Sunday, 18 October 2015

Syukur Oh Syukur

Tanjong Malim


Nassier, anak kurniaan illahi. Aku selalu bersyukur di atas kurniaan illahi terutamanya anak-anak, salah satu tiga perkara yang kita tinggalkan selepas kematian. Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh mendoakan untuknya.


Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki...

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki...
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki...

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar...
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun...

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk...
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan ,harta ,anak pinak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan...
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara,apa yang kita dan miliki hargailah ia....
Jauhilah sifat riyak dan sombong ,ujub,sum'ah dengan apa yg kita miliki... Ia bukan milik kita, ia milik Allah Yang Maha Esa...

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur... Alhamdulillah, tunaikanlah kewajipan dan hak kita kepada Allah...

Marilah kita sama-sama berhijrah dari baik kearah yang lebih baik dalam mencari keredhaan Allah, diumpamakan dunia sudah makin menghampiri penghujung waktu Asar dalam menuju waktu Maghrib(Kiamat) bersedialah kita dgn bekalan yang secukupnya..
Read more ...

Sunday, 11 October 2015

Umang-Umang Chalet Melaka,

Sungai Linggi

Entri ini diterbitkan sebagai lembaran itinenary untuk hari keluarga kami tahun 2016.

Umang-Umang Chalet Melaka. Chalet menarik ni betul-betul terletak tepi pantai di Sungai Linggi Melaka.
Kawasan sangat luas, ada chalet,dewan dan juga camp site. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan dekat sini, petang-petang main tepi pantai sambil tunggu sunset. Harga bermula dari RM100/bilik
0 12-393 3821


Sebahagian daripada chalet-chalet yang ada di sini

Burung hantu burung peliharaan di sini

 Best juga tinggal di Chalet di sini


Mini Taman Permainan Kanak-Kanak

 Pokok yang rendang merimbun

 Kamar tidor yang simpel

 Boleh berenang di sini

 Bersantai sambil merehatkan minda menikmati ombak pantai

 Menikmati matahari terbenam di senjakala

 Selamat datang ke Umang-Umang Chalet

 Dewan Makan

Pemandangan tepi pantai di Sungai Linggi
Read more ...

Friday, 2 October 2015

Kota Fesyen MITC, Melaka

Hang Tuah Jaya, Melaka.

Dalam bulan Ogos, masa Naimah belum berlepas ke Padang. Nasree belum berlepas ke Ireland. Kami telah ke MITC, Melaka. Masa itu pun, Naimah kena habiskan dos vaksinasinya. Dos diambil Naimah semasa belajar di kolej Matrik Melaka, Londang. Naimah ambil Dos yang ke 3. Dos itu adalah untuk program vaksinasi HPV untuk wanita. Wanita perlu mendapat 3 dos iaitu Dos 1, Dos 2 dan Dos 3. Suntikan untuk perlindungan optimum.

Saya telah ke kawasan MITC, Melaka. Macam-macam ada terutamanya Mydin Mall, Melaka di sini. Saya pengunjung setia Mydin. Sekiranya anda ke Melaka, jangan lupa singgah ke Mydin Melaka atau MITC, Ayer Keroh. 

Sorry, kawan-kawan lama tak terbit blog jalan-jalan ke over the sea. Sibuk sampai tahap 
pening. Ada masa saya akan blog walking nanti. Selamat membaca.

 Mydin, Melaka

 Papan Tanda ke Kota Fesyen MITC

 Bangunan dari kejauhan. Nama tak tau. Siapa tau? 

 Kota Fesyen MITC

 LPPKN Klinik Nur Sejahtera


Nasree dan Naim. Semoga hubungan adik beradik kekal sampai ke Jannah

Read more ...

Friday, 18 September 2015

Hard Rock Cafe


Himpunan baju-baju HRC

Salam sejahtera. Saje je menghimpunkan baju-baju HRC. Masih lagi busy untuk menerbitkan tempat-tempat lawatan saya yang lepas. Macam-macam kerja. Masa tidak mencukupi buat saya. Apa sekali pun selamat berblogging. Saya pasti melawat blog anda bila ada masa kelak.




