Tuesday, 9 January 2018

Betong, Thailand : Jalan-Jalan di Sekitar Betong

Wajah-wajah Pekan Betong

Sambungan dari entri sebelumnya. Sebenarnya, teman suka bercuti di Betong. Insyallah, KPI 2018, teman akan melawat 4 buah negara yang besar seperti Jepun, New Zealand, Thailand dan India. Betong antara tempat yang akan teman lawati tahun 2018. Teman suka pasal bandarnya tenang dan damai. Banyak makanan kesukaan teman terdapat di sini termasuk buah-buahan. Barang-barang Siam pun ok juga. Ada di antara item yang teman suka pakai. Insyallah, akan melawat ke Betong, tahun 2018. Banyak juga item-item lama dijual di sekitar pekan Betong.


Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 


Post kali ini adalah di sekitar Pekan Betong, dan Clock Tower. Peti Pos Besar, Jalan Sukkayang ditunda ke hari lain. Kami tidak sedar bahawa Peti Bos Besar adalah bertentangan dengan Clock Tower. Kami kesuntukkan masa, terkejar-kejar untuk ke Betong Mongkollit Tunnel.


 Barisan kedai yang berwarna warni


 Di sini teman membeli sim kad, data untuk internet. Untuk goggle map jalan.

 Betong Plaza : Di sini teman membeli beg pocket kecil.

Sri Betong Hotel terletak di sekitar kawasan ini. Saya lebih suka duduk di Butterfly Princess Hotel. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

 Pasar Betong : Teman pasti ke pasar apabila melawat sesebuah negara. Kami beli petai di luar pasar. Harga lebih murah berbanding dengan Malaysia.

 Macam-macam ada dijual di sini

   Teman dan bakul Siam yang terkenal. 

 Banyak boleh dibeli dan sediakan duit sahaja.

 Tut-tut, kenderaan utama di Siam.

Menara Jam Betong. Bertentangan dengannya adalah Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 



Read more ...

Friday, 5 January 2018

Top 55 Blog Travel Malaysia 2017

Rahsiamelancong. blogspot.my telah menilai sebanyak 104 blog travel warganegara Malaysia atau yang menetap di Malaysia. Blog yang dinilai adalah blog personal dan masih aktif pada tahun 2017. Kandungan blog itu sama ada ditulis dalam Bahasa Melayu atau dan Bahasa Inggeris. Minimum 50 posts yang berkaitan mesti destinasi/tips/pengalaman semasa melancong. Post terakhir yang dinilai adalah  sebelum 26 Disember, 2017. Juga blog mereka yang terpilih tidak menawarkan pakej/produk pelancongan menggunakan nama domain. Keseluruhan posts yang dinilai adalah sebanyak 16354 posts dari 55 blog terpilih. Itu adalah antara kriteria blog yang telah diambil kira.



Ranking No 1 adalah blog Supermeng Malaya dengan 1528 posts. No 6 blog Mr Jocko dengan 669 posts. No 7 adalah Wander Lust DJ (518). Blog saya no 8, Kaki Travel Khairuddin (512). Blog kaki Berangan no 9 (491). No ranking itu berterusan seperti tersenarai di bawah. Boleh le Sahabat blogger mencari ranking dan kedudukan anda dengan link seperti berikut : 


Sebagai penghargaan saya dibenarkan menggunakan badge yang dianugerahi pada blog masing-masing sebagai hadiah perhargaan kerana menyumbang maklumat berkaitan pelancongan.

Semoga kita terus mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 

Allahuakbar. 



