Showing posts with label Semarang. Show all posts
Showing posts with label Semarang. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Kota Semarang Part 3

Assalamualaikum w.t.b.,

Sebelum berakhir jelajah saya di Kota Semarang ini, sempat jugak saya ke Masjid Agung Jawa Tengah Semarang... Subhanallah! Bile kaki melangkah di persekitaran masjid ini, terasa berada di Madinah al-Munawarrah. Allahuakbar!


Cerita tentang masjid ini, mulai dibangun sejak tahun 2001 hingga selesai secara keseluruhan pada tahun 2006.  Masjid Agung Jawa Tengah dikatakan bentuk dengan seni bangunan campuran Jawa, Islam dan Romawi. Saya di beritahu bahawa masjid ini juga sebagai tempat pelancongan sehingga ada kemudahan untuk menginap dan bermalam di situ.Di kawasan masjid itu terdapat Muzium Kebudayaan Islam yang boleh kita menghayati sejarah kebudayaan Islam.

                                       Terlihat pintu masuk ke Muzium Kebudayaan Islam.

                                           Seperti koloseum dengan hiasan kaligrafi yang indah.

                
Selain itu, masjid ni ada Menara yang boleh melihat seluruh kota Semarang. Nama menara ini adalah Al-Husna.

Di dalam masjid ini atau dengan nama singkatnya adalah MAJT memiliki koleksi Al Quran raksasa berukuran 145 x 95 cm² yang ditulis tangan oleh Drs. Khyatudin. Lama Penulisan ini selama 2 tahun 3 bulan.

               Lokasi keberadaan Al-Quran Raksasa ini berada di dalam ruang utama tempat shalat.


Selepas waktu asar,kelihatan ramai orang duduk santai di sekitar masjid ini dengan aktiviti riadah seperti bermain basikal. Ada yang duduk santai sambil sembang bersama sahabat dan meluang waktu bersama keluarga. 




         ..........dan aku disini, melihatnya indah terpesona penuh asyik. Allahuakbar!

Semoga edisi entry kali ini memberi manfaat. 
Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.
Cerita Kapal Terbang MH370 hanya Allah Yang Maha Mengetahui. (eh...takde kene mengena...hahaha...)

p/s: - Lebih cantik lagi pada suasana malam. Betapa besarnya kuasa Allah! Allah Maha Besar!
       - Selain masjid ini, masjid lain yang terkenal di Kota Semarang ini Masjid Agung Demak yang                  memakan masa 1 jam dr MAJT.
                                                                 

Read more ...

Monday, 13 January 2014

Semarang di Gedung Pintu Seribu


Assalamualaikum w.t.b.,

Bangunan Bersejarah peninggalan Jajahan Belanda

Kali ini, saya nak cerita tentang kejadian bangunan tua pada dua zaman pejajahan yang berbeza. 


Salah satu bangunan yang telah dibaik pulih. 
 
 Lawang Sewu berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud Pintu Seribu. Mulanya ingat bangunan ni ade Seribu Pintu la sebab namanya Pintu Seribu tapi pintu tak sampai seribu pun, cuma dari jauh nampak pintu macam banyak dan tingkap yang tinggi.


Lawang Sewu/ Pintu Seribu

Landmark lain di yang ada di Semarang adalah Lawang Sewu. Lokasi Lawang Sewu berada di tengah kota ini sehingga sangat mudah dikenali. Bangunan Tua ini merupakan pejabat NIS (Nederlands- Indische Spoorweg Maatschappij). Bangunan ini digunakan sebagai syarikat kereta api belanda pada zaman penjajahan Belanda suatu ketika dahulu.
Halaman di dalam Lawang Sewu.

Bangunan ini cukup luas dan gedung yang kosong. Halaman bangunan ini amat luas. Harga tiket bagi per orang dewasa adalah Rp10 000 (sekitar rm3.50-rm4). 

Loteng merupakan tempat penyiksaan tawanan pada zaman Jepun.

Loket Tiket Masuk ke Lawang Sewu.

Di sebabkan besar, jenuh gak lah pusing-pusing bangunan ini. Tetiba, dah di bangunan lain. Kami naik sampai kawasan Loteng. Loteng bangunan ini nampak terbuat dari kayu. Tempat ini masa zaman Jepun digunakan tempat penyiksaan tawanan.

 Baru sedar, setiap bangunan tu ade jalan bersambung dengan bangunan yang lain. Saya tak ambil pemandu, hanya berwisata sendiri. Biasa ler, nanti ada extra bayaran. Jimat punya pasal.hehe.

Pusing la punyer pusing sampai jumpe satu tempat ni, ramai jugak orang di sini. Rupenya, inilah di namakan Penjara Jepang (Penjara Jepun). Penjara ini terletak di bawah tanah. Pada zaman Belanda, bahagian bawah tanah ini merupakan tempat penyejuk bangunan atau dengan kata lain sebagai 'air-conditional' . Memang di bawah ini, nampaklah batang paip yang banyak sehingga boleh jadi air-cond. Masa ke Penjara Jepun ni kena cas lagi Rp15 000 per orang dan cas pemandu Rp30 000.  Masa ini agak terpegun sedikit sebab baru tahu cara air-cond zaman dulu. Zaman moyang kite dulu, nak beli kipas pun, tak cukup duit. Sebelum masuk ke Penjara Jepun ini, kena pakai kasut bot dan lampu suluh disediakan. Sebab ada air separas betis dan gelap.

