Pasar besar jualan barangan siam berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu, Kelantan. Dari Kota Bharu anda perlu melalui Pasir Mas sebelum sampai ke Rantau Panjang . Rantau Panjang ni bersempadan dengan Thailand. Pekan Rantau Panjang dihubungkan dengan Pekan Sungai Kolok yg terletak di Thailand melalui Jambatan Harmoni yang merentasi Sungai Golok.
Rantau Panjang adalah destinasi membeli belah utama saya apabila berada di Kelantan. Saya suka membeli barang kat sini kerana banyak pilihan dan harganya pun berpatutan. Antara barangan yang selalu saya cari bila ke sini baju bajan, buah mangga, bakul anyam, bunga-bunga hiasan rumah dan periuk belanga. Kat sini juga banyak kedai yang jual barangan kawen. Macam dekat Nilai 3. Sapa nak kawin lepas ni xpayah dah pi Bandung beli barang pengantin hahaha..
Gambar yang saya ambil di bawah adalah gambar sebelum berlakunya kebakaran. Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, Pasar Besar Rantau Panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan.
Saya masih belum berpeluang melawat ke Rantau Panjang selepas berlakunya kebakaran itu. Semoga harga barangan tidak menjadi terlalu mahal kerana dikenakan kadar sewa kedai baru. Almaklumla, sewa kedai baru mestilah lagi mahal sewanya berbanding dengan sewa kedai papan ala koboi yang sempit dan tidak teratur.
Saya suka buah mangga yang dah dikupas dicampur dengan asam yang menjilat jari di gerai ini.
Deretan kedai di Rantau Panjang
Bakul-bakul anyaman
Tempat letak kereta dan gerai ala koboi yang menjadi tumpuan utama saya
Adik yang diberi pendedahan awal dalam dunia perniagaan
Bangunan yang bakal siap dibina
Bunga-bunga keluaran Siam
Baju dalam Lelaki
Gerai cendol kegemaran saya.
Bukit Batu yang kelihatan dalam perjalanan balik melalui Dabong, Kelantan.
zam sempat g sekali je thn 2012
ReplyDeleteUishhh lama dah tu zam..kena buat ziarah lagi sekali ni
DeleteLum sampai lg kat Rantau Panjang..
ReplyDeleteKena datang sini SZ..menarik tempatnya..kalau kaki shopping, tempat ni memang heaven la hihi
Deletememang bestkan kat sini..
ReplyDeleteMemang best FW.. nak nak pulak kaki shopping :D
Deletesepanjang duk kelantan baru sekali saya sampai sini....
ReplyDeleteBaru sekali sampai sini?? sah sah FK ni bukan kaki shopping hehe. saya yang duduk Perak ni dah lebih 10x rasanya kesini. bukan beli apa pun kadang2 tu, saja jamu mata dengan barang2 nya yg unik yg xde kat tempat saya
Deletedah pekena ais krim baba..? hehehe
ReplyDeleteSetiap kali datang sini memang xtinggal mkn eskrem baba.. satu lagi yg saya suka sgt kalo datang sini minum cendol buah kabong..perghhhhh memang terbaik..saya rasa itu la cendol tersedap yang saya pernah minum..cukup rasa lemaknya, manis gula kabongnya
Deletex sempat plak hari tu nk cari cendol kat sana.. hehe.. tapi dalam ais krim bab tu pun dah ada buah kabung kalau x silap..
DeleteKalau datang lagi kena pekena cendol kat sini Pha Is..mmg sedap..dalam eskrem tu pun ada juga buah kabung tp xsesedap buah kabung cendol, fresh :D
DeleteAlaa, eza belum sampai sini lagi.. one day nanti, insyaAllah :)
ReplyDeleteKena try datang sini Eza, inshaAllah xmenyesal
DeleteDah lama saya tak ke sana.. kali terakhir pun dah 5 tahun lepas. Cantik gembar2 tu & suasana pekannya nampak bersih, kenderaan2nya nampak sungguh teratur... menarik...
ReplyDelete3x british council.. mmg nuff tngh sgt meriah.. :D
Lama dah tu KK.. kena datang lagi ni. tempatnya walaupun macam pekan koboi tapi persekitarannya memang bersih..
DeleteThanks klik nuff..:D
Belum berpeluang menjejakkan kaki kesini lagi...
ReplyDeleteSila la datang ke sini. menarik tempatnya. banyak barang2 yang kita jarang jumpa di Malaysia
DeleteDah lama tak ke Rantau Panjang
ReplyDeleteKena buat ziarah lagi sekali ni MT :D
Deletedah lama aiza tak pergi ke rantau panjang ini.. last sekali pergi masa belajar dulu.. menabung inti... :D
ReplyDeleteKena datang lagi ni aiza..beli periuk belanga pulak haha
Deletedah sampai sekali ...jadilah ada tinggal jejak. ada rezeki boleh datang lagi
ReplyDeleteInshaallah ada rezeki boleh datang shopping sini lagi..
Deletetiap2 kali balik kg mesti pergi rantau panjang.. sampai tak tahu nak buat apa pergi sana..hehe
ReplyDeleteAmboiiii untungla rumah dekat dgn rantau panjang..saya yg jauh ni teringin je nak pi sana selalu
DeleteDah berbelas tahun tak ke sini. Mungkin banyak perubahannya...
ReplyDeleteAmboi lama dah tu mie..lepas ni kena buat trip ke rantau panjang pulak ni..sblm terbakar xbanyak sgt perubahannya, lps terbakar ni xtau la pulak macam mana sbb saya xberpeluang lagi pi ke sana
Deletejauh nye berjalan..banyak ke shopping abg din..?? :-)
ReplyDeleteTak ada shopping banyak nye MC.. Org rumah beli periuk belanga je..katanya murah berbanding kat perak
DeleteBelum prnah smpai lagi.
ReplyDeleteAda masa ada rezeki boleh la datang ke sini Kathy.. Best, mcm2 ada
Deletesaya last pergi RP masa rombongan sekolah tahun 2000
ReplyDeletelepas tu tak penah sampai lagi
banyak kali plan tapi tak juga lepas
ni dah lepas kebakaran, diorang dah start meniaga ke?
Uihh lama dah tu yana..dah 14 tahun xpi..lps ni kalau plan pergi lagi, kena bagi lepas..
DeleteLepas kebakaran saya xpasti pulak dah meniaga ke belum
ya x penah sampai ke rantau panjang...maklumlah asal uatara..kalau nak p ke blah timur memang payah sikit..
ReplyDeletewow menarik juga..rantau panjang ni...shoping pun best :P
Kat utara pun ada juga tempat2 mcm ni kan,..sama je kot barang2 nya..sbb barang2 tu biasanya dari thailand
DeleteKalau di Perlis, Wangkelian. Wah, belum berkesempatan ke Rantau Panjang.
ReplyDeleteSaya tak berkesempatan lagi pergi wangkelian..boleh la TI buat entry tntg wangkelian..boleh saya jadikan rujukan kalau nak kesana nnt
DeleteIda pernah datang sekali kat sini... memang giler tengok tudung2 dan kain sutera
ReplyDeletetuan memang pandai ambil gambar..profesional
ReplyDeletesaya orang kelantan, percaya atau tak, saya tak pernah sampai rantau panjang.
ReplyDelete