Monday, 8 September 2014

Beautiful Guilin 2 : Western Hill Park

Nikmatilah Persembahan Tea China di Tea Gallery

Sabtu (Hari Pertama)

Sebaik sahaja turun dari kapal terbang kami terus dibawa ke Tea Gallery yang terletak di Western Hill Park. Mr Charlie mengatakan bahawa 4 hari tidak mencukupi untuk kita melawat tempat-tempat yang menarik di Guilin. Jadi, beliau akan memastikan kita mendapat yang terbaik dari Guilin. Jadual lawatan kita sangat padat. Berikut adalah ringkasan keterangan tentang Western Hill Park.

West Hill is located 2 kilometers west of Guilin and covers about 2 square kilometers. It includes the Hidden Hill, West Hill and the Guilin Museum . The hill is surrounded by a lake called West Lake , by which stands a temple called Xi Qingling. Western Hill is well known for Buddhist statues. Xilinqing Temple was built in Tang Dynasty and was of the five most famous Buddhist temples in south China . Today, over 200 Buddhist statues still remain on the cliff. The hill consists of West Peak , Stone Fish Peak , Dragon Head Peak , and Qianshan Peak .
Hidden Hill features a great number of caves. All caves are connected with each other. The most famous caves are Sunset Cave , South Glory Cave , North Window Cave , Lotus Cave and White Bird Cave .

Sumber dari http://www.guilinchina.net/attraction/west-hill-park.htm

Peta tentang Western Hill Park

Kami hanya sempat melawat West Hill, West lake dan Yin Hill

The Zig Zag Bridge : Jambatan yang lurus tidak begitu baik untuk Feng Shui.

Terdapat banyak ikan Koi dalam West Lake

Persembahan Teh China di Tea Gallery

Pakej lawatan ini termasuk ke Tea Gallery. Memang tidak boleh dielakkan. Saya ambil pakej ini kerana harganya berpatutan. Saya hanya bayar tipping (RM200), Entrance fee (RM 175) dan harga RM150 (baucer pendahuluan). Semua kos adalah RM525 tanpa tiket kapalterbang. Saya dah biasa dengan persembahan teh. Akhir sekali saya tidak membeli seberang produk teh China.  

Pandangan dalam Teh Gallery

Blok teh China dan minuman teh China

Bagaimana mendapat blok teh daun yang berkualiti dan mahal ? Semakin gelap warna daun teh semakin berkualiti teh itu. Makin disimpan lebih lama makin meningkat nilai harga teh di pasaran. Maka, anda boleh melabur dengan membeli daun teh yang berblok seperti gambar di atas. Anda boleh menyimpan untuk 10, 50 dan 100 tahun. Harga blok teh itu akan meningkat mengikut peredaran masa. Teh yang bernilai adalah daun yang tua dan bukan daun yang muda. Daun yang muda adalah tidak baik untuk kita, akan menyebabkan berlakunya gastrik. Biasanya, pokok teh yang renik dan rendah itu hijau daunnya dan berkualiti rendah berbanding dengan teh yang tumbuh tinggi di atas pokok yang berusia ratusan tahun. Daun teh itu lebih gelap warna dan lebih baik untuk kesihatan kita. Teh itu berharga sangat mahal di pasaran dan boleh mencecah ratusan ringgit. 

Bandingan antara pokok teh yang tinggi melangit mencecah usia 2700 tahun dengan pohon teh yang renik yang hijau daunnya. 

Pohon daun teh

Rasa lega selesai sudah satu episod pujukan jualan

Bunga air yang jelita

Rumah Tradisional di West Lake

19 comments:

  1. rasa macam dalam set drama maharaja china ..kalau saya, mau berpuluh gambar kat jambatan tu je..hehe

    ReplyDelete
  2. tak dapat pergi sana, dapat cuci mata tengok sini pon dah best!!!

    ReplyDelete
  3. tempat2 yang cantik dan pemandangan yang menarik..kak nah hanya dapat cuci mata tengok gambar jela..nak pegi sana.. ntah bila..

    ReplyDelete
  4. Intro yang best... Baru tau yang pokok teh boleh jadi setinggi pokok kayu yang lain..

    ReplyDelete
  5. mcm x caya jer ada pokok teh tinggi sebegitu ... tua sungguh tu .

    ReplyDelete
  6. Tudiaaa, dahsyatnya pokok teh yang tua tu, mesti tak sangka itu adalah pokok teh kalau tak diberitahu... ohsem! :D

    ReplyDelete
  7. persembahan minum teh ni memang adat orang Cina semasa majlis perkahwinan...mungkin sama dgn cara persembahan di Malaysia..

    selalu tengok pokok teh yg renek2, first time tengok yg saiz gergasi..

    ReplyDelete
  8. rakyat cina mmh sinonim dgn teh kan..minum teh kan..pastu teh dorang sedap di minum tanpa susu dan gula..sbb tu badan dorang selim melim je...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat tengok negara orang, tambah pengalaman

    ReplyDelete
  10. Banyak sungguh jenis teh ni kan, baru tahu ada pokok teh yang tinggi...hehe

    ReplyDelete
  11. mengujakan sekali semua pic yg trpapar..cantik jelita heh..heh..

    ReplyDelete
  12. Seronoknya.. permandangan yang cantik & mendamaikan, orangnya pun cantik... blok teh tu mcm best je.. :)

    ReplyDelete
  13. wah nice pics...ok jeles! Haha...

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum... Bro khairuddin,

    menarik sangat tempat nie... gambar pemandangan yang cantik... blok teh tu, teh yang di compress kan...

    mselim3

    psl: tak tahu bila mselim3 boleh sampai sini.. tgk gambar pun jadi lah...

    ReplyDelete
  15. teh dia boleh buat koleksi berharga macam setem dan duit
    mahal tu pulangan kalau buat koleksi

    ReplyDelete
  16. Sejuk mata memandang akan tempatnya...

    ReplyDelete
  17. Cantik dan menarik la tempat ni..klaula dpt pergi kan best

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapan berjalan-jalan di merata dunia

    ReplyDelete