Saturday, 12 November 2016

Pencarian Bloglist November & December : Aerill Hassan

Read more ...

Hippo's Yawn, Hyden, Perth.

Wave Rock@Hyden, Perth 

Oleh Noor Hidayah Hanapi.

Kalau kawan-kawan pergi ke Wave Rock @Hyden, Perth jangan melepaskan peluang pergi ke batu badak menguap ni..jarak dalam 1km je dari Wave Rock ke sini..
Boleh ikut laluan luar yakni laluan jalan raya besar (800 meter berkereta) atau kita boleh juga berjalan kaki ikut track yang disediakan dari wave rock ke sini (20 minit berjalan sehala atau mungkin lebih)
Saya vote ikut laluan berkereta..dasar sayang lemak dalam badan.




Hippo's Yawn, Hyden Perth.

Read more ...

Thursday, 10 November 2016

Wajah-Wajah Gunung Chondong, Perak.

Mencanak bila naik, mengelungsor bila turun. 

Gunung Chondong adalah sebuah puncak dan terletak di Behrang Ulu, Perak. Gunung ini adalah berdekatan dengan Kampung Sungai Bil, Kemajuan Tanah Sungai Dara dan Bukit Ulu Panas. Ketinggian dari aras laut adalah 675m atau 2,215 kaki. Kedudukan ketinggian Gunung Chondong adalah no 139 di Perak dan no 630 di Malaysia.  Ejaan lain bagi Gunung Chondong adalah seperti berikut : Gunung Chondong (ms), Gunong Chondong, Gunong Chondong, Gunung Chondong.

Gambaran teman. Begitu mencanak apabila kita mendaki ke arah puncak. Ada bahagian yang curam. Ada juga yang landai. Teman begitu gembira apabila berjumpa dengan kawasan landai. Ada kala, teman terpaksa berpaut pada akar kayu dan pokok-pokok semasa mendaki. Ini kerana ada bahagian yang tanahnya begitu rapuh dan licin. Kawasannya asli dan belum diterokai sepenuhnya. Ada seorang jurupandu yang mahir, Sifu Roy (Lokkow). Kami menggunakan app, Soviet military untuk sampai ke puncak Gunung Chondong. Kami mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke atas, terpaksa menebas di sesetengah tempat. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk turun ke bawah. Kami banyak mengelungsor apabila turun ke bawah. Udara di atas sungguh nyaman, bersih dan asli.   
  

 Di puncak Gunung Chondong, Perak. Jurupandu kami, Roy yang berada di atas beirut.

 Beirut Gunung Chondong, Perak

 Begitu gembira wajah kawan-kawan semasa turun ke bawah, hampir sampai ke tangki air Sungai Dara


 Kami menikmati sarapan pagi di Kedai Nasi lemak Opah Nab di Behrang Ulu.

Wajah-wajah Gunung Chondong dari album Ibrahim Zolkipeli Property 
Read more ...

Tuesday, 8 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.



Moh kita join Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'. Anak dara cantik manis. Klik link berikut : http://jarimanistravel.blogspot.my/

Tag : http://timetravelafif.blogspot.my/

Kita bagi sokongan kat kawan-kawan blogger kita. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke Jannah.
Read more ...

Sunday, 6 November 2016

Teaser 8 : Shinhotaka Ropeway

Dari Takayama ke Shinhotaka Ropeway


Menaiki Gondola / Double Decker Cable Car dari Nabedaira Kogen
flickr

Kami ke sini adalah untuk melihat salji yang memutih di pergunungan wilayah tengah Jepun dengan ketinggian melebihi 1000m di pergunungan Hotake yang mana terdapatnya gunung ketiga tertinggi di Jepun, Oku-Hotakedake. Stesen bawah adalah single cable car. Stesen ke 2, adalah double decker cable car, satu-satunya yang terdapat di Jepun yang menawarkan pemandangan yang sungguh indah di wilayah Okuhida.   

Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Meng, di antara satu-satunya traveller blogger yang ke situ. Untuk sampai ke puncak, kita perlu melalui dua Cable Car. Dari bawah (Stesen 1), lebih kurang 200 meter ( selama 5 minit)untuk ke Stesen Nabedaira Kogen. Di Stesen bawah, anda akan ketemu dengan Shin-Hotaka Visitors Center, restaurant, tempat mandi awam (onsen), kedai hadiah, Galeri Seni, trail mendaki dan tempat pelepasan untuk ke double decker ropeway.  Dari Stesen Nabedaira Kogen (Stesen 2), kita akan naik sehingga ketinggian 2150 meter (selama 7 minit) untuk sampai ke puncak. Di sini, kita dapat melawat ke dek tinjauan, restaurant, trail mendaki dan laluan snow corridor.  

Maklumat berikut diperolehi dari http://www.japan-guide.com/e/e5943.html

The lower station of the Shin-Hotaka Ropeway is connected by direct hourly buses to Hirayu Onsen (35-45 minutes, 890 yen one way) and Takayama Station (90 minutes, 2160 yen one way). Get off at the final stop, Shin-Hotaka Ropeway. Paid parking is available at both the ropeway's lower station and at the Nabedaira Kogen Station, but buses serve only the lower station.

HOURS

8:30 to 16:45 (April to November) 
9:00 to 16:15 (December to March) 
Longer hours in August and on weekends and holidays in October

CLOSED

     No Closing days 
     

FEES                

From the bottom: 2900 yen (roundtrip), 1600 yen (one way)

                    

     From Nabedaira Kogen: 2800 yen (roundtrip), 1500 yen (one way)

Maklumat dari Abang Meng, yang telah membeli tiket di Lawson Takayama, dengan harga pakej 5050 yen (2014) dari mesin. Mesin adalah dalam bahasa Jepun. Kita memerlukan bantuan orang Jepun. Selepas itu, baucer itu boleh ditukarkan kepada tiket betul di Nohi bus station, terletak di sebelah Takayama train station. Pakej yang sama sekiranya membeli di kaunter tiket Takayama bus terminal adalah berharga 6500 yen (2014). Perbandingan antara Harga pakej dan harga tiket bas biasa, harga tiket bas biasa dan Shintotaka Ropeway biasa lebih mahal. 

Rujukan Nohi bas (April,2016) adalah seperti berikut :

Rujukan Shinhotaka Ropeway adalah seperti berikut :


Anda perlu mendapatkan Shinhotaka Ropeway combination ticket : (Round trip bus ticket between JR Takayama Station & Shinhotaka & Shinhotaka Ropeway & Hotspring & Snack) adalah 6,690/ RM271.00 (2016).

Sekiranya membeli berasingan, Takayama & Shinhotaka 2 day ticket adalah 4,110 yen. Fares untuk both ropeways no 1 and no 2 adalah 2800 yen. Jumlah keseluruhan adalah 6,910/RM280 (2016)  
 
Read more ...

Friday, 4 November 2016

Gunung Chondong, Behrang Ulu

Gunung Chondong adalah sebuah puncak dan terletak di Behrang Ulu, Perak. Gunung ini adalah berdekatan dengan Kampung Sungai Bil, Kemajuan Tanah Sungai Dara dan Bukit Ulu Panas. Ketinggian dari aras laut adalah 675m atau 2,215 kaki. Kedudukan ketinggian Gunung Chondong adalah no 139 di Perak dan no 630 di Malaysia.  Ejaan lain bagi Gunung Chondong adalah seperti berikut : Gunung Chondong (ms), Gunong Chondong, Gunong Chondong, Gunung Chondong.


Beriut Condong di Puncak Gunung Chondong 

Tentatif Program Daypack ke Gunung Chondong
Tarikh : 5hb November, 2016

630 am     Jumpa di Kedai Nasi Lemak Opah Nab
730 am     Hiking bermula
1100 am   Sampai ke puncak, layan view dan snap picture kat Beirut
1200 am  Turun ke bawah
200 pm    Tiba di car park dan mandi sungai di Sungai dara

* Tentatif akan berubah mengikut keadaan cuaca. 
Setakat sahabat teman seramai 13 orang akan mengikuti XPDC Gunung Chondong. 

