Saturday, 29 October 2016

Jacaranda di Sydney

Ungu Lavender


                                                                 Pokok Jacaranda, Sydney.
                                                                             Sydney.com




                                                                   Pokok Jacaranda, Sydney.
                                                                             Sydney.com

Jacaranda bermaksud kayu keras tropika yang berbau wangi. Pokok hiasan yang boleh mencapai ketinggian 30m. Seluruh pokok akan mula berbunga pada penghujung musim bunga. Pada masa itu, semua pokok akan dilputi oleh bunga-bunga Jacaranda. Saya diperkenalkan oleh anak saya, Dr. Nassier semasa berada di Melbourne pada awal bulan Disember, 2015.   

Pokok ini akan mula berbunga pada  penghujung bulan Oktober setiap tahun. Sekarang pokok Jacaranda telah mula melanda bandar Sydney, penghujung bulan Oktober,2016. Seluruh bandar itu akan berwajah ungu kebiruan atau pun ungu Lavender. 

Teman teringin ke Jacarandas Walk South Africa. Terdapat kira-kira 10 juta pokok keseluruhan di bandar raya Johannesburg, Afrika Selatan yang menghijaukan kawasan itu. Setahun sekali wajah bandar Johannesburg akan berubah dari hijau kepada ungu kebiruan. Terdapat 49 jenis spesies Jacarandas (jenis pokok tertua di benua Amerika Selatan) yang juga spesies yang sama terdapat di Uruguay, Brazil, Peru dan Argentina. Pokok-pokok ini dikatakan telah dibawa masuk ke Afrika Selatan sejak lebih dari 100 tahun dahulu. Lokasi yang cantik menawan yang dihiasi dengan bunga-bunga warna ungu ini terletak di sepanjang perjalanan di banyak lokasi menuju bandar raya Johannesburg.

Sumber dariapda Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jacaranda ialah genus 49 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Bignoniaceae, berasal dari kawasan tropika dan subtropika Amerika Tengah, Amerika Selatan, Cuba, Hispaniola, Jamaica dan Bahamas. [1] Ia telah ditanam secara meluas di Asia, terutama di Nepal. Ia juga biasa terdapat di Afrika Selatan, Zimbabwe dan Australia. Ia telah diperkenalkan di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Nama genus ini juga digunakan sebagai nama biasa.







Read more ...

Thursday, 27 October 2016

Teaser 5 : Shirakawago

Historic Village of Shirakawago in Winter

Keterangan am  adalah seperti yang berikut :

Address : Gifu Prefecture 501-5627, Ono District, Shirakawa-go, Ogiamchi 2499

Admission : Entry to Ogimachi - Free
                     Admission  to Wada House : 300 yen adult

Opening time : Village open all time; Wada House : 9.00 - 17.00 
           
Website: http://shirakawa-go.org/english/index.html

Wajah Musim Sejuk
www.123RF.com 

Suasana yang cantik adalah pada musim sejuk dan musim luruh. Musim sejuk suasana adalah berwarna putih dan musim luruh/ fall cantik berwajah warna-warni. Daun naik seri pasal bertukar warna. 

Pada musim sejuk, ada night illumination yang berwarna-warni di sini. Nangis anda dibuatnya. 

Wajah Musim Luruh/fall
A Japanese life

Kami dijangka melawat sini pada musim sejuk, pada bulan Disember 2016. Perkampungan Ogimachi's Gassho Zukuri telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1955. Gassho Zukuri bermaksud "like hands in prayer' iaitu bumbung dan attap jerami yang menyerupai Sami Buddha yang sedang berdoa. Gaya seni bina ini bertujuan untuk menahan salji yang jatuh semasa musim sejuk. Bumbung dibuat tanpa sebarang paku dan ruang lotong digunakan untuk membela ulat sutera.

Ada dua cara untuk ke Shirkawago. Kedua-dua cara itu ada lebih dan kurangnya. Tepuk dada tanya selera.

Pertama, ambil bas dari Nohi terminal bus, sebelah train Station Takayama dengan round trip, 4,420 yen. Anda mempunyai masa yang banyak untuk bergambar sakan dan lenggang kangkung.

Kedua, anda boleh mengikuti tour. Sekiranya anda menetap di JHoppers Hida Takayama Hostel, boleh mendapat diskaun sebanyak 500 yen  dari tiket yang berharga 4400 yen.Try google J-Hoppers Tour. Jadi, tiket masuk adalah berharga 3900 yen. Semua harga tiket itu adalah benar pada bulan Oktober, 2016. Guide adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda mengikuti tour, depa akan ke observation view terlebih dahulu, sebelum memasuki Perkampungan Ogimachi's Gassho Zukuri. Anda diberi masa selama setengah jam semasa berada di Observation View. Anda diberi masa 2 jam semasa menjelajah perkampungan Ogimachi's Gassho Zukuri.  

Menurut Super Malaya dan Jack S Adli (Road to Japan), cukup masa dua jam yang diperuntukkan untuk menjelajah Shirakawago termasuk bergambar sekali. Ada dua kali perjalanan dalam sehari, jam 8.00 pagi dan 2.00 petang. Perjalanan adalah selama sejam dari Takayama ke Shirakawago. Panaroma sangat cantik, jalan berbukit bukau dan akan melalui 11 buah terowong. Terowong yang terpanjang adalah sejauh lebih kurang 11 Km iaitu terowong ke 9.

Satu petua di sini adalah anda jangan bising-bising apabila memasuki perkampungan orang Jepun. Orang Jepun adalah sebuah masyarakat yang gemar suasana yang sunyi  sepi, aman dan tenang.  