Top 55 Blog Travel Malaysia 2017

RankingBlogPostsBahasa
1Supermeng Malaya1528BM
2Malaysia-asia1096ENGLISH
3Cc Food Travel1068ENGLISH
4Velvet Escape894ENGLISH
5Lily Riani Travelholic751ENGLISH
6Mr. Jocko669BM
7Wander Lust DJ518BM
8Kaki Travel Khairuddin512BM
9Kaki Berangan491BM
10Nicole Kiss464ENGLISH
11Life of a Traveller453ENGLISH
12Scdhase in Photo447BM
13That so Farah405ENGLISH
14Travel Chameleon361ENGLISH
15My Sabah329ENGLISH
16Azuan Zahdi312English
17Kaki jalans312English
18Yan-Yan Journal304Bahasa Melayu
19Kampung Boy City Gal281English
20 (1)Meitzeu259English
20 (2)Azzi AMD1259Bahasa Melayu
20 (3)My Travellicious259English
21Jari Manis Travel247Bahasa Melayu
22Aku Love Travel228Bahasa Melayu
23Bound for Two225English
24Faizal Fredley220Bahasa Melayu
25Ramble and Wander214English
26Bangsar Babe205English
27Malaysia Backackers199Bahasa Melayu
28Farikica's World174English
29Tey Cindy169English
30KY Speaks156English
31Siti yang Menaip152Bahasa Melayu
32 (1)She Walks the World148English
32 (2)Happy Go KL148English
33Five Feet Flat144English
34Itik Kejam138Bahasa Melayu
35 (1)Nana Tron Reviews127Bahasa Melayu
35 (2)Saje Suka-suka Notie127Bahasa Melayu
36Run Away Bella114English
37 (1)Kaki Melancong109Bahasa Melayu
37 (2)Faizal Zainudin109Bahasa Melayu
38 (1)Time Travel Afif100Bahasa Melayu
38 (2)Alexandra Luella100English
39Vkeong98English
40Fic Travelog96Bahasa Melayu
41 (1)Malaysian Flavours90English
41 (2)Nurul Harnani Kasmari90Bahasa Melayu
42Irwan Dahnil83Bahasa Melayu
43Lyf and Spice77English
44Modern Mum Thingy67Bahasa Melayu
45Pojie Graphy65English
46 (1)Eazy Izzuddin52Bahasa Melayu
46 (2)Mei Mei Chu52English
47Tiny Wanderer50English

Read more ...

Friday, 15 December 2017

Itinenary Ke Hanoi, Vietnam

Kembara backpacker ke Hanoi.

Hanoi adalah negara 4 musim. Sekarang tengah waktu winter. Kadar pertukaran : USD RM 4.08 Vietnam Dong (VND) : RM0.00018


Vietnam negara yang memanjang dari utara ke selatan. Ibu kota utara Vietnam ini mempunyai 4 iklim, tak seperti ibu kota selatan iaitu Ho Chi Minh yang beriklim tropika. Teman pun tak pernah sedar yang negara Asia Tenggara pun ada beriklim 4 musim.


15hb Dis 2017 (Jumaat) Siang 18 darjah Malam 15 darjah


Hari Pertama.Berlepas dari KLIA dengan Malindo Air. Berlepas jam 11.50 pagi. Dijangka tiba jam 2.00 petang.

Berlegar di sekitar Masjid Al-Noor dan Zaynab Restaurant selepas check in di Hanoi Loctus Hotel.
Juga akan mengunjungi night market di sekitar bandar Hanoi. Pasar malam hanya beroperasi pada hari Jummat, Sabtu dan Ahad. Buka jam 8.00 malam. Depan Bangunan Dong Xuan Marktet, beratus meter panjangnya. Dekat dengan Hoan Kiem Lake juga. Barang Jualan adalah  lebih murah di pasar malam berbanding dengan tempat lain mengikut bacaan saya di blog. 


16hb Dis 2017 (Sabtu) Siang 17 darjah Malam 12 darjah

Hari Kedua. Berjalan-jalan di sekitar bandar Hanoi.

i. Hoon Kiem Lake
ii. National Library of Vietnam
iii. Hoa Lo Prison
iv. Hanoi Tower
v. Intimex Supermarket
vi. Dong Xuan Market




Ha Long Bay Day trip and Excursions
Vietnam Travel Guide


17hb Dis 2017 (Ahad) Siang 18 darjah Malam 9 darjah

Hari Ketiga. Ambil tour.

i. Halong Bay

18hb Dis 2017 (Isnin) Siang 19 darjah Malam 9 darjah


Aroka Travel

Hari keempat. Ambil tour.

i. Hao Lu & Tam Coc

19hb Dis 2017 (Selasa) Siang 20 darjah Malam 9 darjah

Hari Kelima.. Berjalan-jalan di sekitar bandar Hanoi

i. Ho Tay Lake (West Lake)
ii.Tran Quoc Pagoda
iii. Ho Chi Minh Mouseloum
iv. One Pillar Pagoda
v.  Temple of Literature
vi. Flag Tower Hanoi

20hb Dis 2017 (Rabu) Siang 20 darjah Malam 9 darjah

Hari Keenam.  Shopping di sekitar bandar Hanoi.

Berlepas dari Hanoi jam 2.45 petang dan  sampai ke KLIA jam 4.45 petang.

Read more ...

Wednesday, 13 December 2017

Betong, Thailand : Betong Street Art

Teman masih belum habis menulis entri tentang Betong yang terletak di Thailand. Bagi teman, tempat yang harus anda kunjungi. Tempatnya berdekatan dengan Malaysia, sempadan Malaysia dan Thailand.

