Monday, 22 September 2014

Konvokesyen Ke 16 UPSI 2014

Alumni UPSI September 2014


Istiadat Konvokesyen ke-16 UPSI telah berlangsung di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah  dari 17hb September sehingga 20hb September 2014.


Pada isitiadat konvokesyen itu, Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak juga berkenan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Keusahawanan kepada Datuk Hassan Harun dan Ijazah Kehormat Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional kepada Datuk Ramly Mokni.

Baginda juga berkenaan menyampaikan anugerah gelaran Profesor Emeritus kepada Prof Datuk Dr Aminah Ayob, Prof Dr Othman Lebar dan Prof Dr Nagendralingan Ratnavadivel.

Sebanyak 4,337 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen UPSI kali ini. - Bernama




 Mahasiswa didik telah menjadi Alumni UPSI pada Konvo ke 16 2014

 CT Hajar

 Barisan Graduan JAIS 2014

 Zaini & Azman Yusof the Geng Fotografi khas UPSI

 Sharipah Noorizan

 Barisan  Pensyarah Fakulti Pengursan dan Ekonomi

 Matt Fred


 Kenny Yau, Arthur Lee, Ray Ting & Giorno Days (Pei Siang)
Matt Fred the Geng 

 Santai bersama Penerima Anugerah Professor Emeritus UPSI & Sahabat-sahabat kakitangan Akademik UPSI

Photo by MOZA ART & SEMUT ART

Hazlina Mohd Sanitu & family



Semoga Para Graduan Bahagia Dunia Akhirat 

Penghargaan : Facebook/Pelajar

Read more ...

Thursday, 18 September 2014

Beautiful Guilin 5 : Lijiang Theatre 1

Falling in Night with the Landscape : Mirage Guilin

Saturday ( Late Evening)

Eventually after we left the bamboo house, we headed for an evening Theatre Show. The Theatre is Lijiang Theatre. Dons ask me the location. Indeed, is in the middle of Guilin City. The show is divided into four chapter. Namely; Green hills, Beautiful water, Mysterious Caves, and Amazing Stones.

Above all, all the mountains are less beautiful than Guilin mountain. While all the waters are less graceful than Lijiang river. Today, you will travel a different Guilin together with a Niu and then encounter an intoxicated love beyond time.

Chapter One : Green Hills 

National Customs : Feelings of Guilin Landscape of the Soul

Large Screen View the World, The landscape of the Majestic

Mountain Peaks

Soul of Mountain

Chapter Two : Beautiful Waters

The land of Water

Tender Passion

 Bird Snatch Fish

Chapter Three : Mysterious Caves

Landscape of Show Rhyme

Nature Wonder

 Great Blessing

 Landscape of Charming

Chapter Four : Amazing Stones

 Moon in the sky is a girl. Stone in the hills is a boy.

Stone Break. To be continue..
Read more ...

Wednesday, 17 September 2014

University College Cork (UCC), Cork, Ireland

Cork, Republic Ireland


Selamat Sejahtera,

Penulisan kali ini adalah daripada anak pemilik blog ini, Nasree. Sudah bermastautin di Dublin selama 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Berada di Dublin kerana sedang menuntut ilmu perubatan di Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI) dan kini memasuki tahun ke-3.

Banyak tempat yang menarik di Ireland dan ini Cork merupakan salah satu bandar yang unik dan menarik.

Pada 13/9, saya telah ke Cork, Ireland.

Republic of Ireland yang berwarna hijau bersebelahan dengan UK.
sumber daripada Wikipedia


Cork berada di selatan Ireland
Sumber daripada google image

Menurut penduduk tempatan, Cork merupakan bandar ke-2 terbesar Ireland. Walaupun tidak sebesar Dublin (berada di timur), namun bandarnya cukup untuk menampung keperluan seharian. Bandar Cork merupakan bandar pelabuhan yang dipenuhi dengan lanskap-lanskap alam semula jadi yang menarik. Perjalanan dari Dublin ke Cork mengambil masa 3 jam tanpa henti . Harga tiket adalah 20euro pergi balik (return ticket). Sampai sahaja di St. Patricks Quay, Cork, suasana dan bau sama seperti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bau masin air laut dan tiupan angin yang kuat (Ireland memang terkenal dengan tiupan angin kencang setiap hari) semestinya membuatkan diri ini rindu dengan Malaysia.

