SUNRISE CORPORATION GROUP
Hari Pertama (Sabtu petang)
Kali ini, selepas melawat Tunnel Hill Cave, kami dibawa melawat ke kilang buluh. Bamboo House, adalah barang hasil mahsul orang cina yang terkenal. Buluh memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan orang Cina. Buluh melambangkan ikatan rangkaian silaturrahim yang sangat kukuh di antara adik beradik dalam masyarakat Cina. Buluh adalah juga rangkaian network dalam bisnes orang-orang Cina. Buluh membawa seribu makna dalam kehidupan masyarakat Cina. Hari ini, saya telah menyaksikan bagaimana buluh telah dijadikan pakaian, tuala, dan serba serbi sebagai kegunaan basahan kita sehari hari.
Di depan pintu masuk Bamboo House
Berselfie
Benang-benang buluh
Dari benang buluh menjadi kain
Kain buluh
Gubahan bunga buluh
Baju buluh
Demontrasi kelebihan hasil barang-barang Buluh
Tour ke Bamboo house adalah tour yang wajib. Ini adalah kempen jualan yang kedua selepas tea Gallery. Yang ini saya terpikat. Saya beli dua helai seluar dalam. Satu lebih kurang RM25. Satu lagi RM50. Lagi satu, saya beli tisu dapur. Tisu dapur kita punya sekali pakai kena buang. Depa punya boleh tahan sebulan untuk sekeping sahaja, Boleh digunapakai dan tak lekat kotoran dan boleh dibasuh dengan air sekali gus bersih dari kekotoran. Seluar dalam buluh tu kemas sangat dan berasa sangat selesa memakainya. Seluar dalam menjadikan badan kita lebih segak dan kemas. Nanti kalau ada peluang lagi, nak beli pula baju buluh. Mesti nak rasa kelainan memakai baju buluh dari Tiongkok.
wah ..hebat
ReplyDeleteItu bukan selfie bang itu org tlg ambilkan gambar
ReplyDeleteApa? Beli seluar dlm buluh! X gatsl ke nanti bang bhahaha
Selfie mesti kena pegang kamera sendiri...kan JM. Haah... seluar dalam buluh tu tak gata-gatal ke... kihkih...
Deleteehheheh...ye betul PLM..itu bukan SELFIE tapi selfconfident..JM x nk pakai panty dari buluh..JM nak dari buat benang ulat sutera,,CURLAST tak ehehehe..**matilah ABE MKL tarik rambut nanti
Deletebaju buluh tu mesti harganya lagi mahal kan..
ReplyDeleteBaru saya tahu ada benang yg diperbuat dari buluh.. Info yg baru buat saya. Thanks sharing.. :)
ReplyDeleteSeluar dalam RM50? Bahannya dibuat daripada buluh membuatkan harganya begitu sesuai. Pertama kali saya dengar seluar dalam & pakaian buat daripada buluh. Semasa di Jinan, saya ada pergi ke kedai yang jual tilam, cadar, bantal, langsir daripada buluh. Pada mula-mulanya saya tak percaya, tetapi hakikatnya memang betul ia dibuat daripada buluh. Soalan pertama yang tercetus di hati saya ialah; "Tak gatal ke?" Tapi buluh mereka lain spesisnya dan lembut rasanya kain cadar yang saya sentuh itu. Harganya alamak memang teramatlah mahal, sampai beribu-ribu ringgit. Saya tengok sajalah. Tak mampu nak beli.
ReplyDeletewoww... mesti susahkan nak buat benang dari buluh... macam menarik plak tisu dapur tu... ce tunjuk sample.. :D
ReplyDeletekreatifnya mereka...aneka barangan boleh dihasilkan...
ReplyDeletenasib baik tak upload spenda buluh tu hehe
woww menarik la..
ReplyDeletebanyak produk yg boleh dihasilkan dari buluh ya...agaknya drpd buluh jenis lembut yg dimakan panda tu n bukan buluh betong yg keras di tempat kita ni...
ReplyDeletemenariknya.... seronoknya dapat tengok sendiri kilang buluh ni..... :D
ReplyDeleteselalu org takot nak dkt ngan buluh sbb ada miang... sekali nengok dari buluh leh wat baju.. boxer.. kain.. cecantik lak tu ek
ReplyDeletebaru tahu buloh boleh buat benang ... diambil dari batangnya kah ... teringin pula nak rasa kelembutan kain hasil dr benang buloh .
ReplyDeleteBestnya!!!!! =D
ReplyDeleteWaaah... banyaknya produk hasil dari benang buluh... baju kain buluh tu nampak macam lembut jer, mesti harga ratus2 tu kan... ohsem~ ;D
ReplyDeleteWah en.khai buat iklan promote bamboo underwear... heheh ;3
Kreatifika ni...bju pon blh buat de bamboo...kain buluh tu pong comei...
ReplyDeletebaru tahu produk dari buluh
ReplyDeletebenang buluh..first time ni..tapi ok, environmental friendly...
ReplyDeletemungkin boleh, JV dgn Malaysia sbb kat sini pun byk pokok buluh...terbiar mcm tu je..
Wow..baru je saya tahu, buluh boleh dibuat kain
ReplyDeleteWahh bestnya. Buluh dulu kalau buat layang2 dah boleh agak dah boleh jd benang sebab kehalusan dia tu. hehe
ReplyDeletebtw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.
Terima kasih ;)
Dari buluh pun boleh buat macam2
ReplyDelete