Tuesday, 25 October 2016

Teaser 4 : Winter in Odaiba, Tokyo

Sun Set di Odaiba 

Apabila ke Jepun, Sun set di Odaiba adalah antara perkara dalam wishlist teman. Apabila datang sini, perkara yang teman ingin lihat adalah Rainbow Bridge, Replika The French Statue of Liberty, Tokyo Tower di belakang Rainbow Bridge, dan Odaiba Gundam Winter Illuminations.

Gambar-gambar di blog Abg Supermeng Malaya cantik-cantik belaka. Jeles teman. Supermeng leka dengan sunset di Odaiba dan juga menunggu Rainbow Bridge menukar warna kepada warna pelangi. Meng mengatakan bahawa tipah tertipu rupanya. Pasal Jambatan Pelangi itu tidak bertukar warna. Masih dengan color yang sedia ada. Menurut Chinta, Rainbow Bridge menukar warna pelangi hanya semasa musim winter sahaja. Kami akan ke sini pada musim winter nanti. Anyway, Terima kasih bro Supermeng Malaya. 

Kami akan mencari Encik Gundam di Diver City, bersama winter Illumination nanti. Anda perlu sampai ke Station Shimbashi, lintas jalan untuk mengambil train laluan Yurikamome line ke Odaiba.Yurikamome Line ini akan merentas Rainbow Bridge yang terkenal di Tokyo Bay.  

Odaiba terletak di pulau buatan manusia di Tokyo Bay. Odaiba adalah pusat membeli belah dan pusat hiburan yang terkenal. Daiba bermaksud kubu bagi tujuan melindungi serangan dari laut.   


Liberty Statue, Rainbow Bridge & Tokyo Tower di Tokyo Bay.
Skyline, Tokyobling's Blog-WordPress.Com

The French Statue of Liberty ini dibina sempena dengan 'French Year in Japan' pada tahun 1998-1999. Rainbow Bridge, menghubungkan Odaiba dengan kawasan Tokyo yang lain.

Tokyo Tower di belakang Rainbow Bridge.
Pinterest

Odaiba Gundam Winter illumination, Diver City, Tokyo
flickr. 

16 comments:

  1. DI TOKYO PUN ADA LIBERTY STATUE...

    ReplyDelete
  2. patung Libertynya kelihatan asli Pak Lim. Kayak di new york saja.

    ReplyDelete
  3. best nyer dapat jejak jepun ;)

    saya antara pembaca setia blog abam supermeng & blog en.khairuddin sebab bagi saya tak dapat jejak cukuplah dapat menghayati setiap entry. best

    ReplyDelete
  4. menarik skyline Tokyo di sini...bestnya illumination gundam & rainbow bridge..

    ReplyDelete
  5. Wah! Bil nk berangkat? Awa december ke? Dulu JM pegi on spring mmg sejuk gia kat Odaiba tu angin kuat mmg x leh berlama kat luar. Ambik gambat kat liberty statue ti gigil2 gambar pun gegar

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11hb Disember ..doa agar kami selamat pergi dan selamat kembali. Insyallah, nanti ada masa teman akan terjah blog JM pulak. Teman akan tinggalkan bekas di blog JM bila terjah nanti.

      Delete
  6. Semoga allah permudahkan perjalanan abe mkl dan cinta ke sana nanti aminnn

    ReplyDelete
  7. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    +++++
    Hello! Ini bukan spam! Matlamat hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Harap sampai ke Tokyo suatu hari nanti. Aminn

    ReplyDelete