    
Read more ...

Tuesday, 25 October 2016

Teaser 4 : Winter in Odaiba, Tokyo

Sun Set di Odaiba 

Apabila ke Jepun, Sun set di Odaiba adalah antara perkara dalam wishlist teman. Apabila datang sini, perkara yang teman ingin lihat adalah Rainbow Bridge, Replika The French Statue of Liberty, Tokyo Tower di belakang Rainbow Bridge, dan Odaiba Gundam Winter Illuminations.

Gambar-gambar di blog Abg Supermeng Malaya cantik-cantik belaka. Jeles teman. Supermeng leka dengan sunset di Odaiba dan juga menunggu Rainbow Bridge menukar warna kepada warna pelangi. Meng mengatakan bahawa tipah tertipu rupanya. Pasal Jambatan Pelangi itu tidak bertukar warna. Masih dengan color yang sedia ada. Menurut Chinta, Rainbow Bridge menukar warna pelangi hanya semasa musim winter sahaja. Kami akan ke sini pada musim winter nanti. Anyway, Terima kasih bro Supermeng Malaya. 

Kami akan mencari Encik Gundam di Diver City, bersama winter Illumination nanti. Anda perlu sampai ke Station Shimbashi, lintas jalan untuk mengambil train laluan Yurikamome line ke Odaiba.Yurikamome Line ini akan merentas Rainbow Bridge yang terkenal di Tokyo Bay.  

Odaiba terletak di pulau buatan manusia di Tokyo Bay. Odaiba adalah pusat membeli belah dan pusat hiburan yang terkenal. Daiba bermaksud kubu bagi tujuan melindungi serangan dari laut.   


Liberty Statue, Rainbow Bridge & Tokyo Tower di Tokyo Bay.
Skyline, Tokyobling's Blog-WordPress.Com

The French Statue of Liberty ini dibina sempena dengan 'French Year in Japan' pada tahun 1998-1999. Rainbow Bridge, menghubungkan Odaiba dengan kawasan Tokyo yang lain.

Tokyo Tower di belakang Rainbow Bridge.
Pinterest

Odaiba Gundam Winter illumination, Diver City, Tokyo
flickr. 
Read more ...

Sunday, 23 October 2016

Teaser3 : Winter di Hiroshima City

Misi mencari Maria Ozawa 


Kami akan melawat Hiroshima City semasa musim sejuk pada bulan Disember 2016. Semasa di Hiroshima City kami bercadang melawat Hiroshima Park di mana terletaknya Atomic Bomb Dome yang terkenal dalam sejarah. Selain itu, kami bercadang juga melawat Hiroshima Castle. Hiroshima Castle adalah kira-kira 15 minit perjalanan dari JR Hiroshima Station atau Atomic Bomb Dome.

Hiroshima Castle dibuka setiap hari dari jam 9.00 am sehingga 5.00 pm.  Alamat : 21-1 Motomachi, Naka-ku Hiroshima-shi, Hiroshima.


Atomic Bomb Dome
hiroshima.australiandoctor.com.au

Hiroshima Castle
Planetyze
Read more ...

Friday, 21 October 2016

Itinenary ke Air terjun Strata,Behrang Ulu

Diamond Creek


Seribu Wajah Strata


Itinenary ke Air Terjun Strata

22 Okt, 2016 ( Sabtu)

Tempat berhimpun :

Masuk ke Diamond Creek dan minta izin dengan Pak Guard. Jalan terus dan jumpa di roundabout yang ke 2.

8.00 am :   Bertolak ke Air Terjun Strata
10.00 am : Sampai ke Air Terjun Strata
                  Berkelah & mandi mandi
12.30 am : Bertolak pulang
 2.30am. :  Bersurai

Sila bawa makan tengah hari atau peralatan memasak sendiri. Juga diharap dapat memakai seluar trek, ubat-ubatan  dan bawa kelengkapan mandi yang secukupnya.
Anda digalakkan membawa mercun atau mercun bola yang bertujuan untuk menghalau binatang-binatang liar yang berkeliaran.




Read more ...

Wednesday, 19 October 2016

Ladang Teh Boh, Habu.

Heritage Tea Centre & Factory,Habu.


Sekiranya anda suka hiking, Ladang Teh Boh Habu sangat sesuai untuk anda. Trek telah tersedia untuk anda dan senang untuk didaki. Panaroma di atas bukit sangat cantik dan sejuk mata memandang. Perjalanan dari Tanah Rata, adalah sekitar 15 minit.  25 minit sekiranya dari Brinchang. Ladang Teh Boh ini terletak di Habu Height. Dari Ringlet ke Habu Height adalah kira-kira 3km (5 Minit).  


 Pintu masuk ke Heritage Tea Centre & Factory, Habu 

 Untuk ke sini, anda perlu hiking ke atas puncak bukit

 Pemandangan yang sungguh mempersonakan.

 Puncak Bukit, Ladang Teh Boh Habu.

 Kilang Teh Boh, Habu

 Suatu ketika dahulu, kami anak beranak pernah bergambar di sini. Sekarang tinggal kami bertiga sahaja. Yang lain sudah besar dan belajar di luar negara. 

 Maklumat dan fakta tentang Kilang Teh Boh

 Kilang Teh Boh yang dilihat dari puncak bukit tadi.

 Tak sempat hendak melawat kilang untuk melihat bagaimana teh diproses.

 Teman suka melihat bahagian ini,Jam Teh Boh

 Teman di bawah Heritage Tea Centre

Chinta dan Pokok Angel  Trumpet

Read more ...

Saturday, 15 October 2016