Monday, 20 January 2014

Peperiksaan SPMU, STAM, UPSR & SPM 2014

Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia Tahun 2014

Para pelajar yang dihormati kalian,

Peperiksaan 2014 akan menjelang lagi, 

Kalau kita  sebagai rakyat Malaysia tidak mampu menghulurkan bantuan kepada semua calon peperiksaan awam Malaysia tahun 2014, cukuplah sekadar mendoakan mereka. Doa adalah senjata orang mukmin.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra; sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Semoga semua bakal calon Peperiksaan Awam Malaysia 2014 mengambil perhatian akan tarikh penting berikut dan terus mencatat dalam diari kehidupan anda.

Di bawah adalah tertera Jadual Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia Tahun 2014. Tarikh-tarikh ini adalah berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 9 Tahun 2013: Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2014

Peperiksaan
Kaedah
Tarikh
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
Bertulis
9 - 12 Jun 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lisan
7 - 17 Julai 2014
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bertulis
9 - 11 September 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bertulis
13,15, 20 dan 21 Oktober 2014
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bertulis 
3 November hingga 2 Disember 2014
Nota: Tarikh-tarikh peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kami sebagai rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda. Semoga anda menjadi warganegara yang berjasa kepada nusa dan bangsa. Jangan tanya apa yang anda boleh perolehi dari negara Malaysia. Tanya diri anda sendiri. Apakah sumbangan anda kepada Malaysia yang tercinta? Buatlah perancangan yang terbaik. Sediakan payung sebelum hujan. Ingatlah bahawa berakit-rakit ke hulu,berenang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Berusahalah demi kemajuan bangsa dan negara. Jangan tinggal hanya tanah yang sekian lama kian terkikis lama-kelamaan anda hanya berlaut di air sahaja.

Semoga berjaya dengan cemerlang buat semua calon Peperiksaan Awam Malaysia 2014. 
Read more ...

Sunday, 19 January 2014

'1st giveaway by Nur Lovekasih blog'


Jom join ramai-ramai dan link adalah seperti berikut :

http://mylovekasih.blogspot.com/2014/01/1st-giveaway-by-nur-lovekasih-blog.html

Tema yang diutarakan oleh blogger Pn Nurullai Abudllah sangat menarik. Begitu juga penceritaan blog beliau yang berkisar di sekitar kesihatan, peribadi, anak-anak dan lain-lain kadang kala mencuit hati kita. Semoga beliau akan membuat pembaruan dari segi penampilan blog dari masa ke semasa. Selamat Maju Jaya.

Hadiah untuk dimenangi termasuklah-

                    NOVEL
                    BLOUSE
                    SHAWL
                    TASBIH DIGITAL
                    TOPUP - RM5 , RM10
                    (MAXIS, CELCOM, DIGI)

Pemilihan pemenang berdasarkan cabutan bertuah, tetapi entri atau notes yang bersungguh-sungguh diambil kira. Jadi, apalagi, aplikasikan kekreatifan anda.

#12 Feb 2014 - senarai peserta akan dikeluarkan.
#13 Feb 2014 - pengumuman para pemenang
Read more ...

Saturday, 18 January 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Read more ...

Friday, 17 January 2014

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat



Assalamualaikum W.b.t
Semepena sambutan Maulidurrasul 
Mari sama-sama kita imarahkan segmen ini dan untuk join klik link yang berikut :

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

10 Sifat keperibadian Terpuji Rasulullah SAW
Nabi Muhammad SAW Nabi teragung 
Bersifat warak/alim dan meninggalkan perkara yang syubhat
Memelihara penglihatan
Memelihara Lidah
Bersifat Pemalu
Bersifat Lembut dan Sabar
Bersifat Rendah Diri
Bersifat benar dan jujur
Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
Bersifat Pemurah
Bersifat pemurah Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)





Read more ...

Thursday, 16 January 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Read more ...

Tuesday, 14 January 2014

MAULIDUR RASUL TAHUN 1435H/2014

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1435H / 2014
  1. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh penting dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. 
  2. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masihi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014.
  3. Tema sambutan tahun ini adalah:
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Read more ...