PERHATIAN!!!

Semasa dalam penjara Jepun, dijelaskan terdapat 3 jenis penjara iaitu Penjara Berdiri, Penjara Jongkong dan Penjara Exklusif.

Suasana Penjara Jongkong

Kenapa dikatakan Penjara Jongkong? Jongkong tu maksudnya duduk mencangkung. Jadi tawanan yang kne humban ke penjara ni, kena duduk mencangkung, Terlihat seperti dalam satu bilik ada banyak kompartment. Dalam satu kompartment terdapat dalam 5-8orang. Astrafirullah, tak dapat dibayangkan keadaan manusia yang menjadi tawanan pada zaman Jepun dengan keadaan air sampai betis,duduk mencangkung lagi, sumbat beberapa orang. Ditutup dengan jaring besi. 
Penjara Berdiri

Kedua, Penjara berdiri maksudnya berdiri dan disumbat sehingga 10-13 orang. Penjara berdiri lagi kecil dari penjara jongkong. Ketiga adalah penjara Ekslusif. Masa bahagian ini, saya bau hanyir darah sangat kuat, rasa nak loya tekak. Rupenya, kalau dah masuk penjara yang pertama dan kedua tapi tak mati-mati lagi. Baru masuk penjara ketiga ni. Memang ekslusif lah layanannya. Layanannya adalah potong kepala. 
Penjara Ekslusif

Antara laluan penjara berdiri ke penjara Ekslusif tu terdapat satu pintu kecil. Pada zaman Belanda digunakan sebagai pembuangan logi najis salur ke sungai yang ada kat belakang bangunan ini. Pada zaman Jepun pulak digunakan tempat pembuangan mayat yang telah dikeringkan darahnya. Baru di buang ke sungai ni. Mayat dikeringkan di Penjara Ekslusif sebelum dibuang ke sungai. Gambar diatas sebelah kanan ini adalah tempat pembuangan mayat.

 Apa-apapun, takde la seram sebab dah tak ada apa-apa. Hanya bangunan kosong je dan dapat menghayati sejarah masa jajahan Belanda dan Jepun di negara Indonesia. Semoga kita ambil pengajaran dari kisah ini. 

Janganlah hidup sebagai tawanan orang. Kita harus mencintai tanah air kita. Kedamaian negara yang kita merasa sekarang adalah hasil perjuangan nenek moyang kite dahulu. Sama-sama kita pertahankan maruah bangsa kita. Hidup bebas, aman dan damai. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah yang banyak dan tak terkira.

Foto bersama.

Sekian. Membaca jambatan ilmu :)

Read more ...

Friday, 13 December 2013

Semarang di Kota Lama Part 1

Salam wtb.,
Perjalanan dari Jogjakarta ke Semarang memakan masa selama 3 jam. Aku bertolak dari Terminal Jombor, Stasiun Bis di Jogjakarta. Nama bas yang aku menaiki adalah Bis Ramayana dengan harga RP40 000. Di Pulau Jawa khususnya, mereka menyebut bas dengan kata 'Bis'.  Bis ini cukup nyaman dan selasa untuk perjalanan yang jauh.

Sepanjang  perjalanan ke Semarang, kiri dan kanan adalah sawah padi bukit. Lagu melodi klasik tahun 70-an/80-an dimainkan sehingga sampai ke destinasi, seakan-akan menyambut kedatanganku ke sana. Mengamit memori silam ,terbuai aku ketiduran.

Semarang jugak merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal. Kota Semarang ini merupakan kota ke-8 terbesar di Indonesia. Banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi di sana iaitu Kota Lama, Lawang Sewu, Maslid Agung Semarang, Klenten Sam Po Kong, Kompleks Picinan, Masjid Wali Sogo, Pagoda dan Vihara Watugong dan lain-lain.

Kota Lama ini meninggalkan hari ini dalam sejarah. Di sekitar kota ini, terdapat banyak bangunan kuno peninggalan zaman Belanda yang tidak terurus. Sesampai di Semarang, aku melanjutkan perjalanan dengan menaiki Bus TransSemarang dengan kos Rp3 000 untuk sampai ke Kota Lama. Dari terminal bus di Semanrang untuk transit ke Kota Lama memakan masa selama 30 minit. Sempat jugak merasa jalan 'jam' di kota ini.

                                              Di depan Bangunan 'Suara Merdeka' Kota Lama, Semarang

Sesampai di Stesen Bus Kota Lama, kiri dan kanan sepi je. Alhamdulillah ada Pak Polisi lalu, macam-macam pertanyaan aku taya untuk ke setiap destinasi yang ingin dituju. Kota Lama begitu luas sehingga disarankan untuk menaiki beca. Pilihan kedua adalah dengan berjalan kaki.

Nassier dan beca
Bangunan di sekitar Kota Lama.

Antara bangunan kuno yang terkenal di Kota Lama Semarang ini adalah Gereja Blenduk. Gereja ini merupakan gereja tertua di Pulau Jawa. Gereja ini dikatakan menjadi Landmark Semarang. Sejarah gereja ini boleh anda membaca dengan lebih lanjut di : click di sini

                                              Antara bangunan kuno di Kota Lama, Semarang.

Read more ...