Read more ...

Monday, 14 September 2015

Doa senjata kekuatan Umat Islam

Let Pray for Malaysia


Berdoalah untuk Malaysia
Dengan ringgit jatuh merundum
Kos hidup meningkat
Jerebu yang melanda

Kesibukan tugas seharian
Masa mencemburui teman
Mencari sebuah syurga 

Terima kasih Sahabat blogger
Terima kasih atas kujungan anda
Ada masa pasti saya balas kelak
Read more ...

Friday, 4 September 2015

Pulau Anso Duo, Padang

Pantai Angso Duo Pariaman

Bagi anda yang berkesempatan ke Padang, sila lawat Pulau Anso Duo. Pulau Anso Duo terletak di Kota Pariaman yang kira-kira 56 km dari Kota Padang atau 25 km dari Bandara Internasional Minangkabau memiliki pantai yang indah  dan menawan. Untuk ke sini, anda boleh ke Pulau ini melalui Pantai Gandoriah.

Untuk mendapat pemandangan yang indah seperti menikmati keindahan bukit bukau, sungai dan sawah padi anda boleh cuba menaiki keretapi untuk menuju ke Pantai Gandoriah. Tiket Keretapi adalah berharga  Rp 3.000 dari Stasiun Simpang Haru atau Stasiun Tabing, Kota Padang ke Stasiun Kereta Pariaman. Dari Stasiun kereta Pariaman, anda berjalan kaki seminit dua, anda akan sampai ke Pantai Gandoriah. Untuk ke Pulau Angso Duo dari Pantai Gandoriah, anda perlu menggunakan perahu motor selama 10 -15 minit dengan biaya Rp 35,000 pergi balik sahaja. Perahu Motor terakhir menuju ke sana adalah pukul 15.00 dan untuk pulangnya adalah pukul 18.00



 No perhubungan ke sana tertera di dalam banner

 Naimah dengan kaca-kaca botol yang kreatif

 Pulau Angso Dua yang begitu cantik menawan

 Riang gembira bersama sahabat handai

 Suasana aman damai menghibur hati jauh di perantauan

 Di pantai nan indah

 Di Surau katik Sangko

 Wajah buah kelapa yang kreatif

 Bot untuk ke Pulau Anso Duo dari Jeti di Pantai Gandoriah

Best juga ke Pulau Anso Duo
Read more ...

Wednesday, 2 September 2015

UPSI dari Udara

Tanjung Malim, Perak.

Dari udara, jelas kelihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tg Malim, Perak., Bersempadan dengan Ulu Bernam, Selangor. UPSI adalah tempat melahirkan graduan pendidikan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara sebagai Pendidik atau Guru. 

Anda boleh membawa lawatan ke UPSI terutama sekali melawat satu-satunya Muzium Pendidikan di negara kita. Muzium Pendidikan Nasional di bumi Mua'alim yang terletak di kampus utama, di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. 

Kelihatan di belakang adalah Banjaran Titiwangsa. Bangunan di depan sekali adalah Muzium Pendidikan Nasional. Di belakang Muzium Pendidikan Nasional yang berlambangkan singkatan UPSI lambang buku adalah Fakulti Seni,Komputeran dan Industri Kreatif.  

Kelihatan adalah Padang UPSI. Sebelah  di sebelah kiri adalah Dewan SITC. Pada suatu masa dahulu adalah Dewan Konvensyen Para Graduan UPSI. Kini dengan terbinanya Dewan Besar di kampus Sultan Azlan Shah, dewan itu disewakan kepada orang ramai untuk kegiataan umum. Contohnya, kampung pengantin, majlis-majlis keraian, dan pameran.        

Kelihatan di udara adalah padang UPSI di kampus Sultan Abdul Jalil, kampus utama dengan persekitarannya. 


Kelihatan bangunan seperti kelopak bunga yang sedang berkembang, empat buah bangunan saling melengkapi antara satu sama lain adalah dewan-dewan kuliah UPSI.

Foto Kredit Sulaiman Sarkawi.

 
Read more ...