Monday, 3 October 2016

Giant Tingle Tree, Walpole

Saya dan Pembaikan Jalan
oleh Noor Hidayah Hanapi

 Just follow me, do not overtake me.

 Tak ada pun jalan yang rosak — at Quinninup Eco Tourist Park.

Jangan coba-coba nak memotong saya — at Quinninup Eco Tourist Park.

Semasa musafir saya dan cik abang Mat McDean ke Perth banyak benda menarik yang dapat kami perhatikan dan ambil iktibar daripada negara orang putih yang kita ketahui bukan negara Islam.

Salah satu yang menarik perhatian kami adalah betapa caknanya mereka kepada keselamatan pengguna jalan raya. Suasana ini kami alami semasa dalam perjalanan kami ke Giant Tingle Tree, Walpole ( apa yang menarik ada kat sini? Inshaallah akan saya ceritakan dalam#travelogidanapi nanti ye. 

Dalam perjalanan melalui freeway, tiba-tiba kelihatan signboard 'reduce your speed', dari 110km sejam kena kurangkan kepada 60km sejam..ooo ada pembaikan jalan rupanya kami berdialog..

Masa tu dalam jam 7 pagi dengan suhu 6 deg, pekerja yang memegang signboard 'stop' berdiri tegak kadangkala memandang ke arah kami, dan kadangkala memandang ke arah hujung jalan raya di bahagian sana..

Lama juga kami menunggu dalam 20 minit, dalam hati ehh ada kemalangan ke sebab sepanjang 20 minit tu tak nampak walau sebuah kereta pun yang lalu di laluan yang bertentangan..kalau di Malaysia, bila kita kena berhenti, kereta di laluan bertentangan akan diberikan jalan.

Tunggu punya tunggu datang la sebuah lori kecil, dalam hati saya oo tunggu lori ni lalu rupanya, agaknya lori ni bawak batu-batu kecil nak tabur di tepi jalan..kemudian secara tiba-tiba dengan perlahan lori ni berpusing.

Terpandang di mata saya signboard 'follow me', pekerja yang memegang signboard 'stop' tadi menurunkan signboard tersebut dan minta kami berjalan mengikut lori 'follow me' tadi.

Saya pun cepat-cepat masuk gear dan ikut lori 'follow me'..kami terus mengikut lori tersebut sampai la ke hujung pembaikan jalan, lori tersebut bagi signal untuk ke tepi jalan dan meminta kami meneruskan perjalanan..

Sepanjang kami ikut lori follow me tu, tak ada sebarang kerosakan jalan yang teruk pun, kotnya la ada tanah runtuh ke sampai kena lori iring kami, hanya ada jalan yang sedia asal cantik diletak tanah merah je, mungkin untuk tujuan meratakan jalan.

Boleh je kami teruskan perjalanan tanpa perlu ada lori 'follow me' yang memandu arah perjalanan kami..tapi mereka tetap berusaha membawa kami ke bahagian jalan yang betul-betul selamat.

Semasa memandu tu kami berbual-bual tentang betapa ambil beratnya mereka (kerajaan Australia) kepada pengguna jalan raya sedangkan freeway yang kami lalu tu hanya ada beberapa buah kereta je kami jumpa sepanjang 3 jam perjalanan.

Read more ...

Saturday, 1 October 2016

Bloglist ku hilang juga

Bloglistku hilang



Stromatolites, Lake Thetis, Western Australia.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apabila teman membuka kakitravel Dashboard, ingin blogwalking tiba-tiba tidak ada bloglist 
di side bar. Semua bloglist hilang. Ingat teman seorang yang mengalami masalah kehilangan 
bloglist. Blogger lain turut mengalami nasib yang sama seperti teman. 

Teman mengambil setengah hari suntuk mencari semula bloglist. Sayang seribu kali sayang, 
bukan semua yang teman dapat ingat. Nak mencari satu kerja pula. Nak mengingat satu kerja 
pula. Kepada teman-teman yang tidak tersenarai, sila tinggalkan komen di bawah. Teman 
boleh masukkan semula dengan syarat teman ada di bloglist anda.

Cempaka biru, teman baru sahaja masukkan anda dalam bloglist. Tiba-tiba terjumpa Cempaka 
biru walaupun kadang kala terbaca blog cempaka biru. Teman sangat menghargai anda kalian,
sahabat di alam maya yang hilang sekelip mata. Kita boleh bertukar bloglist, insyallah ada
masa, teman pasti melawat blog anda. 

Semoga sahabatku kalian diberkati dan dirahmati Allah SWT selalu. Selamat berjaya dunia
dan akhirat.







Read more ...

Thursday, 29 September 2016

Aku dan Sang Helang

Tanjong Malim

Jadikan diri anda sebagai Sang Helang. 

Artikel oleh Atiff Ghazali


HELANG adalah seeekor burung yang dikurniakan Allah sebagai salah seekor haiwan yang panjang riwayat hidupnya. Umurnya dapat mencapai sehingga 70 tahun. Tetapi, helang perlu membuat keputusan yang sangat sukar apabila umurnya 40 tahun.

Ketika umur sebegini, paruhnya mulai panjang hingga membengkok sampai ke dada. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulu yang lebat menyukarkannya untuk terbang.

