Lingga, Kepulauan Riau Indonesia
Gunung Daik bercabang tiga
Agung Siregar
Pintu Masuk Ke Gunung Daik Lingga Bunda Tanah Melayu
Agung Siregar
Sudah tentu Para blogger kalian pernah mendengar pantun ini.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi Baik dikenang juga.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Ini adalah pantun warisan nenek moyang kita. Aku selalu didodoikan dengan pantun ini sejak dibangku sekolah lagi. Begitu juga dengan anak-anak aku dan cucu aku kelak. Aku teringin benar mendaki Gunung Daik sebelum mati. Gunung Daik terletak di Lingga. Ling bermaksud naga. Ge bermaksud gigi.
Iltineary telah disediakan oleh Agung Siregar. Harga adalah RM525 all in (4D3N) pickup di Batam Island. Agung Siregar tinggal di Batam Island.
Daik Lingga. (4H 3M)
Day 1: Pickup di Pelabuhan Batam. Check in di Batam Base Camp (tido di rumah Agung Siregar)
Day 2 : Pukul 10.00- 14.00 Perjalanan ke Pelabuhan Punggur-Dabo-Pancur Lingga (by speed boat). Kemudian uruskan permit. Doa orang tua di Pancur. Prepare Trekking.
Pukul 4.00 Start trekking 2 atau 3 jam sampai ke kemsit gajeboh2.
Day 3 : Summit hingga leher naga (2 jam).....turun gunung check in hotel
Day 4 : Pukul 7 hingga 11 pagi Otw Lingga-Batam.....Johor.
Tinggi Puncak Daik 1165 meter). Kita hanya sampai ke Leher Naga (1000 meter) (Kandang Babi).Gunung Daik Kota besarnya Lingga. Ada 2 jalan untuk ke Gunung Daik. Pertama, Tanjung Pinang---Lingga (Dabo Singkep) (Naik jetty)---daik naik pompong perahu kayu. Kedua, adalah dari Batam-----Lingga (Dabo Singkep) naik ferry 3 jam terus ke Daik (naik pompong iaitu perahu kayu 30 minit ---baru trekking.
Sahabat-sahabat kalian.
Route kita bermula di Johor (Stualang laut) ke Batam terus ke Lingga (Dabo). Naik jetty dan trekking selama 5 jam. Day 1 trekking 3 jam iaitu ke Kemsit gajeboh2. Day 2 summit hingga le leher naga (tepi tebing puncak daik)
Masa terbaik untuk mendaki menurut Agung Siregar adalah bulan November kerana masa itu ada berlakunya perayaan atau festival 'Lingga the mother lands of Malay'.
Setakat ini hanya seorang (Pendaki Belgium) sahaja yang perlu sampai ke Puncak Gunung Daik. Tegak lurus Tebingnya. Mesti pakai tali. Tinggi 165 meter.
Keterangan dari Jeneral Rushido (Face Book)
Gunung Daik bercabang tiga. Puncak tertinggi adalah Puncak Daik, Menengah adalah Puncak jejantan. Paling rendah adalah puncak Cindai Menangis.Sekarang tinggal 2 cabang yang jelas. Satu dah patah,puncak Cindai Menangis.
Penduduk Lingga percaya bahawa di Puncak Daik adalah tempat tinggal Makhluk Bunian dan arwah Datuk Kemuning dan isterinya. Oleh itu, setiap pendaki harus didoain terlebih dahulu oleh Kyai setempat. Perempuan yang menstuasi tidak boleh mendaki Gunung Daik.
Para blogger kalian. Sesiapa yang berhajat ke sana bersama dengan kakitravel Khairuddin boleh menghubungi saya di sini. Saya akan take note apabila masanya sampai. Biasanya pada bulan November adalah masa terbaik untuk ke sana.
Dekat Riau rupanya Gunung Daik nie yer...
ReplyDeleteSangat dekat dengan kita.
DeleteKalau MKL tak citer maybe sampai bila pun Zumal tak tahu
DeleteMaknanya pantun tu berasal dr riau? ;)
ReplyDeletePantun itu berasal dari Riau...sebahagian besar nenek moyang kita dari situ juga.
Deletemacam menarik..tapi saya tak biasa mendaki.. takut pulak
ReplyDeleteKalau tak cinta maka tak kenal....naik gunung best sangat.
Deletecantik gunung daik ni seindah gambaran dlm pantun
ReplyDeleteMacam menarik je En.Khai tapi tgk gambar mcm mistik sgt tempt ne hehehe..Saya ada baca beberapa blog utk pengalaman mendaki gunung daik ne..Emmm boleh tahan mencabarnya..Agak2 nov tu tahun ne atau tahun depan, En.Khai?
ReplyDeleteZilla : cara En Khai tulis tu Nov tahun ni - 2015
DeleteBetul tekaan JM.
Deletemencabar sekali..kena mendaki guna tali kt tebing tegak lurus tu..
ReplyDeleteKlu tak ada pengalaman dan ilmu mendaki ni susah juga.. bahaya juga kan..
ReplyDeleteBestnyer..
ReplyDeletewoahhhh :)
ReplyDeletehehehe mmg sungguh ada rupanya gunung daik =D
ReplyDeletetau baca je pantun tu tau sebut tapi xtatau btol2 wujud..
mulanya berminat tetapi kalau dah cakap "Perempuan yang menstuasi tidak boleh mendaki Gunung Daik."...tiba2 time nk mendaki lak dia datang mcm mana...rugi..mmg risiko lah
ReplyDeleteDepa le. Itu bukan salah kita. Kan, kita dah bayar, dan dah hampir separuh jalan.
Deletekalau ketinggian 1165 meter ok lagi tetepi bab mistik dan byk pantang larang tu yg buat JM berat hati nk join
ReplyDeleteBagi yang berminat, tarikh mendaki Gunung Daki adalah dari 23 hingga 27 Dis 2015. Bagi yang bekerja, ambil cuti 2 hari sahaja (23 dan 24 Dis 2015). 25 sehingga 27 Dis adalah cuti krismas dan cuti awam. Bagi yang berminat boleh menghubungi Che Shariff b Othman (Ketua Rombongan) di no. 0192251163. Tq.
ReplyDeleteuntuk tahun ni ada x?
Deletebaru tahu saya ada gunung setinggi itu di kepulauan Riau. semoga dipermudah hajat pak Lim mendaki gunung Daik di Lingga.
ReplyDeleteKomen2 tahun 2015. Yg terbaru ada ke. Ada ke sapa2 yg nak buat trip ke P. Lingga. Sy ingin skali ke Sana utk melihat asal keturunan org Melayu dan bahasa Melayu. Di P. Lingga awake hotel atau tempat menginap.
ReplyDelete