Monday 20 January 2014

Peperiksaan SPMU, STAM, UPSR & SPM 2014

Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia Tahun 2014

Para pelajar yang dihormati kalian,

Peperiksaan 2014 akan menjelang lagi, 

Kalau kita  sebagai rakyat Malaysia tidak mampu menghulurkan bantuan kepada semua calon peperiksaan awam Malaysia tahun 2014, cukuplah sekadar mendoakan mereka. Doa adalah senjata orang mukmin.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra; sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Semoga semua bakal calon Peperiksaan Awam Malaysia 2014 mengambil perhatian akan tarikh penting berikut dan terus mencatat dalam diari kehidupan anda.

Di bawah adalah tertera Jadual Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia Tahun 2014. Tarikh-tarikh ini adalah berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 9 Tahun 2013: Makluman Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Peperiksaan Awam Tahun 2014

Peperiksaan
Kaedah
Tarikh
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
Bertulis
9 - 12 Jun 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lisan
7 - 17 Julai 2014
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bertulis
9 - 11 September 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bertulis
13,15, 20 dan 21 Oktober 2014
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bertulis 
3 November hingga 2 Disember 2014
Nota: Tarikh-tarikh peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kami sebagai rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda. Semoga anda menjadi warganegara yang berjasa kepada nusa dan bangsa. Jangan tanya apa yang anda boleh perolehi dari negara Malaysia. Tanya diri anda sendiri. Apakah sumbangan anda kepada Malaysia yang tercinta? Buatlah perancangan yang terbaik. Sediakan payung sebelum hujan. Ingatlah bahawa berakit-rakit ke hulu,berenang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Berusahalah demi kemajuan bangsa dan negara. Jangan tinggal hanya tanah yang sekian lama kian terkikis lama-kelamaan anda hanya berlaut di air sahaja.

Semoga berjaya dengan cemerlang buat semua calon Peperiksaan Awam Malaysia 2014. 

19 comments:

  1. adik-adik kita ni mesti ada yang sangat gemuruh kalau dgr pasal exam besar begini. semoga mereka akan tekun belajar

    ReplyDelete
  2. th ni takde PMR ...digantikan dgn PBSMR

    ReplyDelete
  3. Tarikh2 penting buat mereka yg terlibat! Buatlah perancangan dgn baik.

    ReplyDelete
  4. rindu zaman nak periksa dahulu

    ReplyDelete
  5. Rujukan yg baik buat mereka yg terlibat dlm tahun ini..

    ReplyDelete
  6. adik saya ambik upsr tahun ni
    kena take note tu
    terima kasih untuk infor ni ye =)

    ReplyDelete
  7. Amin...semoga semua pelajar sesi 2014 akan mendapat keputusan yang cemerlang..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Amin...semoga semua pelajar sesi 2014 akan mendapat keputusan yang cemerlang..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. stress tengok tarikh-tarikh ni dulu haha :D

    ReplyDelete
  10. semoga semua pelajar ini menjadi pelajar yang berguna kepada masyarakat

    ReplyDelete
  11. rindu zaman sekolah dulu-dulu... good luck untuk adik semua

    ReplyDelete
  12. gudluckuntukadik adik semua :)

    ReplyDelete
  13. wah gdluck buat mereka semua..mmg perkongsian bermanfaat ni dijdkan rujukan buat mereka yg seat exam
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    ReplyDelete
  14. Huhuhu.. masa untuka adik2 ni..

    ReplyDelete
  15. satu perkongsian yang menarik..

    ReplyDelete
  16. Good info..tahun ni seorang lagi anak menduduki PBSMR ganti PMR..masih samar lagi penilaiannya..

    ReplyDelete
  17. Semoga mereka ni lebih awal bersedia.

    ReplyDelete