Equipment wajib : Headlight, parang, makanan, air,baju hujan dan kasih sayang.   
Read more ...

Wednesday, 2 November 2016

Teaser 7 : Furukawa

Hida Furukawa

Bandar Furukawa adalah bandar kecil di Pergunungan Gifu. Bandar ini adalah kira-kira 15 minit perjalanan dengan keretapi yang terletak di utara bandar Takayama.  Bandar ini juga dikenali sebagai Hida Furukawa. Bandar ini lebih kecil dan lebih tenang berbanding dengan Takayama. Sumber pendapatan utama adalah hasil kayu balak yang bermutu tinggi. Lagi pun, tukang-tukang kayu di sini berkemahiran tinggi.  Bandar ini mengekalkan ciri-ciri dan nilai-nilai tradisional yang tinggi. Selepas Takayama Spring Festival berlangsung, Furukawa Festival akan diadakan selama seminggu. 




Canal Area
Small canal lined by white walled storehouses.

Anda harus melawat kawasan terusan kecil yang bernama Seto River.  Di sepanjang terusan ini, anda akan terhibur dengan ikan kaloi/kap yang berwarna warni. Di sini, anda boleh melihat rumah-rumah tradisional yang berdinding putih (Shirakabe dozo). Anda juga harus melawat Takumikan Craft Museum yang terletak di penghujung terusan, dalam festival square. 



About the history and tools of the carpenters.
Takumikan Craft Museum
(Hida No Takumi Bunkakan)

Museum ini dibina pada tahun 1989 dan mempamerkan barang-barang pertukangan yang berkemahiran tinggi. Furukawa adalah kawasan pengeluaran kayu-kayan yang bermutu tinggi. Sumber utama di sini adalah pembalakan. Bahan-bahan binaan di sini tidak menggunakan sebarang paku.  Museum ini dibuka dari jam 9.00 am hingga 17.00 pm. (Sampai jam 16.30pm dari Disember sehingga bulan Feb). Ditutup pada hari khamis dan bulan Disember 28 sampai Jan 2. Bayaran kemasukan adalah sebanyak 300 yen.  



Traditional Japanese style candle shop.
Mishima Candle Shop (Mishima Warosokutan)

Kedai ini menghasil dan menjual lilin tradisional Jepun (Warosoku). Kedai ini telah beroperasi lebih daripada 240 tahun. Kedai lilin ini terletak di Furukawa's old town. Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh melihat proses membuat lilin secara tradisional.  

Introduces the Furukawa Festival Hall.

Furukawa Festival berlangsung pada bulan April 19 dan April 20 setiap tahun. Di sepanjang tahun, anda boleh mempelajari Pesta Furukawa dari pemerhatian anda di Furukawa Festival hall (Hida Furukawa Matsuri Kaikan) atau pun juga dikenali sebagai Okoshidaiko no Sato. Anda akan melihat sebahagian besar daripada peralatan yang digunakan di Pesta Furukawa dipamerkan di sini. Yuran kemasukan adalah 800 yen. Dibuka dari jam 9.00 am sehingga 17.00 ( sampai jam 16.30 pm dari bulan Dis sehingga March). Ditutup dari December 28 hingga Jan 2.


Anda boleh melawat tempat-tempat yang menarik seperti yang teman huraikan di atas, dan adalah kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki dari Hida Furukawa station. Semua tempat itu adalah terletak di bandar lama (Old town) festival square di taman awam yang kecil, Di antara yang telah dihuraikan secara ringkas adalah Festival Hall, Takumikan Craft Museum, Enkoji Temple, Canal Area, Candle Shop dan Honkoji Temple.

Anda boleh melawat laman web Furukawa seperti berikut :

http://www.japan-guide.com/e/e5975.html   
Read more ...