 teruja kat sini layang2 tu lah..
    Yang mak2 pula sibuk membeli ikan , kerang dan mentarang fresh tu :)

    ReplyDelete
  6. Pantai ni banyak remis ke ? Remis tu sedap di rebus sebab rasanya manis.

    ReplyDelete
  7. salam Ramadhan MKL. Lama tak berblogwalking...huhuhu doakan supaya kerajinan saya kembali. :p

    ReplyDelete
  8. selalu dgr je nama pantai ni tp x penah pegi lg...

    ReplyDelete
  9. salam Ramadhan Tuan

    kenapa tuan tak join menjala sekali?

    ReplyDelete
  10. anak saya mesti suka ni, ikan belacak boleh tangkap begitu sahaja

    ReplyDelete
  11. wah cantik2 gambarni...jeles kita tau.. Pantai Remisni memang tumpuan orang sinikan..

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadan MKL n famili..setiap pantai n laut keindahannya tersendiri subhanallah.

    ReplyDelete
  13. wahhh...kat situ boleh main kayak and menjala ehhhh...bestnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. ikan belacak , satu-satunya ikan yang ada kaki ... teringat arwah abah yang suka menjala ...

    ReplyDelete
  15. Sekarang kena tunggu en. hb cuti hujung minggu kalau teringin nak ke situ..

    ReplyDelete
  16. pernah sampai di sini...nyaman suasana..

    ReplyDelete
  17. hehehe..sempoi pantun.selamat berpuasa abang MKL

    ReplyDelete
  18. pesal x main layang2 bersama chenta

    ReplyDelete