Selamat Sejahtera,
Penulisan kali ini adalah daripada anak pemilik blog ini, Nasree. Sudah bermastautin di Dublin selama 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Berada di Dublin kerana sedang menuntut ilmu perubatan di Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI) dan kini memasuki tahun ke-3.
Banyak tempat yang menarik di Ireland dan ini Cork merupakan salah satu bandar yang unik dan menarik.
Pada 13/9, saya telah ke Cork, Ireland.
Republic of Ireland yang berwarna hijau bersebelahan dengan UK.
sumber daripada Wikipedia
Cork berada di selatan Ireland
Sumber daripada google image
Menurut penduduk tempatan, Cork merupakan bandar ke-2 terbesar Ireland. Walaupun tidak sebesar Dublin (berada di timur), namun bandarnya cukup untuk menampung keperluan seharian. Bandar Cork merupakan bandar pelabuhan yang dipenuhi dengan lanskap-lanskap alam semula jadi yang menarik. Perjalanan dari Dublin ke Cork mengambil masa 3 jam tanpa henti . Harga tiket adalah 20euro pergi balik (return ticket). Sampai sahaja di St. Patricks Quay, Cork, suasana dan bau sama seperti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bau masin air laut dan tiupan angin yang kuat (Ireland memang terkenal dengan tiupan angin kencang setiap hari) semestinya membuatkan diri ini rindu dengan Malaysia.
Gambaran ringkas Cork City Center
Pemandangan daripada Richmond Hill, lebih kurang 3km daripada Cork City Center
Bersama rakan-rakan di Cork, dari kiri, diri sendiri, Bella (pelajar UCC) dan Imran (pelajar UCD)
Kelihatan beberapa orang sedang menikmati kehadiran matahari. Sebenarnya, jarang sekali Ireland di-rahmati dengan matahari yang terik. (Suhu ketika itu, 18 degree).
Bandar Cork dipenuhi sungai-sungai yang jernih walaupun berada di tengah-tengah bandar. Boleh nampak dasar.
Bukti telah sampai ke University College Cork (UCC)
Bunga-bunga nan indah dalam perkarangan Cork. Bangunan di hadapan itu merupakan Presidens Office, kesemuanya.
Ber'selfie' di hadapan Quadrangle, UCC. Lagenda berkata, jikalau pijak rumput hijau itu, gagal exam. Setengah penduduk tempatan masih percaya akan mitos tersebut. Tidak bagi diri ini... =P
Panoramic view of Quadrangle, UCC
Dewan paling lama di UCC dan digunakan untuk kelas dan upacara rasmi. Nampak seakan gereja tetapi inilah konsep bangunan-bangunan sekitar UCC.
Rak buku yang terdapat di sini bertarikh daripada 1700-1900 (yang ternampak je la. tak "check" semua.
Ogham script yang dipamerkan di dalam bangunan Quadrangle. Uniknya tulisan ini kerana setiap condongan garisan memberi maksud yang berbeza-beza.
'Translation' of the script.
Melompat sikit...
Lagi sungai di antara dua bangunan Health Science.
Pemandangan dari satu sudut di dalam kampus Health Science, UCC.
cantiknya..universiti saya dulu ada task je, tu pun jadi rumah kepada biawak
ReplyDeletelegenda pijak rumput mungkin dicipta oleh tukang kebun mereka..hehe
Assalammualaikum... khairuddin,
ReplyDeletecantiknyer UCC nie kan.. kalau tak silap mselim3 universiti ini adalah antara universiti terbaik di dunia..
mselim3
wah, seronok betoi dia, semoga berjaya with flying colors ;)
ReplyDeletecantiknya bunga2 diperkarangan universiti cork...
ReplyDeleteWahhh bestnya..untung dapat menimba ilmu sampai ke sana..=D
ReplyDeleteWahh bestnyer....untung la dpt pergi sana
ReplyDeleteWow menarik... belum berpeluang sampai lagi ke Cork. Suasana persekitarannya sungguh tenang. Gambar permandangan bandar dari atas bukit di atas tu mengingatkan saya suasana di Edinburgh.. Thanks sharing & semoga saudara terus berjaya. All the best.. :)
ReplyDeletewah..untungnya dah sampai ke tempat orang...
ReplyDeleteIdeal btl suhu..18 degree..nice..x pns x sejuk, just nice...:) haha..blh kenal bau PD ya..
ReplyDeleteCantik rumput, nampak sgt ramai x pijak sbb tkut fail exam... haha
ReplyDeleteEhh ingatkan salah blog rupanya anak abe mkl up entry kat sini. Belsjar rajin2 ye dik blk nanti boleh berkhidmat kpd rakyat d msia. Ahamdulillah dpt sambung belajar d obersea, sis Jm ni berangan je lah tp x boleh sbb x pandai :-)
ReplyDeleteWow. walau tak pernah sampai sana. tengok gambar dah macam ke sana. Jauh perjalanan luas permandangan
ReplyDeleteterima kasih abg khairudin atas perkongsian
teringin nak rasa ada matahari tetapi udara sejuk jer ... indah sungguh view nya .
ReplyDeletecantiknya ireland... mendamaikan...
ReplyDeletePijak rumput failed exam? Konspirasi tukang kebun turun temurun? Terbaik eyy, hihihi.. Cork yg mendamaikan. Cantik.. ☺️
ReplyDeleteWahhh..cantiknya permandangan, Kalaulah rakyat negara ini sanggup bersama-sama menjaga kebersihan negara ini alangkah bagusnya
ReplyDeleteTeringin nak pergi Ireland bro...ada member nak sambung posting kerja doctor kat sana, maybe ini la masanya travel ke sana, ye dok
ReplyDeleteIRELAND Best...
ReplyDeletegood luck...
#Bestnyajadiorangbijak