Pada waktu ini, Helang perlu membuat keputusan sama ada menunggu kematian atau meneruskan kehidupan dengan proses transformasi yang menyakitkan selama 150 hari.

Untuk melakukan proses transformasi ini, Helang perlu ke puncak gunung & tinggal di sana sepanjang proses itu berlaku.Pertamanya, Helang perlu mematukkan paruhnya ke batu karang sehingga paruhnya tercabut dan menunggu untuk tumbuh paruh yang baru. Dengan adanya paruh yang baru , Ia perlu membuang cakar-cakarnya.Ketika cakarnya tumbuh yang baru, ia perlu membuang seluruh bulu-bulunya. Lima bulan kemudian, bulu-bulunya akan tumbuh kembali & Helang menjalani hidup selama 30 tahun dgn penuh energi. 
............

Sahabat sekalian, kadangkala kita perlu melakukan keputusan yang teruk untuk menjadi lebih baik. Jangan biarkan masa lalu melemahkan semangat kita kerana ANDA lah HELANG-HELANG itu!

Sang Helang adalah antara haiwan kegemaran saya. Banyak iktibar yang boleh kita pelajari dari seekor haiwan yang gagah terbang tinggi di angkasa raya.

Terbang Helang

Lirik Lagu Melayu

Sharifah Aini

Khairil Johari Johar dan Habsah Hassan

Di angkasa nan luas

Terbang sang helang bebas

Menebarkan sayapnya

Sungguh megah lagaknya

Helang mendabik dada

Membelahi angkasa

Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri

Burung lain terbang lari

Kau merasakan dirimu gagah

Hak yang lain tak kau endah

Mangganas engkau di angkasa

Terbanglah engkau tinggi

Sampai ke mana lagi

Ingin engkau jelajahi

Sehingga kau terlupa

Yang tinggi jatuh jua

Bila tiba ketika

Kau ketanah akhirnya

Bila saja engkau menghampiri

Burung lain terbang lari

Kau merasakan dirimu gagah

Hak yang laun tak kau endah

Mengganas engakau di angkasa

Di angkasa nan luas

Terbang sang helang bebas

Menebarkan sayapnya

Usah kau lupa diri

Bahawa langit itu tinggi

Nanti lemas sendiri

Nanti lemas sendiri

Read more ...

Tuesday, 27 September 2016

Muallim Country Run 2016

Tanjong Malim, Perak.

Ahad 25-09-2016. Teman telah mengambil bahagian dalam bahagian Muallim Cross Country Run 2016 di Jalan Besar Tanjong Malim. Muallim Country Run 2016 adalah program anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama kerajaan Negeri Perak. Seramai 600 peserta mengambil bahagian. T

Yang Berbahagia Encik Mohamed Nasser bin Abdul Razak selaku Timbalan Pengarah UPEN telah sudi bersama di program pelepasan bendera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga MDTM di bawah kepimpinan tuan Syukri Azari, YDP dan Puan Siti Azura Binti Juki, SU di atas kejayaan program buat kali pertama ini untuk daerah Muallim.



Route Map Muallim Country Run 2016

Bersama teman sejawat, Hafiz

Barisan Peserta Muallim Country Run 2016

Azrul, Hafiz, Khairuddin

Bersama Cinta

Disediakan pisang, langsat dan minuman untuk para peserta

Sahabat-sahabatku, Abang Kacak, Fairuz, Marina, dan Nana

Kami semua geng hikers Staf UPSI
Read more ...

Sunday, 25 September 2016

"Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"

TAMAT : 29 SEPTEMBER 2016

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow 
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

Moh kita join dan link adalah seperti berikut :


Read more ...

Friday, 23 September 2016

Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands

Lokasi : Tanah Rata

Taman Agro Teknologi Mardi di Cameron Highlands dibahagikan kepada enam bahagian; Taman Inggeris, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Ros, Pusat Penyelidikan dan Pusat Informasi. Taman Agro ini sebenarnya merupakan pusat penyelidikan Mardi yang tertua di Malaysia.

ADMISSION FEE: WantedAdult: RM5.00
Child: RM3.00

Monday to Thursday
8.00 am. to 12.45 pm, 2.00 pm to 5.00 pm.

Friday
8.00 am. to 12.30 pm, 2.30 pm to 5.00 pm

Saturday and Sunday
8.00 am. to 5.00 pm

School Holiday & Public Holiday
(Closed on Aidilfitri and Aidiladha) 

Untuk keterangan lanjut. anda boleh melawat website seperti berikut :


 Taman Argo Teknologi Mardi Cameroh Highlands

 Bunga Kekwa,bunga kegemaran teman semasa kecil.

 Bunga daisy, bunga kegemaran suatu masa dahulu

 Bersama Cinta

 Bird Of Paradise, bunga kegemaran semasa berkhidmat di Kota Kinabalu

 Dusty Miller, Silverdust

 Bunga Tiga bulan, (Hydrangea)

 Bersama sanak saudara Cinta

 Strawberry Tea Pot. Ikon Cameron Highlands adalah Strawberry.

 Lavender, bunga kegemaran sepanjang masa

 The Hanging Loster Claw

Air Terjun
Read more ...

Wednesday, 21 September 2016

Wordless Wednesday #13 : Canola, Western Austalia

Just another day in Western Australia
www.westernaustralia.com
Read more ...