Wednesday, 1 July 2015

Winter in Jeju Island


Hallasan Mountain in Winter

www.Koreajejuetour.com

Para Peminat Pendaki gunung yang tegar,

Gunung Halla atau Hallasan adalah gunung yang tertinggi di Korea. Kita boleh sebut Hallasan kerana san bermaksud gunung dalam bahasa Korea.  Semasa di Jeju Island, saya tidak sempat mendaki Gunung Halla. Ini kerana saya hanya ada tiga hari di Jeju Island. Juga merupakan kali pertama di sini. Pendakian ke atas Gunung Halla memerlukan pendakian selama sehari untuk turun naik Gunung. Saya masih menyimpan cita-cita ke sana lagi. Hanya dua tempat di Jeju island, yang saya tidak berkesempatan. Mendaki Hallasan dan mengayuh basikal di Pulau Udo.

Saya hanya melihat Gunung Halla dari jauh dan sempat ke wetland Hallasan sahaja. Hallasan adalah hasil daripada letusan Gunung berapi yang telah membentuk Jeju Island beratus tahun dahulu. Tidak ada caj kemasukan (Entrance fee). Mendaki  Hallasan adalah percuma. Dibuka sepanjang tahun. Saya ingin mendaki Hallasan untuk keempat-empat musim untuk banding beza sebelum saya mati. 

Mengikut Sahabat Korea Saya, musim terbaik adalah musim sejuk, pemandangannya sangat indah. Salji-salji akan melekat di atas pokok. Musim salji adalah dari bulan Disember sampai Februari. Moh kita intai tiket ke Korea melalui Busan. Tiket ke Busan lebih murah berbanding Seoul. Kita boleh fly dari Busan ke Jeju Island.

Semoga angan-angan saya menjadi impian. Insyallah, dengan kehendakNYA jua.    

47 comments:

  1. singgah sini sementara tunggu waktu berbuka :D

    ReplyDelete
  2. MashaAllah bestnya. saya student tourism.Doakan saya jugak dapat travel mcm encik :)

    ReplyDelete
  3. Wah, semangat MKL nak rasa mendaki Hallasan untuk setiap musim. Moga dipermudahkan yer...

    ReplyDelete
  4. aamiin. semoga cita cita pak Lim tercapai suatu saat nanti.

    ReplyDelete
  5. ada musim salji juga sejuk sgt ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sejuk tapi pemandangannya sangat indah. Suatu anugerah Allah SWT kepada umat manusia supaya beribadah kepadaNYA.

      Delete
  6. berapa ketinggian Hallasan mountain ni ye? dan sesuai utk beginners?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggian Gunung Halla adalah 1,950 meter (6,400 kaki). Saya buat banding beza dengan Gunung Kinabalu yang pernah saya daki. Kinabalu 4,095 meter (13,425 kaki). Sesuai untuk beginners kerana tracknya tersedia dan tersusun kemas. Lagi pun, separuh daripada track Gunung Kinabalu. Track-track di Korea memang sangat kemas dan dijaga rapi.

      Delete
  7. Menarik tempat tu.. nampak mencabar dan indah.. semoga hasrat tuan tercapai... aamiin.. :) :)

    ReplyDelete
  8. nak mendaki masa salji lagi licin rasanya..tapi view dia memang awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu membuat persiapan yang rapi dan kelengkapan yang selamat.

      Delete
  9. insaallah bro..saya doakan satau hari nanti cita2 bro akan tercapai!!

    ReplyDelete
  10. kalau brother MKL dapat panjat ... confirm ada banyak lagi gambar cantik yg boleh di share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap saya boleh kongsi gambar cantik dengan teman-teman apabila cita-cita saya tercapai kelak.

      Delete
  11. Gigihnya en Din nak pergi sampai empat musim... moga2 cita2 tercapai...

    ReplyDelete
  12. Singgah di waktu tengah hari yg panas utk melihat kesejukan salji di Jeju.. :) :)

    ReplyDelete
  13. Semoga terkabul hajat tuan MKL.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  14. abe MKL dari terima lum bungkusan dari JM tu..dah lama pos laju

    ReplyDelete
  15. "Saya ingin mendaki Hallasan untuk keempat-empat musim untuk banding beza sebelum saya mati. "
    nampaknya abe MKL pelu cari 4 tiket lagi tu ke sana...for four season

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, JM travelling is addictive dan bukan travelling is awesome..

      Delete
  16. Replies
    1. Ada kos melepas..Lagi pun, first time ke sana. Memikirkan kawan-kawan yang turut serta. Nak habis round tempat-tempat utama di sana dahulu. Lain kali tak payah ambil driver lagi.

      Delete
  17. kalau cantik mcm tu nampak JM pelu terjah mount Hallasan juga nanti in shaa Allah...sbb belum sampai ke Jeju lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena terjah Hallasan JM. Naik 3 jam 30 min je. Yang diperlukan lebih kurang 7 jam dua hala. JM pasti terjumpa danau di puncak Hallasan. Ada tempat takungan air bersih untuk minum di tengah-tengah jalan.

      Delete
  18. Mmg teringin nak pergi gunung ni . Thanks for the info khai

    http://syamsiddhuha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. sharing the same hallasan winter hike...;) insyaAllah

    ReplyDelete
  20. antara tpt pilihan utk honeymoon ...

    ReplyDelete
  21. wow menariknyer .. syioknyer...

    ReplyDelete
  22. daki gunung memang tidaklah.. hehe..
    CT support dr blakang k Uncle hehe..

    ReplyDelete
  23. trimakasih infonya...
    sangat menarik dan bermanfaat...
    mantap deh pokoknya...
    kunjungi balik yah nonton flim online di: http://inibos.com
    .

    ReplyDelete