Saturday, 4 January 2014

Tanjung Piai National Park, Kukup

Tanjung Piai,Penghujung Selatan Tanah Besar Asia


Tahniah! Anda sekarang berada di Penghujung Selatan Tanah Asia. Saya teringin benar menulis entri kerana saya pernah sampai ke sini beberapa tahun yang lepas. Insyallah, saya pasti kembali ke tempat ini lagi dan sekaligus ke Pulau Karimun, Indonesia. Di sini, anda dapat melihat Selat Melaka dan Selat Johor.

Tanjung Piai terletak di mukim Kukup,dalam kawasan Parlimen Pontian berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Tanjung ini juga terkenal dengan kelazatan restauran makanan laut. Selain itu turut dikenali dengan keindahan alam hutan paya bakau yang masih belum tercemar dan terdapat Tanjung Piai Resort. 

Perjalanan dari Johor Bharu adalah kira-kira 75 Km dan memakan masa selama satu setengah jam dengan kereta. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur atau Utara, ambil lebuh raya utara selatan dan keluar di Simpang Renggan (selepas Machap). Hala ke Pontian/Benut dan ikut tanda arah ke Tanjung Piai. Sekiranya anda dari Johor Bahru, ambil jalan ke lebuhraya Jalan Skudai dan hala ke Pontian/Pontian Kechil. Pusing ke Kiri di Sri Bunian, di Pekan Nenas. Ikut jalan kampung dan belok ke kanan di Jalan Tenggayun. Selepas itu, ikut papan tanda ke Tanjung Piai.

Taman ini ditutup pada hari Isnin, Taman ini di buka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari hari Selasa ke hari Jumaat. Hari kelepasan, Sabtu dan Ahad di buka dari jam 9 pagi hingga 530 petang. Tiket untuk orang dewasa adalah RM5.00 dan Warga Emas kira-kira RM3.00

Berikut adalah mercu tanda "Tanah Selatan Benua Asia" ianya dibina pada tahun 2001. Mercu ini diibuat daripada  gentian konkrit mesra alam oleh Kerajaan Johor dengan kadar ketinggian 20m dan 10m kelebarannya. 




21 comments:

  1. wahhh ^_^ besar batu tu ^_^ ye acik pun pernah pegi tempat nie

    ReplyDelete
  2. Kali terakhir jejak kaki disini tahun 2007...Globe tu sedang dalam proses menaik taraf.

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah sampsi sini. Ingin juga ke Tg Balai Karimun...

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah sampsi sini. Ingin juga ke Tg Balai Karimun...

    ReplyDelete
  5. Saya pun dah pergi.. semulajadi.. :)

    ReplyDelete
  6. Bestkan bila berada di tanah paling selatan sekali... Ida pun pernah sampai sini.

    ReplyDelete
  7. anak2 dan adik kathy dah sampai..kathy jer tak sampai lagi..hehehehe..

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi jejak kaki di sini, pastinya pengalaman berharga kan. Penghujung Asia pulak tu :D

    ReplyDelete
  9. pernah denar sebelum ni pasal tempat tu.. kat majalah 3 kalau x silap..

    ReplyDelete
  10. x pernah lagi pegi tmpat ni..

    ReplyDelete
  11. nampak menarik tu.. menabung ikea.. :D

    ReplyDelete
  12. dah pernah sampai.. dekat dengan kampung. Hahaha. :)

    ReplyDelete
  13. Saya belum pernah sampai lagi. Baca entri ni teringat pula puisi Nisah Haron, Sumpah Tanjung Piai.

    ReplyDelete
  14. memang ada hati juga nak ke sana..

    ReplyDelete
  15. Kampung arwah ayah ni di Pontian Kecil.. tapi lepas dah tak ada siapa.. lama sangat dah tak balik.. alhamdulillah dah membangun pun kawasan nie :D

    ReplyDelete