Terletak berdekatan dengan Pengkalan Hulu. Lagi pun, di sini adalah tempat syurga makanan bagi mereka yang gemar makanan Thai. Buah-buahan pun segar, dan juga bagi mereka yang gemar  membeli barangan buatan siam. Entri kali ini membawa anda untuk menjejaki Betong Street Art. Betong Street Art terletak dalam pekan Betong, tidak jauh dari Betong World's largest Mail Box. Pekan Betong adalah kecil sahaja.  Kita punya Art Street  lagi gah. Street Art Betong adalah berasaskan  ayam jantan dan kucing. Di mana-mana tempat di Betong, anda akan menjumpai lambang ayam, telor dan mail box. Itu adalah lambang Betong.   

 Cinta dan Ayam Jantan

 Kaki Travel Khairuddin dan Kucing


 Chinta, dan Ibu yang sangat sayang akan kucing

 Kucing Meow Meow

Lokasi  berdekatan dengan Betong World's largest Mail Box
Read more ...

Tuesday, 28 November 2017

Jungle trekking di Sungai Jurong, Slim River

Jungle trekking di Sungai Jurong,, Perak.

Lokasi : kampung Sungai Jurong, Slim River, 35800 Perak.

Sungai Jurong adalah salah satu batang sungai yang mengalir di Slim Village. Saya telah menjelajah sungai yang terletak di Kampung Sungai Jurong. Slim adalah sebuah mukim di daerah Muallim, Perak, Malaysia. Nama-nama lain adalah seperti Selim, Slim Village, Kampong Slim dan Slin. Papan tanda ke arah tempat ini adalah Ulu Slim.

Kami ingin merasai suasana kehidupan kampung. Kami dapat berbicara dengan alam semulajadi. Sungguh cantik suasana di persekitarannya seperti Behrang,Ulu Slim dan Tanjong Malim. Jagalah alam sekitar dengan baik. Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang sangat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Suasana persekitaran di Sungai Jurong dijaga dengan begitu baik sehingga memberi kita suasana yang selesa dan menyamankan.



Kebun yang begitu indah.

 Bersama Para Pelajar Kejuruteraan komputer (IT) Semester 1.

 Tempat letak kereta sebelum ke Sungai Jurong.

 Mandi manda sambil bersuka ria. 

 Menebas agar mudah diredah.

 Rumpun buluh yang menghalang perjalanan di tepi sungai.

Kawasan ini bagus untuk aktiviti merendam atau sesuai untuk anak kecil.

Para Pelajar Kursus Human Resource Management (HRM), Semester 1.

Riang Ria. 

 Sambil berkhidmat kepada alam sambil sihat tubuh badan.

Read more ...

Friday, 24 November 2017

'SPM Fever Giveaway'.


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz * Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic).

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Pengalaman semasa mengambil exam SPM 

Tahun belum saya tidak ingat. Pasal saya pun semakin merangkak ke usia senja. Yang saya ingat ibu sedang tenat di hospital. Pagi-pagi sebelum pergi exam atau buat apa sekali pun pasti utamakan ibu. Ibu adalah segalanya dalam hidup saya. Saya masih ingat lagi. Hari itu petang exam. Paper perakaunan, Kertas kegemaran saya. Cikgu yang mengajar pun kelakar dan penyampaiannya sangat menarik.

Saya janji dengan ibu. Ibu masak untuk saya setiap hari sampai saya besar. Ibu adalah guru saya dalam bidang masakan. Hari itu saya kelam kabut. Pasal exam, maklumlah kertas kegemaran  saya dan guru kesayangan saya. Hati resah gelisah. Tak tentu arah. Bagaikan orang jatuh cinta. Masak punya masak tak sedar badan berbau tempoyak ikan patin. Itu antara lauk kegemaran ibu. Terkejar-kejar. Masak sampai tak sedar waktu dah masuk solat zohor. Keadaan begitu kelam kabut, waktu di dinding menunjukkan hampir pukul 2.00 petang. Mana tidaknya lari lintang pukang, dengan tidak mandinya dan  salin pakaian terus ke sekolah.

Setibanya ke tempat duduk,cikgu pengawas bertanya kenapa badan  berbau ikan sungai. Ya Allah, kawan-kawan di sebelah saya semuanya merungut-rungut dan mereka merasa loya. Bau ikan sungai. Saya terus tak kisah pasal peperiksaan sedang berjalan.Dewan pun sunyi sepi dan saya terasa persekitaran saya berbau ikan sungai  Sekali-sekala, bila teringatkan  tempoyak ikan patin pasti terkenang arwah ibu. Pasti saya sedekahkan doa buat ibu yang jauh di sana tapi dekat di hati. Ibu yang kekal abadi di sanubari anakmu buat selamanya. 
Read more ...