Gambaran ringkas Cork City Center

Pemandangan daripada Richmond Hill, lebih kurang 3km daripada Cork City Center

Bersama rakan-rakan di Cork, dari kiri, diri sendiri, Bella (pelajar UCC) dan Imran (pelajar UCD)

Kelihatan beberapa orang sedang menikmati kehadiran matahari. Sebenarnya, jarang sekali Ireland di-rahmati dengan matahari yang terik. (Suhu ketika itu, 18 degree).

Bandar Cork dipenuhi sungai-sungai yang jernih walaupun berada di tengah-tengah bandar. Boleh nampak dasar.

Bukti telah sampai ke University College Cork (UCC)

Bunga-bunga nan indah dalam perkarangan Cork. Bangunan di hadapan itu merupakan Presidens Office, kesemuanya.

Ber'selfie' di hadapan Quadrangle, UCC. Lagenda berkata, jikalau pijak rumput hijau itu, gagal exam. Setengah penduduk tempatan masih percaya akan mitos tersebut. Tidak bagi diri ini... =P

Panoramic view of Quadrangle, UCC

Dewan paling lama di UCC dan digunakan untuk kelas dan upacara rasmi. Nampak seakan gereja tetapi inilah konsep bangunan-bangunan sekitar UCC.

Rak buku yang terdapat di sini bertarikh daripada 1700-1900 (yang ternampak je la. tak "check" semua.

Ogham script yang dipamerkan di dalam bangunan Quadrangle. Uniknya tulisan ini kerana setiap condongan garisan memberi maksud yang berbeza-beza.

'Translation' of the script. 

Melompat sikit...


Lagi sungai di antara dua bangunan Health Science.

Pemandangan dari satu sudut di dalam kampus Health Science, UCC.


Read more ...

Sunday, 14 September 2014

Beautiful Guilin 4 ; Bamboo House

SUNRISE CORPORATION GROUP

Hari Pertama (Sabtu petang)

Kali ini, selepas melawat Tunnel Hill Cave, kami dibawa melawat ke kilang buluh. Bamboo House, adalah barang hasil mahsul orang cina yang terkenal. Buluh memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan orang Cina. Buluh melambangkan ikatan rangkaian silaturrahim yang sangat kukuh di antara adik beradik dalam masyarakat Cina. Buluh adalah juga rangkaian network dalam bisnes orang-orang Cina. Buluh membawa seribu makna dalam kehidupan masyarakat Cina. Hari ini, saya telah menyaksikan bagaimana buluh telah dijadikan pakaian, tuala, dan serba serbi sebagai kegunaan basahan kita sehari hari.    

 Di depan pintu masuk Bamboo House

 Berselfie

 Benang-benang buluh

 Dari benang buluh menjadi kain

 Kain buluh

 Gubahan bunga buluh

 Baju buluh

Demontrasi kelebihan hasil barang-barang Buluh

Tour ke Bamboo house adalah tour yang wajib. Ini adalah kempen jualan yang kedua selepas tea Gallery. Yang ini saya terpikat. Saya beli dua helai seluar dalam. Satu lebih kurang RM25. Satu lagi RM50. Lagi satu, saya beli tisu dapur. Tisu dapur kita punya sekali pakai kena buang. Depa punya boleh tahan sebulan untuk sekeping sahaja, Boleh digunapakai dan tak lekat kotoran dan boleh dibasuh dengan air sekali gus bersih dari kekotoran.  Seluar dalam buluh tu kemas sangat dan berasa sangat selesa memakainya. Seluar dalam menjadikan badan kita lebih segak dan kemas. Nanti kalau ada peluang lagi, nak beli pula baju buluh. Mesti nak rasa kelainan memakai baju buluh dari Tiongkok. 
Read more ...

Thursday, 11 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !


BEN ASHAARI

Jom join segmen Ben Ashaari dan link adalah seperti berikut :


Seperti yang dikehendaki, latar belakang saya. Blog saya baru berusia setahun, mula menulis sejak Ogos 2013. Saya minat menulis kerana mengikut trend masa kini. Lagipun saya seorang ahli akademik, menulis ada dalam darah daging saya. Semoga saya dapat meninggalkan ilmu yang berguna buat para pembaca.

Kelebihan blog adalah blog travel. Pasal saya kaki jalan. Selagi saya boleh jalan, saya jalan je. Kalau saya travel, saya cuba save kos. Menulis untuk menghimpunkan pengalaman kembara saya dengan kos yang berpatutan. 

Tentang impian, banyak lagi yang belum tercapai. Impian dalam berblog, harap dapat sponsor percuma ke tempat-tempat pelancungan yang menarik. 

Itu je. Saya hanya blogger picisan je..Menulis untuk faedah orang ramai.
Read more ...