Saya dan Pembaikan Jalan
oleh Noor Hidayah Hanapi
Just follow me, do not overtake me.
Tak ada pun jalan yang rosak — at Quinninup Eco Tourist Park.
Jangan coba-coba nak memotong saya — at Quinninup Eco Tourist Park.
Semasa musafir saya dan cik abang Mat McDean ke Perth banyak benda menarik yang dapat kami perhatikan dan ambil iktibar daripada negara orang putih yang kita ketahui bukan negara Islam.
Salah satu yang menarik perhatian kami adalah betapa caknanya mereka kepada keselamatan pengguna jalan raya. Suasana ini kami alami semasa dalam perjalanan kami ke Giant Tingle Tree, Walpole ( apa yang menarik ada kat sini? Inshaallah akan saya ceritakan dalam#travelogidanapi nanti ye.
Dalam perjalanan melalui freeway, tiba-tiba kelihatan signboard 'reduce your speed', dari 110km sejam kena kurangkan kepada 60km sejam..ooo ada pembaikan jalan rupanya kami berdialog..
Masa tu dalam jam 7 pagi dengan suhu 6 deg, pekerja yang memegang signboard 'stop' berdiri tegak kadangkala memandang ke arah kami, dan kadangkala memandang ke arah hujung jalan raya di bahagian sana..
Lama juga kami menunggu dalam 20 minit, dalam hati ehh ada kemalangan ke sebab sepanjang 20 minit tu tak nampak walau sebuah kereta pun yang lalu di laluan yang bertentangan..kalau di Malaysia, bila kita kena berhenti, kereta di laluan bertentangan akan diberikan jalan.
Tunggu punya tunggu datang la sebuah lori kecil, dalam hati saya oo tunggu lori ni lalu rupanya, agaknya lori ni bawak batu-batu kecil nak tabur di tepi jalan..kemudian secara tiba-tiba dengan perlahan lori ni berpusing.
Terpandang di mata saya signboard 'follow me', pekerja yang memegang signboard 'stop' tadi menurunkan signboard tersebut dan minta kami berjalan mengikut lori 'follow me' tadi.
Saya pun cepat-cepat masuk gear dan ikut lori 'follow me'..kami terus mengikut lori tersebut sampai la ke hujung pembaikan jalan, lori tersebut bagi signal untuk ke tepi jalan dan meminta kami meneruskan perjalanan..
Sepanjang kami ikut lori follow me tu, tak ada sebarang kerosakan jalan yang teruk pun, kotnya la ada tanah runtuh ke sampai kena lori iring kami, hanya ada jalan yang sedia asal cantik diletak tanah merah je, mungkin untuk tujuan meratakan jalan.
Boleh je kami teruskan perjalanan tanpa perlu ada lori 'follow me' yang memandu arah perjalanan kami..tapi mereka tetap berusaha membawa kami ke bahagian jalan yang betul-betul selamat.
Semasa memandu tu kami berbual-bual tentang betapa ambil beratnya mereka (kerajaan Australia) kepada pengguna jalan raya sedangkan freeway yang kami lalu tu hanya ada beberapa buah kereta je kami jumpa sepanjang 3 jam perjalanan.
best! unik dia punya cara pendekatan
ReplyDeletePengalaman yang menarik. lepas tuh jalan dorang elok ja. takda pon berlubang lubang.hehe.
ReplyDeletebeza sangat dengan kita kat malaysia..
ReplyDeletenice share..
org travle ni best, boleh lihat sendiri macam mana beza org jauh2..
mula mula tgk gambar igtkan tu lori berat yang lalu lalang, upenye tu lori eskod...
ReplyDeletewah tentunya pengalaman yang berharga, bilakah negara kita hendak follow amalan murni camni
ReplyDeleteBAGUSNYA
ReplyDeletebaguskan attitude mcm ni...mengambil berat keselamatan pengguna jln raya..
ReplyDeletekalau di malaysia spt itu, tentu dpt kurangkan kemalangan jalan raya..
ReplyDeleteSubhanallahh..hebatnya.. itu lah kan. Benda yg baik ni sgt baik diikut..
ReplyDeleteI follow... he he he
ReplyDeletefollow jgn x follow.. hehe
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
Jom join contest ni.. senang je.. tak perlu buat entry.. SHARE & #TAG CONTEST
Bagus ni... betul2 prihatin...
ReplyDeletewah, pengalaman menarik.
ReplyDeletebgs nyerr
ReplyDelete